MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 7 Mac 2009

KALI INI MALAS NAK SEMBANG TENTANG POLITIK, NAK CERITA AKTIVITI MASYARAKAT ROMPIN PANTAI PULA















MAJLIS PERASMIAN KURSUS HAJI BERSIRI
DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN ( Gambar kurang terang )




















Tuan Kadi Rompin, berucap mewakili
YB. ADUN Tioman( Gambar kurang terang )




















Pengurus Tabung Haji sedang memberi ucapan
( Gambar kurang terang )



















Pak Manan salah seorang Peserta kursus

Kali ini tidak ada cerita panas yang nak dipamerkan dan nak diceritakan sekadar menceritakan aktiviti penduduk di Rompin. Kali ini tergerak hati untuk menghadiri kursus Haji Bersiri yang di anjurkan oleh Tabung Haji Rompin bersama isteri tersayang. Gembira bukan main isteri bila diajak ke kursus haji. Ke Mekah belum tahu lagi hanya Allah yang menentukan segala-galanya. Selalunya kursus yang aku tengak. Tabung haji mengadakannya di Masjid-masjid, tetapi sungguh bertuah penduduk Rompin Pantai kerana kemudahan tersebut telah diberi oleh Kolej Komuniti Rompin. Terima kasih pentadbiran kolej. Program yang diberikan kepada Tabung haji oleh Kolej tidak mengganggu Pelajar, ketika kursus pelajar bercuti. Inilah yang dipanggil Komuniti.
Sepatutnya semua kolej komuniti yang berada di Malaysia mencontohi Kolej Komuniti Rompin, disamping memberi ilmu kepada anak-anak komuniti dia juga berperanan memajukan dan menyokong aktiviti komuniti tanpa mengganggu pembelajaran anak-anak.
Kesempatan ini atas sokongan Kolej Komuniti Rompin sekalung taniah dan kepujian kepada Pengarah Kolej , Tenaga Pengajar dan pekerja, kerana tanpa sokongan mereka kami penduduk kampung yang menghadiri kursus tidak akan berada ditempat paling indah. Ibarat mesyuarat Jemaah Menteri di Perlimen. Tidak mesyuarat dibawah Pokok. Walaupun didalamnya ada kedua-duanya. Amin.......................... " Sesiapa pemerintah yang memerintah rakyat muslim lalu mati didalam keadaan menipu mereka itu balasannya tidak lain, melainkan Allah mengharamkan berbau syurga " Hadis yang diriwayatkan oleh Rabaai bin Muawiz.

1 ulasan:

  1. macam tu la pakcik.. cerita politik bukannya habis. dapat manfaat untuk masyarakat rompin

    BalasPadam