MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 26 Januari 2009

FILEM LAMA DIULANG TAYANG



Kesian Paklah dan DS Najib, Filem lama bermula kembali, Berita Arus pedana dah mula ulang tayang filem lama bertajuk " 40 orang Ahli PAS cawangan usai, Melaka masuk UMNO". Kenapalah cerita ini masih digunakan oleh UMNO dalam kedudukan yang terumbang ambing. Carilah filem yang baru yang sesuai dengan keadaan sekarang, filem lama semua orang dah tahu. Di sini saya ingin nyatakan bahawa Ahli PAS yang tulin tidak akan keluar parti dan masuk parti lain terutama UMNO. Kalau ahli tulin yang marahkan PAS mereka akan berdiam diri. Aduh sedih betul UMNO. Kalau kita lihat dan renung panjang UMNO dah lama berbisul, nasib paklah kurang baik terima UMNO berbisul dah nak pecah, DS Najib akan mengambil UMNO dalam keadaan bisul pecah, kalau tak pandai, ada kencing manis pula dalam UMNO, sah UMNO susah nak diubati DS Najib.
Biarlah bertindak dengan matang, carilah berita yang boleh menandingi pihak lawan, kalau nak tolong UMNO pun, sedih kita lihat sokongan seolah-olah membantu orang hampir lemas dengan menghulurkan akar pokok sekentut. Apa-apa pun saya ingin bertanya siapa yang sedang bertindak untuk menjulang UMNO kembali ke landasan yang betul. Buat masa ini hanya sekadar bercakap, mencadangkan, memeriankan berita agar ahli UMNO mengatakan oooh dia nak buat perubahan kita sokong dan undi dia Mac 2009.
Apa-apa pun rumusannya walaupun 40 orang ahli PAS dikatakan masuk UMNO, PAS nampaknya menuju kearah kejayaan ( pinjam slogan paklah ) ke arah " CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG " insyallah....................

1 ulasan:

  1. Salam hormat..
    TQ kearna sudi masuk blog saya yang serba tiada.
    Saya begitu tertarik dengan entry dalam blog ini berhubung UMNO yang semakin hari semakin hilang bisanya...

    Saya pendekkan saja ulasan saya di sini, jika UMNO berani mengekspos bakat kepimpinan dari golongan muda seperti yang dilakukan oleh PKR, saya percaya kedudukan UMNO akan lebih terjamin. Tapi..malangnya KETAMAKAN yang mendorong mereka untuk tidak mahu memberikan tempat kepada orang lain dengan alasan, tidak kalah dalam pilihanraya.. mahu tunggu kalah dulu baru mahu lepaskan kerusi macam yang terjadi kepada Dato Seri Shahrizat kah? yang dikalahkan oleh seorang yang muda juga terpelajar?..inilah sebenarnya fungsi generasi muda yang intelek.

    Saya berani bercakap kerana saya orang UMNO yang setia dari dulu sampai sekarang tetapi terkadang saya MALU + KECEWA dengan keadaan yang melanda UMNO sekarang..Bukan salah PARTI UMNO tetapi salah kepimpinan kita..
    Semoga belum TERLAMBAT untuk kepimpinan UMNO berubah demi masa depan bangsa dan negara Malaysia tercinta.

    BalasPadam