MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 30 April 2009

APAKAH PERUBAHAN MUKRIZ DI PENANTI



Percaya atau tidak YB. Mukriz Ketua Pemuda UMNO yang kalah akan membuat perubahan besar dalam cara berkempen UMNO di DUN Penanti adakah perubahan itu mengikut cita rasa UMNO atau sebaliknya. Jika mengikut cara PAS berkempen, sampaikan salam kepada UMNO, bersihkan tahi yang lalu sebelum memulakan emas yang hendak ditaburkan. Mampukah UMNO mengubah tradisi pekerja UMNO dalam beberapa isu pekerja pilihanraya.

1. Membayar gaji pekerja pilihanraya dengan tersusun tanpa melalui orang tengah yang pelehap.

2. Mampukah Mukriz menghapuskan sikap Jawatankuasa Peti Undi yang tidak amanah.

3. Mampukah Mukriz melaburkan wang kepada pekerja tanpa memikirkan pengundi dan kesalahan dalam akta pilihanraya.

4. Mampukah Mukriz menghapuskan sifat berkerja untuk bodek Bos dalam Kempen Pilihanraya.

5. Mampukah Mukriz menghapuskan pekerja pilihanraya berkepentingan.

6. Mampukah Mukriz membuang karpet merah

7. Mampukah Mukriz menghapuskan projek mee segera.

Banyak lagi perkara yang perlu dicatit tetapi dirasakan tidak perlu dicatit memandangkan perubahan ini ibarat cakap tak serupa bikin, hanya satu kemungkinan berlaku rasuah kepada pengundi akan terus berlaku. Kepada pengundi ini pesanan “Orang bagi kita ambil, tetapi pengundi harus berfikir dengan matang”.

Pemikiran rakyat sekarang bukanlah seperti dahulu, Ayat yang pernah didengar dahlu “ kalau tak undi BN susah kita hidup nanti”. Dengan kemewahan pemimpin masuk kampong, dengan cerita pemimpin berbagai kerenah, dengan ego pemimpin, dengan sekatan-sekatan rakyat untuk berjumpa pemimpin, semasa berkempen pintu pejabat sentiasa terbuka, bila dah memimpin kena buat temujanji, apa masalah nak jumpa dia, kenapa nak jumpa dia.

Perkara-perkara ini adakah boleh diubah dalam masa sebulan? .entahlah.

“ PENGUNDI PENANTI SATU HARAPAN YANG DIPINTA TEPUK DADA TANYA SELERA”













Isnin, 27 April 2009

MUNGKIN PKR BERPUTIH MATA DI PENANTI





DUN Penanti adalah pilihanraya yang menggamit DSA berfikir 100 kali untuk meletakan Calun PKR, dengan perletakan calun PKR kemungkinan besar BN akan merampas Penanti. Dengan sikap dan cara kerja PKR adalah sama cara kerja UMNO. Diakui jika PKR Calunkan ahlinya, pekerja-pekrja PAS terpaksa berkerja keras untuk memujuk ahlinya keluar mengundi, apa akan berlaku kepada pengundi yang mengundi PAS tetapi bukan ahli PAS, siapa akan pergi merayu. Penanti adalah satu DUN yang akan menunjukan jumlah pengundi yang keluar mengundi terendah dalam pilihanraya kecil ( ramalan ). Sokongan kepada PKR tidak sehebat dahulu. Kekecewaan Rakyat kepada UMNO/BN mula menyerap kedalam PKR. Rakyat mulai sedar, rakyat mulai faham arah tuju PKR dan UMNO/BN hampir sama.

Peluang UMNO amat cerah di Penanti . Ahli PAS yang kecewa dengan kerja-kerja pilihanraya bersama Pakatan Rakyat mulai terasa. Rungutan bukan saja di Bukit Selambau, tetapi menjelajah ketidak kepuasan hati hingga ke Pahang. Ahli PAS berkerja disana disini, panjat tiang, panjat pokok yang lain Cuma duduk di markas atau bilik peti undi berbual dan makan.

DSA harus fikirkan kemenangan Pakatan Rakyat bukan kemenangan Parti DSA, jika rakyat tidak mahu DSA harus terima demi permintaan Rakyat. Mulai tarikh pembubaran DUN penanti PKR harus membuat satu perubahan besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Biarlah Penanti diserahkan kepada saudara sekapal dari berpindah ke kapal lain.

Buatlah perubahan dalam PKR jika nak membela rakyat. Sebelum rakyat membuat perubahan. Satu ketika dulu saya pernah menulis jika PAS tidak memujuk ahlinya keluar mengundi di Bukit Selambau, kemungkinan besar BN akan menang. Berapa undi melayu Pakatan Rakyat perolehi di Bukit Selambu. Di Penanti lain, Calunnya bukan DSA sendiri, kalau DSA sendiri mungkin menang, takkan DSA nak jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tak tau lah kalau dah teringin sangat. Kalau Calun PKR lain harus BN akan merampas DUN Penanti.

DSA harus berfikir lebih tenang, kejayaan Pakatan Rakyat akan kekal jika Calun tersebut dari Parti Islam SeMalaysia.

Jika masih berdegil kejayaan UNMO/BN di ambang pintu. Tetapi jumlah keluar mengundi akan berkurangan, ahli-ahli PAS yang sudah serik dan letih akan mendiamkan diri di hari mengundi. Perayu undi pun jauh lebih kecil dari Bukit Selambau.

Kejayaan untuk BN/UMNO di Penanti kini mulai mengintai dijendela. Jika Calun dari Pakatan Rakyat kempennya tidaklah teruk sangat. Jika calunnya PAS, UMNO/BN harus berkerja keras lipat gandakan usaha.

“ KEJAYAAN UMNO/BN DIAMBANG JENDELA, JIKA SALAH PERHITUNGAN PAKATAN RAKYAT ANDA BOLEH BERPUTIH MATA,”



Khamis, 23 April 2009

KENALILAH ROMPIN PAHANG ERA BARU



Masjid Kuala Rompin
Air Terjun di Taman Negeri Rompin Endau Jarak dari Bandar Rompin
ke Taman Negeri Lebin Kurang 30km.
Pantai di Pantai Hiburan Rompin, Pahang 1.5km dari Masjid Rompin

Salah sebuah Hotel di Rompin
Aliran Air di Sungai dalam Taman Negeri Rompin/Endau



Inginkan ketenangan dan bercuti datanglah ke Rompin Pahang. Sambil makan-makan udang galah segar, anda juga boleh mencari ketenangan di Pantai, Taman Negeri Rompin/Endau dan bermalam di Hotel-hotel di Rompin.

Isnin, 20 April 2009

Gambar Kenangan Rompin era 60an hingga 70an

















Gambar ini diambil dari penyimpan yang meminati sejarah di Rompin. Melalui gambar ini juga dapat di lihat betapa majunya Rompin dan Bukit Ibam di Sekitar tahun 60an hingga awal 80an. Terdapat Pejabat Kastam DiRaja dan Pegawai Pelabuhan dan lain-lain kini semua menjadi sejarah untuk dikenang oleh generasi baru Rompin. Walau apa pun dengan kepesatan penghijrahan Rakyat Negeri Kedah dan Perak Khasnya dan Amnya semua negeri dalam semenanjung Malaysia. Rompin kini bergerak ke arah pembangunan pesat.

Jumaat, 17 April 2009

LAGI UGUTAN DARI ADUN PKR





















Tajuk Utama Sinar Harian 18 april 2009 berbunyi “ Fairus Ancam Bongkar rahsia “ . sekiranya PKR tidak berusaha membersihkan namanya dalam masa dua minggu fairus akan mendedahkan rahsia PKR. Dua minggu lagi aka nada seorang lagi akan berkempen untuk UMNO. Aduh sakit kepala rakyat.

1. Pilihanraya jika diadakan selalu akan membazirkan wang rakyat ? ( kata DS Najib )

Kalau macam ini sebelum hari rabu nanti atau sebelum SPR mengistiharkan kekosongan DUN Penanti dicadangkan agar “ Tawaran Tender kepada parti lain diadakan ( Kecuali PKR ) bagi membeli DUN Penanti tender ini semestinya tender tertutup siapa yang tender tertinggi boleh ambil ADUN Penanti.

Kerenah Pemimpin melayu dari PKR dan UMNO rakyat dah penat. Kecoh derhaka di Perak belum selesai. Derhaka di Terangganu mula kembali. Siapa derhaka hanya mereka yang tahu.

Pemimpin melayu ambillah sedikit atau guna pakailah quran dan hadith dalam memperjuangkan rakyat dan Negara. Sebagai panduan sebuah hadith Nabi yang boleh direnungkan ialah

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”

Dicadangkan kepada Anwar cubalah berpandu kepada teguran Tok Guru Nik Aziz kepada YB. Ibrahim Ali kalau Fairus Nak masuk UMNO istihar ajalah. Kalau nak bersama PKR akurlah kepada perjuangan parti tak payah ungut-ugutan. Buatlah keputusan sebelum SPR buat keputusan.

“APA APA PUN PERMOHONAN KOSONGKAN N14 PENANTI rasanya tak diterima SPR” ramalan

Pak belalang selalunya tepat





Khamis, 16 April 2009

KABAR ANGIN ATAU BENAR

SEDARKAN DIRI

Adalah diberitahu bahawa perletakan jawatan oleh Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin telah tidak diterima oleh SPR.

Penolakan ini bukan satu yang baru. SPR pernah menolak perletakan jawatan 2 Adun PKR di Perak baru baru ini.

Maka frust mononggenglah Mak Cik Gulai Itik Penanti yang sudah memesan 300 ekor itik sebagai persediaan untuk pilihanraya kecil ini kah kah kah.


copy dan paste dari http://tukartiub.blogspot.com/

ADUN PENANTI ( N12 ) LETAK JAWATAN


















Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penanti telah meletakkan Jawatan. Pilihanraya akan diadakah. Dimanakah DUN Penanti kalau tak tahu DUN Penanti terletak didalam P44 Permatang Pauh. Disitu juga terdapat 2 lagi dun iaitu N10 dan N11.

Hanya sedikit sahaja kali ini, nak ucapkan Taniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti kerana berani meletakan jawatan Demi kepentingan semua. Semuga berjaya dalam pelajaran dan selamat bersama keluarga

Khamis, 9 April 2009

TANIAH DS NAJIB TANIAH MAZNAH MAZLAN











PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew



MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Apa-apa pun taniah diucapkan kepada DS Najib dengan perlantikan menteri dan Timbalan Menteri. Dari segi ketokohan mereka sebahagianya masih belum diuji. Walaupun kepimpinan yang dilantik ini ada sadikit parut yang perlu disembuhkan semula dan segera, tetapi parutnya tidak bagitu ketara. Dalam usaha memertabatkan kembali UMNO dan perjuangan untuk rakyat. DS Najib harus melihat dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah.

1. Cuba lihat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri berperanan untuk Rakyat dan melawat atau tidak dikawasan. Kita perlu mencari sifu di setiap kampong bukannya ketua Cawangan atau Ketua Kampung. Dengan cara ini kemajuan setiap keperluan rakyat dapat penghargaan. Sifu disini ada pejuang yang tidak ada nama, taat, dan disegani masyarakat tidak suka kepada pertandingan dan jawatan. Lebih-lebih lagi dia akan menjauhkan diri jika perjuangan tersebut di taja untuk menaikan seseorang sebagai ketua Bahagian atau berkepentingan seperti ketua kampong yang sebahagian besarnya mempunyai Lesen Kelas F sekurang-kurangnya.

Dirasakan DS Najib memang berpengelaman dalam soal mengembalikan kepercayaan Rakyat kepada kerajaan, kerana di Parlimen Pekan sejarah telah membuktikan yang DS Najib pernah menang tidak lebih dari 100 undi. Ini boleh dijadikan contoh.

Apa-apa pun hanya masa menentukan sama ada UMNO masih dihati rakyat atau tidak. Terpulang kepada kepimpinan baru. Bukti untuk mempercayainya telah terhapus akibat kecuaian Pemerintahan Kerajaan Malaysia selama ini. Hanya satu yang perlu diamalkan kembali ke Zaman Tun Razak tetapi perlu di gubah mengikut keadaan semasa. FELDA contohnya perlu kembali ke asas penubuhan FELDA. Masih ramai masyarakat Melayu yang memerlukan pembilaan. BERNAS, FELCRA, FAMA, MARDI dan lain-lain perlu diperluaskan peranannya bukan sekadar membuka Pasar Malam atau menjadi Agen kepada kerajaan. Agensi-agensi ini boleh menjadi pembekal kepada peniaga-peniaga di Malaysia. NAK BUAT SERIBA DAYA TAK NAK BUAT SERIBU DALIH

Apa-apa pun terima kasih kepada DS Najib kerana member kepercayaan lagi kepada YB. Maznah binti Mazlan menjadi Tim. Menteri. Kalau ikut Adat dan Politik Parlimen Rompin. YB. Mazah dah hilang nama dalam senarai Menteri.

Kepada YB. Maznah, Kepercayaan yang diberikan gunalah dengan sebaik mungkin.

ALLAH SELAMATKAN KAMI RAKYAT ROMPIN DARI BALA MU AMIN…….