Translate
INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN
Khamis, 16 Julai 2009
KEJADIAN YANG MENCACA MERBAKAN POLITIK ?
Teoh sepatutnya daftar perkahwinan esok
SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok.
Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.
"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.
Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian hari ini berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.
Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.
"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.
Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.
Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA
DARI KEJADIAN DIATAS AKU BERSETUJU DENGAN MSO
POLITIK negara nampaknya kalut lagi. Konflit antara Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan berakhir malah akan menjadi hangat dan panas. Kematian pegawai khas Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 secara misteri hari ini yang dikatakan terjatuh dari tingkat 20 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.
Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.
Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu.
Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa bukti yang diminta.
Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).
Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalakan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu. Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Shukri Abdullah siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.
Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.
Seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-anaidan tertentu sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan