MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 30 April 2009

APAKAH PERUBAHAN MUKRIZ DI PENANTI



Percaya atau tidak YB. Mukriz Ketua Pemuda UMNO yang kalah akan membuat perubahan besar dalam cara berkempen UMNO di DUN Penanti adakah perubahan itu mengikut cita rasa UMNO atau sebaliknya. Jika mengikut cara PAS berkempen, sampaikan salam kepada UMNO, bersihkan tahi yang lalu sebelum memulakan emas yang hendak ditaburkan. Mampukah UMNO mengubah tradisi pekerja UMNO dalam beberapa isu pekerja pilihanraya.

1. Membayar gaji pekerja pilihanraya dengan tersusun tanpa melalui orang tengah yang pelehap.

2. Mampukah Mukriz menghapuskan sikap Jawatankuasa Peti Undi yang tidak amanah.

3. Mampukah Mukriz melaburkan wang kepada pekerja tanpa memikirkan pengundi dan kesalahan dalam akta pilihanraya.

4. Mampukah Mukriz menghapuskan sifat berkerja untuk bodek Bos dalam Kempen Pilihanraya.

5. Mampukah Mukriz menghapuskan pekerja pilihanraya berkepentingan.

6. Mampukah Mukriz membuang karpet merah

7. Mampukah Mukriz menghapuskan projek mee segera.

Banyak lagi perkara yang perlu dicatit tetapi dirasakan tidak perlu dicatit memandangkan perubahan ini ibarat cakap tak serupa bikin, hanya satu kemungkinan berlaku rasuah kepada pengundi akan terus berlaku. Kepada pengundi ini pesanan “Orang bagi kita ambil, tetapi pengundi harus berfikir dengan matang”.

Pemikiran rakyat sekarang bukanlah seperti dahulu, Ayat yang pernah didengar dahlu “ kalau tak undi BN susah kita hidup nanti”. Dengan kemewahan pemimpin masuk kampong, dengan cerita pemimpin berbagai kerenah, dengan ego pemimpin, dengan sekatan-sekatan rakyat untuk berjumpa pemimpin, semasa berkempen pintu pejabat sentiasa terbuka, bila dah memimpin kena buat temujanji, apa masalah nak jumpa dia, kenapa nak jumpa dia.

Perkara-perkara ini adakah boleh diubah dalam masa sebulan? .entahlah.

“ PENGUNDI PENANTI SATU HARAPAN YANG DIPINTA TEPUK DADA TANYA SELERA”













1 ulasan:

  1. SALAM...TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG SAYA...SALAM UKHWAH...///

    BalasPadam