MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 28 Julai 2009

BERNAS OOO BERNAS DIMANA KAU BERAS.


Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot
KUALA LUMPUR: Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).



Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas. Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.
Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.
Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.
Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.
Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.
Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,
"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.
Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.

Dipetik dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20090728232838/Article/index_html

2 ulasan:

  1. Sapa yang tubuhkan Bernas.Mana dia Ismail Kassim adik Datuk Shahidan Kasim yang dok tepuk dada dulu akhirnya Melayu akan merayu-rayu dinegeri sendiri demi sesuap nasi.Kita hidupkan semula kilang padi kecil dikampung-kampung macam dulu.Kita dikampung bergelumang selut puak lain yang kaut untung.KOMPLEKS LPN dululani dah jadi tugu.Habiskan duit rakyat saja.Tanah-tanah LPN banyak yang bernilai tinggi sapa dok panggu pajak tanah ni.

    BalasPadam
  2. Hasil dari petani x seberapa tidak seperti erak 80an dan 90 an......sekarang mula di timbus dgn padi perumahan.....sudah lenyap negeri jelapang padidan negeri2 pengeluar padi,tanah sawah padi di jadikan rizab terbuka dan di majukan gulungan berpoetik....

    BalasPadam