MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 27 April 2009

MUNGKIN PKR BERPUTIH MATA DI PENANTI





DUN Penanti adalah pilihanraya yang menggamit DSA berfikir 100 kali untuk meletakan Calun PKR, dengan perletakan calun PKR kemungkinan besar BN akan merampas Penanti. Dengan sikap dan cara kerja PKR adalah sama cara kerja UMNO. Diakui jika PKR Calunkan ahlinya, pekerja-pekrja PAS terpaksa berkerja keras untuk memujuk ahlinya keluar mengundi, apa akan berlaku kepada pengundi yang mengundi PAS tetapi bukan ahli PAS, siapa akan pergi merayu. Penanti adalah satu DUN yang akan menunjukan jumlah pengundi yang keluar mengundi terendah dalam pilihanraya kecil ( ramalan ). Sokongan kepada PKR tidak sehebat dahulu. Kekecewaan Rakyat kepada UMNO/BN mula menyerap kedalam PKR. Rakyat mulai sedar, rakyat mulai faham arah tuju PKR dan UMNO/BN hampir sama.

Peluang UMNO amat cerah di Penanti . Ahli PAS yang kecewa dengan kerja-kerja pilihanraya bersama Pakatan Rakyat mulai terasa. Rungutan bukan saja di Bukit Selambau, tetapi menjelajah ketidak kepuasan hati hingga ke Pahang. Ahli PAS berkerja disana disini, panjat tiang, panjat pokok yang lain Cuma duduk di markas atau bilik peti undi berbual dan makan.

DSA harus fikirkan kemenangan Pakatan Rakyat bukan kemenangan Parti DSA, jika rakyat tidak mahu DSA harus terima demi permintaan Rakyat. Mulai tarikh pembubaran DUN penanti PKR harus membuat satu perubahan besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Biarlah Penanti diserahkan kepada saudara sekapal dari berpindah ke kapal lain.

Buatlah perubahan dalam PKR jika nak membela rakyat. Sebelum rakyat membuat perubahan. Satu ketika dulu saya pernah menulis jika PAS tidak memujuk ahlinya keluar mengundi di Bukit Selambau, kemungkinan besar BN akan menang. Berapa undi melayu Pakatan Rakyat perolehi di Bukit Selambu. Di Penanti lain, Calunnya bukan DSA sendiri, kalau DSA sendiri mungkin menang, takkan DSA nak jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tak tau lah kalau dah teringin sangat. Kalau Calun PKR lain harus BN akan merampas DUN Penanti.

DSA harus berfikir lebih tenang, kejayaan Pakatan Rakyat akan kekal jika Calun tersebut dari Parti Islam SeMalaysia.

Jika masih berdegil kejayaan UNMO/BN di ambang pintu. Tetapi jumlah keluar mengundi akan berkurangan, ahli-ahli PAS yang sudah serik dan letih akan mendiamkan diri di hari mengundi. Perayu undi pun jauh lebih kecil dari Bukit Selambau.

Kejayaan untuk BN/UMNO di Penanti kini mulai mengintai dijendela. Jika Calun dari Pakatan Rakyat kempennya tidaklah teruk sangat. Jika calunnya PAS, UMNO/BN harus berkerja keras lipat gandakan usaha.

“ KEJAYAAN UMNO/BN DIAMBANG JENDELA, JIKA SALAH PERHITUNGAN PAKATAN RAKYAT ANDA BOLEH BERPUTIH MATA,”



Tiada ulasan:

Catat Komen