MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 18 Julai 2009

Mantan Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng keluar MCA, sertai PKR

PETALING JAYA: Selepas menafikan dua hari yang lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia diumumkan oleh Chua sendiri pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini.

"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.

"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.

Turut sertai PKR ialah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media pula Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR untuk melakukan reformasi memandangkan agenda perjuangan PKR dan beliau mempunyai banyak persamaan.

Kata Chua, beliau memikirkan untuk menyertai PKR baru-baru ini.

Katanya, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada Ibu Pejabat MCA dalam waktu terdekat.

NAFI 2 HARI LALU

Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri.

Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005.

Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Kelmarin Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.

Katanya, beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya pada pemilihan tahun lalu, dan kini hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

REAKSI

Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.

Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi Barisan Nasional yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama.

"Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau selepas merasmikan pembukaan kelab TSM Wellness Sdn Bhd.

Mystar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan