MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 13 Julai 2009

RAKYAT DIUTAMAKAN, CUTI ESOK UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI RAKYAT


RAKYAT DIUTAMAKAN, PAS FOR ALL



Orang' yang bertanggungjawab menetapkan hari pembuangan undi, mengambil langkah yang bijak dengan menyusahkan pengundi, terutama penjawat awam dengan menetapkan hari bekerja sebagai hari pembuangan undi. Bagi pengundi luar, mereka terpaksa mengambil cuti untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

TG Nik Abdul Aziz menunaikan tanggungjawabnya selaku Ketua Negeri mengisytiharkan esok sebagai hari cuti umum untuk memudahkan rakyat turun membuang undi. Ini membuktikan beliau mengamalkan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.



KOTA BAHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.
- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen