MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 25 Mac 2009

PEMIMPIN NEGARA YANG AKAN MEMBUAT PERUBAHAN KATANYA !
























































INILAH WAJAH-WAJAH PEMIMPIN YANG AKAN MEMBUAT PERUBAHAN DALAM UMNO AKAN DATANG. SETIAP KALI PERUBAHAN PEMIMPIN SETIAP KALI JANJI PERUBAHAN. KITA LIHAT DEMI UNTUK MELIHAT PERUBAHAN BARU DARI PANDANGAN SAYA HUKUMAN PERLU DIBERI KEPADA MEREKA SEBELUM MEREKA BETUL-BETUL NAK BERUBAH, JIKA TIDAK JANJI TINGGAL JANJI.
( Untuk pemilihan orang ke dua ramalan aku Mat Taib akan menang )


" LU FIKIRLAH SENDIRI " KATA NABIL
" I AM SORRY " KATA AMIR



Sialkah orang Melayu/Bumiputera dibebankan dengan masalah yang bukan masalah mereka? Kini terdapat kumpulan terbuang yang nampaknya sangat aktif mencari populariti dan pengaruh baru setelah tertolak dari arus perdana politik Malaysia.

Baru-baru ini serpihan kumpulan ini mengadakan satu pertemuan besar-besaran di Kuala Lumpur untuk menunjukkan kehebatan mereka menyuarakan “hak Melayu”. Mereka ini orang berduit, yang dikumpulkan dengan khusyuk dan rajin ketika masih berkuasa satu masa dahulu.

Kesempatan untuk mengaut duit dari segala penjuru terbuka luas, dan mereka tidak lepaskan peluang itu. Kini mereka mengutuk perbuatan rasuah yang satu ketika dulu menjadi “nasi makan air minum” mereka sendiri. Jika anda berada di tempat mereka ini muncul, memerhatikan bagaimana mereka ini naik dalam politik dan terkenal pula sebagai orang banyak wang, anda akan muntah kuning apabila mendengar kutukan mereka terhadap perbuatan rasuah.

Orang-orang ini sangat jujur sepanjang hidup mereka, oleh itu mereka berjaya mengumpulkan harta yang sunguh-sungguh-sungguh (ulang seratus kali) banyak; malah ada di antara mereka yang mengumpulkan harta hasil kerajinan itu sampai RM500 juta.

Jika sekadar empat puluh juta atau seratus juta sudah tidak ada glamor lagi dalam pertandingan merebut kehebatan rasuah ini, malah diketawakan oleh tupai dan tikus yang jauh lebih pandai dan cekap mencuri. Hanya orang-orang yang pandai rasuah (zaman dulu kita ada hanya pandai besi, pandai senjata, pandai ukir; tak ada pandai rasuah) saja yang dapat mengalahkan tupai dan tikus dan merekalah yang menjadi poli-tikus besar, pembela bangsa dan tanah air.

Tidak disebut peranan mereka sebagai pengkhianat agama, kerana bagi mereka agama hanya alat untuk memperagakan kebaikan mereka, seperti model cantik memperagakan tubuh mereka dengan memakai pakaian peragaan yang bukan milik mereka.

Menyuburkan Pandai Rasuah

Takkan anda tidak pernah lihat seorang pemimpin yang hebat meletakkan Quran di atas rihal yang cantik di hadapannya, untuk ditonton?. Tidakkah itu sejenis rasuah yang amat jelek? Inilah hakikat sebenar manusia celaka yang berada bersama kita, yang sangat melampau mendakwa kebaikan mereka sebagai pandai rasuah itu.

Mereka inilah yang menakut-nakutkan orang Melayu dengan segala amaran yang dahsyat, padahal merekalah yang melakukannya sepanjang hayat politik mereka. Tidakkah itu satu kecelakaan tersembunyi yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang cerdik saja, orang-orang yang tidak punya apa-apa kecuali kejujuran sebagai manusia beragama.

Orang Melayu dan bumiputera telah lama diperbodohkan oleh golongan pandai rasuah ini, sehingga mereka menerima borak penipuan tokoh-tokoh pandai rasuah ini sebagai sesuatu yang benar dan betul. Mereka sanggup berbunuhan untuk menyahut seruan tokoh-tokoh pandai rasuah ini. Tidakkah orang Melayu berasa malu, seperti ditampal kulit babi di mukanya, apabila para pemimpin UMNO yang menjadi pelindung mereka selama ini, mengaku betapa teruknya budaya rasuah dalam UMNO? Dr. Mahathir Mohamed yang berotak cerdas dan bijak itu gagal menjalankan tugasnya menghapus rasuah, walaupun beliau telah membebat UMNO selama 22 tahun.

Tidakkah masa 22 tahun terlalu lama untuk diberikan kepada seorang ketua parti yang akhirnya berasa menyesal melihat UMNO yang dibebatnya selama 22 tahun itu begitu buruk sekali wajahnya. Tidak bolehkah dalam masa 22 tahun dilahirkan seorang dua pemimpin yang bersih dan berwibawa? Apakah yang dibuatnya dalam masa begitu panjang?

Kini dia memberi amaran kepada bakal Perdana Menteri supaya jangan ambil pandai rasuah sebagai anggota kabinet, walaupun mereka menang dalam pemilihan UMNO. Itulah kutukan yang terpaksa diterima oleh orang Melayu apabila mempercayai UMNO secara membuta tuli. Setelah gagal 51 tahun membasmi rasuah, perlukah UMNO diberi peluang 50 tahun lagi untuk menyuburkan rasuah dengan melahirkan lebih ramai pandai rasuah di kalangan para pemimpin orang Melayu?

Apakah yang dimaksudkan dengan politik orang terbuang itu? Yang boleh memberi huraian terbaik kepada istilah ini ialah ahli-ahli akademik yang ramai sekarang, yang begitu ghairah menayang muka mereka di TV sebagai pakar analisis politik. Oleh itu biarlah mereka saja yang menghuraikan makna istilah “politik orang terbuang” itu, yang kemunculannya dalam arena politik membawa isyarat jelas tentang kehancuran orang Melayu jika mereka percayakan kumpulan orang terbuang itu. S

esudah dikecewakan lebih dari 50 tahun, bergelumang dengan rasuah dan kerakusan material, maka tidak ada alasan dan tidak ada sebab sama sekali bagi orang Melayu untuk dikecewakan selama 50 tahun lagi. Bodoh sangatkah orang Melayu..?

Mohd Affandi Hassan copy dan paste dari : http://www.sabahdaily.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan