KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Sebuah tinjauan, undian dalam blog Che Det milik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibuka sekarang dengan tujuan mengumpulkan pandangan orang ramai berhubung langkah kerajaan memansuhkan PPSMI baru-baru ini.
"Saya (anjur) blog poll ini supaya kita dapat tahu apa pendapat orang ramai dan tentu bila dapat result kalau tak dapat kemuka cara lain, sekurang-kurangnya dalam blog akan sampai, itupun kalau ada orang kerajaan baca blog saya," kata beliau.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di acara Wacana Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia.
Ditanya sama ada keputusan pemansuhan PPSMI itu adalah salah, Dr Mahathir menegaskan bahawa tujuan PPSMI diperkenalkan adalah supaya para pelajar dapat menguasai ilmu yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
"Ia bukan mengenai cuba belajar bahasa Inggeris atau Melayu...ia semata-mata untuk pengetahuan kerana pengetahuan pada hari ini datang kepada kita dalam bahasa Inggeris.
"Hari ini pengetahuan berada dalam kalangan orang yang menulis dalam bahasa Inggeris dan atas sebab itu kami mahu belajar bahasa Inggeris untuk mendapatkan pengetahuan, bukan untuk belajar bahasa Inggeris tetapi Sains mempunyai istilah khas dalam bahasa Inggeris.
"Sebab itu kenapa penting untuk kita menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik," katanya.
Rakyat Malaysia seluruhnya yang berada di dalam dan di luar negara kini boleh mengundi di blog itu di laman sesawang blog Che Det (http://chedet.co.cc/chedetblog/).
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bertindak memansuhkan dasar PPSMI sepenuhnya berkuatkuasa pada 2012.
Sementara itu A. Samad Said yang juga Penasihat Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai PPSMI sebagai bukan pemansuhan PPSMI, tetapi menangguhkan pemansuhan.
"Cuma yang saya tidak setuju, ia (pemansuhan PPSMI) bukan sekarang, bukan tahun depan tetapi ia 2012," katanya.
Bagaimanapun, katanya beliau memahami bahawa pemansuhan itu tidak dapat dilakukan serta merta dan kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat itu sudah cukup baik.
Petikan dari Harakah
Aneh jumlah vote cuba lihat betul-betul
Piraah semua tipu belaka. Dulu mula2 nak perkenal cuma ambil masa 6 bulan aje. Tapi bila nak mansuh ambik masa 3 tahun. Kenapa ya.........
BalasPadam