MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 24 Januari 2009

KAK DAYANG PUNYA CERITA


Masyarakat Orang Asli yang peramah, merendah diri, taat, setia kawan dan pemalu. mudah bermesra jika kita memahami hati budi mereka.
.......................................
Aku terlalu baik dengan seorang Orang Asli beragama islam yang aku panggil Kak Dayang. ketika dia menganut Agama Islam 10 tahun lalu dia mempunyai seorang anak lelaki, suaminya seorang lelaki cina yang sama-sama menganut Agama Islam. Sebelum menganut Agama Islam Kak Dayang dan Suaminya salah seorang Orang Asli yang boleh dikatakan yang terkaya didalam kampungnya. Bantuan, berhutang dan penyelesaian masalah penduduk kampung tersebut.
Malang menimpa kak dayang , dua tahun selepas di Islamkan suami kak Dayang yang aku panggil Apek meninggal. Sejarah malang Kak Dayang Bermula. Kak Dayang di halau oleh anaknya yang menganut Agama lain dan berkahwin dengan gadis dari Sabah. Kak Dayang Ke Pejabat JHEO untuk memohon rumah PPRT, permohonan kak dayang ditolak, Kak Dayang merengak dan menebalkan muka mencari ketua Jabatan dan Pemimpin setempat. kepulangan Kak Dayang dengan kehampaan. Kak Dayang menumpang di rumah Bapak saudaranya yang belum beragama Islam " ( entahlah bagaimana kak dayang hidup, aku hanya dapat membantu dengan semangat sahaja, aku amat kerdil ketika itu)". Oleh kerana kesempitan hidup dan tiada tempat bergantung, Kak Dayang berusaha mendirikan pondok kecil untuk dirinya di tepi jalan dari Rompin ke Muadzam Shah tanpa perhatian dan tindakan mana-mana pihak, penderitaan Kak Dayang tidak sampai disitu, tanah yang didiami milik orang kak dayang berpindah lagi. Dalam keadaan berpindah randah aku kehilangan Kak Dayang seketika puas aku mencari, dia lari entah kemana. Dalam beberapa minggu ini aku terjumpa dengan Kak Dayang yang masih mesra seperti dahulu, tetapi telah berumah tangga dulu seorang sekarang berlima, Kak Dayang Sudah bersuami dan punyai anak tiri 4 orang. Alhamdulillah. Aku ingin bertanya dia berkahwin dimana dan bagaimana cara. tetapi dari ceritanya suaminya telah memelok agama islam termasuk 4 orang anak tirinya, dia kembali tinggal dirumah asal suaminya di perkampungan Orang Asli 100% masih cara lama kehidupan sebagai orang asli. Kak Dayang bercerita lagi , untuk mendalami ilmu Agama Islam dan belajar Quran beliau mengajak seorang PTI dari Indonesia tinggal berhampiran dengan rumahnya dan belajar dengan PTI selama lebih 2 tahun. Malang bagi Kak Dayang, JKKK di mana Kampung Kak Dayang duduk di kuasai oleh JKKK di pimpin oleh Orang Melayu telah menangkap Guru Agama tersebut. JKKK itu berjanji akan datang meneruskan apa yang di ajar oleh PTI dari Indonesia itu kepada keluarga Kak Dayang. Sudah 2 tahun perkara ini terjadi tetapi janji tinggal janji. Kak Dayang meneruskan hidup kosong tanpa ilmu, jika tidak diasuh Kak Dayang akan terus di buai Filem Lamanya - Bila Bulan bersinar, baru pertimbangan yang adil berlaku ?

2 ulasan:

  1. Menarik pengalaman saudara. Asal Gurun sekarang di mana meneruskan perjuangan. Tak jauh tu tempat kita, saya tokai. Salam pengenalan dan Salam perjuangan

    BalasPadam
  2. salam sdr,
    Kita banyak institusi2 kebajikan 'Islam'. Badan2 ini cuma melaung2kan 'Islam'.. tetapi perkara yang sebegini kecil.. Kita ta' dapat bereskan.. Masyarakat orang asli Islam agak ketinggalan, kita hanya meraung2kan penderitaan orang Plastin. tetapi kita lupa yang paling dekat.

    BalasPadam