MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 2 April 2009

DENGAN PERLANTIKAN DS NAJIB ADAKAH PERUBAHAN AKAN BERLAKU DI PARLIMEN ROMPIN



















Dengan perlantikan YAB DS Najib sebagai perdana menteri pada hari ini Politik di Parlimen Rompin akan turut berubah. ( ini adalah ramalan )

Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Maznah binti Mazlan menjadi Timblan Menteri, Ustaz Mohd. Safri ADUN Ibam menjadi EXCO kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Rompin adalah Mantan Menteri dan Ustaz Johari bin Hussain ADUN baru yang masih mencari arah perjuangan.

Apabila Hari ini DS Najib di Lantik sebagai Perdana Menteri ura-ura dan cakap-cakap orang-orang Ahli Parlimen Rompin YB. Dato’ Maznah Mazlan akan tersingkir dari jawatan Timbalan Menteri, YB Safri yang memegang EXCO Kerajaan Negeri Pahang seperti Telur di Hujung Tanduk.

Jika difikirkan, jika DS Najib ingin membuat perubahan dalam UMNO, beliau harus berfikir 100 kali diatas pengguguran Menteri dan perlantikan Menteri baru, beliau harus mencari dan berusaha untuk mendapat orang yang layak menjadi menteri. Jangan fikir lawan atau kawan. Dalam Politik UMNO kawan tak semensti kawan dan musuh tak semestinya dimusuhi. Penentu kecermerlangan UMNO sama-sama kita lihat siapa bakal dilantik sebagai Menteri oleh DS Najib.

Bagitu juga kedudukan Maznah binti Mazlan jika difikirkan dia juga berkedudukan dalam EXCO wanita Malaysia. Apakah perlu dia disingkirkan dari Timbalan Menteri. Jika difikirkan kedudukan menteri dari Pahang dirasakan sudah mencukupi. Apakah kedudukan Menteri Belia dan Sukan juga tergugat. Kita sama-sama lihat.

YB Ustaz Safri, adakah beliau juga tergugat. Dengan kedudukan dia sebagai EXCO kerajaan Negeri kenapa beliau tidak boleh dilantik sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia bagi membantu perjalanan Pemuda Negeri Pahang. Itu terletak kepada YB. KJ . Kalau difikirkan kedudukan Pemuda Pahang ketika ini dan perjuangan UMNO Ustaz Safri di rasakan KJ harus melantik dia salah seorang EXCO Pemuda Malaysia.

Rumusan Politik Parlimen Rompin, Maznah Mazlan dan Ustaz Safri di lampu Kuning sama ada lepas kuning ke merah atau hijau. Kalau hijau mereka harus bersyukur, kepercayaan DS Najib masih ada pada mereka, kalau merah, carilah kotak di kedai untuk mengisi kain baju untuk pulang kerumah sendiri. Nasib menentukan segala-galanya.

Apa-apa pun aku berharap agar muslimin dan muslimat Rompin

“ DILINDUNGI ALLAH DARI BALA………………………………. AMIN “.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan