MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 6 Disember 2009

LAGI LAGI MELAYU



PETALING JAYA: Pelajar Malaysia tajaan Majlis Amanah Rakyat atau Mara yang kini sedang menunggu tarikh perbicaraan Januari depan di Cardiff, Wales, United Kingdom atas dakwaan cuba mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 15 tahun, boleh meneruskan pengajiannya seperti biasa sehingga kesnya selesai dibicarakan oleh mahkamah.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Puan Hanisah Omar berkata, pelajar tajaan mereka itu, Izzarul Asyraf Ibrahim, 24, tidak wajar dihukum dengan menarik balik tajaan ke atasnya hanya semata-mata kerana dia menghadapi dakwaan di mahkamah.

“Perkara ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Oleh itu pelajar tersebut dinasihati supaya meneruskan pengajiannya seperti biasa kerana belum ada keputusan muktamad sama ada dia bersalah,” kata Hanisah kepada mStar Online hari ini.

Menurut Hanisah lagi, pejabat Mara di United Kingdom akan mengikuti kes Izzarul dari semasa ke semasa dan akan turut mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom.

Wakil The Star di United Kingdom hari ini melaporkan pelajar Malaysia tajaan Mara, Izzarul Asyraf Ibrahim telah didakwa di sebuah mahkamah majestret di Cardiff, Wales, Jumaat lalu atas dakwaan cuba mencabul kehormatan seorang budak perempuan British berusia 15 tahun.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah taman awam lebih kurang 32 kilometer dari bandar Cardiff pada jam 7 petang 25 April tahun ini.

Izzarul dituduh di bawah Seksyen 3, Akta Kesalahan Seksual 2003.

Hakim Jill Watkins kemudiannya mengarahkan Izzarul dibicarakan di Mahkamah Crown Pontypridd 8 Januari tahun hadapan.

Watkins juga membenarkan Izzarul dibebaskan dengan bersyarat iaitu dia mesti melaporkan diri kepada Balai Polis Pontypridd setiap Khamis sehingga kesnya dibicarakan nanti.

Mahkamah juga tidak membenarkan Izzarul memohon pasport baru sementara menunggu kesnya dibicarakan. Pelajar jurusan penyelenggaraan pesawat di Universiti Glamorgan, Pontypridd itu berasal dari Negeri Sembilan.

Petikan dari mystar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan