MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 25 Jun 2009

PEMUDA PAS PAHANG SOKONG PR












Mohd. Fadzli bin Mohd. Ramly
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Pahang.










Kuala Rompin – Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Menyokong penuh keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang menolak perbincangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO atau Barisan Nasional. Ketua Penerangan Mohd. Fadzli bin Mohd. Ramly berkata “ isu kerajaan perpaduan itu dimanipulasikan UMNO yang semakin terdesak bagi menarik semula kepercayaan kaum melayu terhadap parti itu.

Menurutnya isu itu memperlihatkan kepura-puraan UMNO kononnya untuk berkerjasama dalam membentuk kerajaan perpaduan. UMNO antarayang paling kecewa dengan keputusan PAS dan PR yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan bermacam-macam tohmahan termasuk mengatakan PAS penakut.

Malah UMNO tahmah kita mengatakan kita takut dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka beria-ria sangat hendak wujudkan kerajaan perpaduan. “ katanya.

Mohd. Fadzli percaya dengan keputusan itu juga melegakan semua pihak di peringkat akar umbi berikutan UMNO sengaja mahu melihat PR berpecah.

Keputusan ini sekali gus menyatupadukan semula Pas dan PR termasuk ahli dan penyokong PAS di peringkat bawahan hingga keatas.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan bergerak member penerangan dengan jelas dan difahami dengan itu rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana keikhlasan UMNO dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau menyifatkan BN hanya menjadikan PAS sebagai “TALIAN HAYAT” UMNO melalui penubuhan kerajaan perpaduan dengan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keikhlasan hati.

Bila mereka ( UMNO ) tersepit barulah mereka mahu berkerjasama dengan PAS, tetapi sejauh mana keikhlasan mereka itu boleh ditafsirkan.





UMNO Sedang Membuat post mortem kekalahan di PRK yang lalu bagi memastikan kemenangan bergaya di Manek Urai kah kah kah





















































Adakah ini Calun yang akan menentang PAS di Manek Urai
dari MSO blog

Tiada ulasan:

Catat Komen