MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 21 Januari 2009

DALAM UMNO KENA ADA TELINGA MACAM TELIGA KERA






Telinga Kera di Gunung Jerai

Jika kita ingin rumuskan kancah politik orang melayu masa ini. Kegawatan dan kepanasan memang ketara ketika ini. Memandang UMNO yang memerintah sekarang, biar kita memperkatakan tentang perjuangan dia dahulu, bagaimana dapat UMNO memperjuangkan melayu dan kelemahannya. UMNO dahulu lain , sekarang lain. UMNO sekarang tidak boleh dianggap seperti dahulu, letak batang pisang sebagai calun pun menang. Puncanya sikap orang melayu dalam UMNO sendiri. pemimpin UMNO sendiri tahu kelemahan orang melayu, mereka menganggap mereka yang akan memberi kesedaran kepada melayu. Perjalanan mereka berkepentingan diri sendiri. Mereka nak naik jadi ketua mereka jalankan peranan, sistem kepimpinan berperahu ujud dalam UMNO untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat. bunuh membunuh kepimpinan yang berpengaruh, melupakan rakyat bila menang. memilih bulu jika bertemu rakyat, janji-janji bila berjumpa rakyat, lupa selepas 30 minit berjanji. sistem kroni yang menghalang rakyat bertemu pak wakil mereka, Nak jumpa wakil rakyat kena melalui 100 hantu raya itu pun belum tentu jumpa wakil rakyat. bila dah jumpa macam jumpa Pengarah Syarikat bukan wakil rakyat. Sikap rasuah pilihanraya bila ada pilihanraya wang ditabur kepada rakyat yang tidak dapat duit marah yang dapat belum pasti mengundi. Sikap ketuanan datang berjumpa rakyat kalau salah cara sambutan atau di agongkan merajuk. Jumpa rakyat 4 tahun sekali. jumpa kroni setiap bulan. keupayaan TPM apa yang diucapkan untuk mendekati rakyat dirasakan seperti mencurahkan air di daun keladi tidak seperti bunga telinga kera di Gunung Jerai. TPM kena cari cicakman jika ingin kejayaan besar dalam PRU13 nanti, kalau nak harap yang dibawah ketiaknya didepan aja baik dibelakang baik berkepentingan dan ada yang bermimpi jika Najib jadi PM peluang aku jadi menteri cerah.

Kita pergi ke PAS , Perasaan melayu era ini kita jangan fikirkan yang PAS menumpang PKR atau DAP. Dari apa yang kita lihat dan bincangkan bukan perkara sebenar pemikiran orang melayu yang berumur 50 tahun ke bawah. PAS adalah parti kedua berpengaruh didalam masyarakat melayu. Kita tanya orang melayu yang kecewa, menderita, terpinggir, dipermainkan, mereka mengundi DAP kerana PAS, mereka mengundi PKR kerana PAS, mereka mengundi PAS kerana marahkan UMNO.

Dari cerita dua parti melayu ini perjalanan PAS dibantu oleh PKR dan DAP ke PRU 13 selesa tanpa ganguan ibarat kereta proton saga 1.3cc di lebuhraya. Perjalanan UMNO ke PRU13 ibarat kereta Austin melalui jalan lama dari gurun ke Prai terpaksa menghadapi lampu isyarat, lencungan akibat jalan diperbaiki dan macam-macam halangan, silap-silap haribulan kena balik ke Gurun kerana Jambatan Merdeka sempadan Kedah/Pulau Pinang Runtuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan