MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 22 Jun 2009

KALAU BERANI SAHUTLAH CABARAN

KENYATAAN MEDIA


MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


ANWAR IBRAHIM DATO’ ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

2 ulasan:

  1. Salam Ziarah.....

    Memang sudah dijangka bahawa UG ini tidak akan berlaku .Adalah lebih baik bagi PAS untuk bekerjasama dengan DAP daripada UMNO yang rata-ratanya adalah orang melayu islam .Buat PAS pintu UMNO sentiasa terbuka demi untuk agama bangsa dan negara .

    BalasPadam
  2. terima kasih orang baling

    Apa-apa pun cuba renung cara fikiran terbuka dimana salah PAS dan dimana salah UMNO

    kenapa melayu semakin terpinggir dlm pemerintahan sekarang. tengok FELDA . Penubuhan asalnya untuk siapa sekarang FELDA kaya. Jenerasi kedua apa jadi. banyak lagi nak dicerita. Kita fikir bersama secara terbuka dan jangan memikirkan kearah kekayaan bila PAS dan UMNO bersatu. tapi kita fikirkan apakah kebaikan jika PAS dalam pakatan Rakyat untuk melayu. kena halusi baru anda faham

    BalasPadam