MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 19 Januari 2009

KEMANA ARAH TUJU MASARAKAT ORANG ASLI YANG MENGANUT AGAMA ISLAM




Sepanjang Perkhidmatan dalam Kementerian Kesihatan di Rompin, Pahang Masyarakat yang paling akrab didampingi adalah masyarakat Orang Asli dan Pekerja Asing. pergaulan antara seorang kakitangan kerajaan dengan mereka dialami selama lebih 20 tahun. dan berdampingan dengan penagih dadah dan pembawa penyakit HIV/AIDS selama 8 tahun. Perasaan sedih dan tidak upaya untuk membantu kerana ketika itu aku amat kerdil untuk bertindak. Mereka itu masyarakat Orang Asli beragama Islam.
..................................................
Selepas mereka di islamkan mereka dibiar terumbang ambing tak ada arah nak dituju kemana. keadaan mereka terlalu daif, perjalanan hidup mereka tidak berubah, mata pencarian mereka seperti asal sebelum mereka di islamkan. Kampung-kampung yang penghuninya Orang Asli beragama islam seperti Kampung Bukit Lepas, Kampung Bukit Serdang, Kampung Sembayang, Sebahagian di Kampung Jemeri, Kampung Kundang, Kampung Serampang, Kampung Ganuh, Kampung Mikang, Kg. Gadak dan RPS Bukit Serok ( sebahagian ).
................................................
Mereka hanya dapat bantuan zakat fitrah, sejadah, kain pelikat, telekong, jamuan hari raya dan kadang-kadang majlis korban. Surau terbiar dipenuhi alang, malah ada surau yang dibuat dari buluh ( Kampung Serampang ). Kalau kita fikirkan tentang islam. Pejabat Agama kakitangannya 100% islam, Pejabat Daerah, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pertanian,Pejabat Hal Ehwal Orang Asli, PLB Daerah, Jabatan Kerja Raya adakah di Jabatan-jabatan ini semuanya manusia yang tidak beragama islam ? , adakah semua ketua Jabatan semuanya bukan beragama islam adakah pemimpin politik di Daerah Rompin semuanya dari DAP, MCA, MIC atau PPP. aneh betul Orang Asli yang menganut agama islam tidak boleh dibela. Orang Asli yang dinyatakan ini bukan berasal atau berketurunan beragama islam seperti orang Melayu. Dia didakwah dan di pujuk supaya menganut agama Islam.
Kalau kita tenguk Gereja Kristian di Kampung Ganuh bukit ibam, dibina dari papan bercirikan rumah orang asli, bersih, lamannya dipenuhi bunga-bunga, menjadi tempat perbualan petang-petang dikalangan orang asli dari kalangan penduduk kampung yang berbagai agama, disediakan dengan minum petang. Kenapa kita Orang Melayu yang beragama islam ada kuasa politik dan kepimpinan dari peringkat atas hingga ke peringkat cawangan di kampung tak mampu menyelesaikan perkara sekecil ini.
Cubalah anda fikir supaya orang asli yang menganut Agama Islam dalam Daerah Rompin mendapat pembelaan sewajarnya tanpa memikirkan kalau aku tolong apa aku dapat.
1. Kenapa Felcra masih menggunakan polisi jika ingin membantu
2. Kenapa Pembangunan Luar Bandar Daerah membisu - mereka ini memang layak rumah PPRT.
3. kenapa program kebersihan diri, program Kampung Sejahtera, Program Makanan Seimbang,
dan unit-unit didalam Jabatan Kesihatan padat dengan program khas untuk rakyat termiskin.
4. Kenapa Jabatan Pertanian, Jabatan Parit dan Saliran, Belia dan lain-lain tidak mampu memasukkan program mereka disini.
Adakah Orang Asli yang menganut Agama Islam akan dibantu apabila Bendera PAS tegak di Kampung Mereka " INSYALLAH PRU 13 "

1 ulasan: