MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 30 Januari 2009

YA ALLAH JAUHI BALA KEPADA RAKYAT MALAYSIA


SEPANG 30 Jan. - UMNO akan menyiasat sendiri dan memutuskan sebarang bentuk tindakan ke atas mana-mana pemimpin atau ahli yang didapati bersalah kerana politik wang.
Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi.
Menurutnya, sebarang perkara berkaitan dengan UMNO seharusnya diselesaikan di dalam parti meskipun aduan atau laporan yang diterima datang daripada pihak luar.
"Saya fikir, hal-hal berkaitan parti seperti apa yang diputuskan MT malam tadi biarlah disalurkan kepada parti.
"Aduan boleh datang dari mana-mana tapi hal-hal parti, biar parti putuskan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Apa Khabar Orang Kampung anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sungai Pelek di sini hari ini.



Sekali lagi aku terperanjat kera dengan kenyataan akhabar, dalam kegawatan dan kepincangan dalam UMNO, kenyataan yang lapuk keluar lagi, Penyelesaian yang dibuat oleh UMNO ?, telah lama dibuat tetapi tidak berjaya pun. Ini lah nasib UMNO, sejarah telah menunjukan siapa boleh jadi pemimpin dan siapa tidak boleh jadi pemimpin, memandangkan di kalangan ahli UMNO kebanyakannya memerlukan sokongan, bantuan, menunjuk-nunjuk mereka tidak memikirkan siapa pemimpin mereka asalkan mereka dapat makan, persen dari air liur berjumpa si Polan dengan Pak menteri yang dia naikkan. Ya Allah bantulah kami Orang Islam di Malaysia, kembalikan lah pemimpin yang adil , amanah dan beriman kepada kami, memerintah negara yang disayangi. Hancurkanlah dan musnahkanlah pemimpin yang lari dari landasan Agama mu, jauhilah kami dari bala yang dilakukan oleh pemimpin kami, tunjukkanlah jalan kebenaran kepada rakyat malaysia, Allah Allah Allah maha besar.
Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Rubai bin muawiz as
SESIAPA PEMERINTAH YANG MEMERINTAH RAKYAT MUSLIMIN LALU MATI DALAM KEADAAN MENIPU MEREKA ITU BALASAN NYA TIDAK LAIN , MELAINKAN ALLAH MENGHARAMKAN BAU SYURGA "


Rabu, 28 Januari 2009

UMNO PERLU BERUBAH, KEMBALI KEYAKINAN ORANG MELAYU - Sinar harian edisi Pahang











YB. Kapten (B) Haji Mohd. Johari bin Hussain

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman.











YBHG. Datuk Abdul Rahim bin Ibrahim

Presiden Kelab Veteran Pejuang Kemerdekaan Parlimen Rompin.











Sebelum kita memperkatakan tajuk diatas, mari kita renungi dua pendapat dari gulungan veteran UMNO Parlimen Rompin dan seorang Wakil Rakyat baru, Kali pertama menjadi wakil rakyat pada PRU 12 , ketika menjadi wakil rakyat baru 8 bulan menjadi ahli UMNO.



Petikan pertama dari Sinar harian edisi Pahang yang diungkapkan oleh Dato' Rahim berbunyi " Rakyat hari ini sudah bijak menilai dan memilih pemimpin yang komited kepada rakyat, bukan pemimpin yang mementingkn kroni dan kepentingan mereka sendiri semata-mata."

Petikan kedua dari ADUN Tioman Mohd. Johari bin Hussain " Setiap perwakilan yang akan menghadiri persidangan itu perlu bersikap rasional terhadap isu yang berhubung dengan soal kepentingan rakyat. Menurutnya, sekiranya parti itu tidak gagal mencapai hasrat rakyat negara ini, dikhuatiri UMNO akan terus rapuh dan tidak lagi menjadi wadah perjuangan yang diyakini rakyat khususnya jenerasi muda. Cabaran yang wajar ditangani kepimpinan UMNO perlu membawa masej yang jelas iaitu menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat keseluruhannya terutama melayu"

Saya ingin memetik sedikat ungkapan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dalam Sinar Harian yang sama bertarikh 29hb. januari 2009 berbunyi " Ahli UMNO perlu bersatu dan berani, untuk mengutarakan hasrat orang melayu terutama dalam zaman kebangkitan " Malaysia Malaysian yang berbentuk global serta berlaku dimana-mana sahaja. untuk menjadi bangsa melayu tidak terpinggir dengan semangat demikian, kepimpinan UMNO perlu perjelaskan mengenai hala tuju parti selepas Perhimpunan Agong akan datang.

Tiga pandangan tentang kedudukan UMNO masa kini, dari rumusan yang dipetik kesemua pemimpin UMNO diatas tahu akan kepincangan dalam UMNO dan perlukan perubahan, tetapi sayangnya pemimpin UMNO masih berfikiran lama. UMNO tu siapa, dah berapa lama memerintah Negara kita, adakah seorang ketua Bahagian baru sedar bahawa orang melayu terpinggir dalam pemerintahan UMNO sebelum ini. Apa-apa pun saya ingin serahkan kepada anda untuk menilai 3 jenerasi UMNO yang memberi pendapat. Veteran UMNO, pertengahan dan jenerasi baru dalam UMNO. Apa-apa pun kita tunggu ADUN Perak berhijrah.

Selasa, 27 Januari 2009

BERITA BENAR ATAU PALSU AKU TAK TAU































Lelah dok tengok gambaq dok keluaq dlm blog tentang UMNO cuba hampa habaq mai aku nak dengaq, kalang kelibut, pakat dok cempera abih. mampuh



























Sama ada berjaya atau tidak perjalanan UMNO untuk perubahan dan mengambil hati rakyat yang disarankan DS Najib masih terapung diawangan, berjaya atau tidak terletak kepada Ahli Parlimen dan menteri UMNO, Ketua Bahagian, AJK Bahagian. Suasana masih sepi, kembalinya ajk2 bahagian dari Kuala Terengganu bukan nak muhasabah diri tetapi ada sebahagian mencanangkan atau bersenda meminta borang PKR untuk menjadi ahli kerana orang melayu tak ikut cakap mereka ketika berkempen. kerugian entah berapa........


Penghijrahan ADUN Bota, masing-masing kecoh pula mengatakan ADUN Bota tidak mengenang budi, dan macam-macam pendapat dikeluarkan. yang berlaku terus berlaku. hanya Tuhan yang tahu.


Dalam kekecuhan 3 lagi ADUN Negeri Perak akan berhijrah ke PKR . Datuk Peninsi blog mengingatkan Pa Lah dan DS Najib seorang lagi Ahli Parlimen P178 Sipitang akan melompat parti, lah angin bertiup ke Sabah pulak. Sama ada betul atau tidak berita ini UMNO harus mengambil iktibar, dirimu telah melalui lorong yang salah, DS Najib nak betulkan macam mana kalau cakap aja kuncu-kuncu dibawah masih berangan jauh dengan dendangan " tak de masalah kawasan aku kubu kuat ", " aku tak balik pun tak apa " Kalau aku balik hulur sikit kat yang degil-degil diamlah mereka".


era ini kau kubu kuat ke, kau kubu tanah ke , kau kubu besi ke, rakyat dah pandai membaca, rakyat dah pandai dengar, rakyat dah pandai menilai, rasanya rakyat bukan memilih parti tetapi rakyat memilih calun.


Kalau kita lihat parti PAS mereka bergerak sepanjang masa, beramah mesra dimana-mana, bukan bersalam di masa pilihanraya, sentiasa berjumpa rakyat, sentiasa bersalam dan bertegur sapa ketika mereka ke Pekan Sehari, ke Pasar, Ke Pasar Malam ke Mesjid , Dimana calun UMNO kalau AP bertugas di Kuala Lumpur adakah wakilnya menjalankan kerja, bila AP kawasan tersebut datang ziarah barulah masing-masing tunjuk muka. Masing- masing tipu sama tipu.


Saya ingin mencadangkan kepada 3 ADUN Perak , AP Sipitang kalau orang tak percaya lagi kedudukan anda apa lagi cabutlah, kalau nak harap pertolongan jangan diharap silap-silap nama dah disenarai hitam dah PRU13 nanti nama anda akan hilang juga. fikirlah PAS atau PKR mana-mana boleh. Insyaallah..............................

Isnin, 26 Januari 2009

FILEM LAMA DIULANG TAYANG



Kesian Paklah dan DS Najib, Filem lama bermula kembali, Berita Arus pedana dah mula ulang tayang filem lama bertajuk " 40 orang Ahli PAS cawangan usai, Melaka masuk UMNO". Kenapalah cerita ini masih digunakan oleh UMNO dalam kedudukan yang terumbang ambing. Carilah filem yang baru yang sesuai dengan keadaan sekarang, filem lama semua orang dah tahu. Di sini saya ingin nyatakan bahawa Ahli PAS yang tulin tidak akan keluar parti dan masuk parti lain terutama UMNO. Kalau ahli tulin yang marahkan PAS mereka akan berdiam diri. Aduh sedih betul UMNO. Kalau kita lihat dan renung panjang UMNO dah lama berbisul, nasib paklah kurang baik terima UMNO berbisul dah nak pecah, DS Najib akan mengambil UMNO dalam keadaan bisul pecah, kalau tak pandai, ada kencing manis pula dalam UMNO, sah UMNO susah nak diubati DS Najib.
Biarlah bertindak dengan matang, carilah berita yang boleh menandingi pihak lawan, kalau nak tolong UMNO pun, sedih kita lihat sokongan seolah-olah membantu orang hampir lemas dengan menghulurkan akar pokok sekentut. Apa-apa pun saya ingin bertanya siapa yang sedang bertindak untuk menjulang UMNO kembali ke landasan yang betul. Buat masa ini hanya sekadar bercakap, mencadangkan, memeriankan berita agar ahli UMNO mengatakan oooh dia nak buat perubahan kita sokong dan undi dia Mac 2009.
Apa-apa pun rumusannya walaupun 40 orang ahli PAS dikatakan masuk UMNO, PAS nampaknya menuju kearah kejayaan ( pinjam slogan paklah ) ke arah " CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG " insyallah....................

Ahad, 25 Januari 2009

SATU CABARAN DAN TERCABAR















Satu lagi pilihanraya tanpa bersusah payah PKR menang, UMNO malu. Ini salah satu cabaran untuk UMNO, belum sempat nak berubah dalam UMNO, cabaran mendatang lagi. Bagi saya dalam UMNO dengan berpindahnya ADUN Bota bukan satu perkara kecil dan remeh. saya dari jauh akan menyokong ADUN Bota jika dia berpindah ke PKR selepas pemilihan Bahagian. Kerana dalam pemilihan bahagian zaman sekarang perlu ada wang, perlu belanja perwakilan, perlu beri duit minyak kepada perwakilan.

Ketua Cawangan dan perwakilan semuanya adalah kroni ketua Bahagian, Ular Sawa Cawangan yang dirancang oleh Ketua Bahagian kena bagi makan kalau tak bagi makan dia belit tuan, ular sawa yang ditaja oleh ketua bahagian tidak akan menjalankan kerja-kerja untuk kepentingan rakyat. ular sawa ini akan muncul apabila ketua bahagian balik kawasan, mereka akan mengikut ketua bahagian kemana pergi sehingga dapat habuan.

Macam mana Datuk Najib dan lain-lain yang ingin mengubah UMNO, hantu raya ada di keliling mereka yang akan berjanji akan membantu, rakyat manusia mereka hantu tidak akan berjaya.

Sabtu, 24 Januari 2009

KAK DAYANG PUNYA CERITA


Masyarakat Orang Asli yang peramah, merendah diri, taat, setia kawan dan pemalu. mudah bermesra jika kita memahami hati budi mereka.
.......................................
Aku terlalu baik dengan seorang Orang Asli beragama islam yang aku panggil Kak Dayang. ketika dia menganut Agama Islam 10 tahun lalu dia mempunyai seorang anak lelaki, suaminya seorang lelaki cina yang sama-sama menganut Agama Islam. Sebelum menganut Agama Islam Kak Dayang dan Suaminya salah seorang Orang Asli yang boleh dikatakan yang terkaya didalam kampungnya. Bantuan, berhutang dan penyelesaian masalah penduduk kampung tersebut.
Malang menimpa kak dayang , dua tahun selepas di Islamkan suami kak Dayang yang aku panggil Apek meninggal. Sejarah malang Kak Dayang Bermula. Kak Dayang di halau oleh anaknya yang menganut Agama lain dan berkahwin dengan gadis dari Sabah. Kak Dayang Ke Pejabat JHEO untuk memohon rumah PPRT, permohonan kak dayang ditolak, Kak Dayang merengak dan menebalkan muka mencari ketua Jabatan dan Pemimpin setempat. kepulangan Kak Dayang dengan kehampaan. Kak Dayang menumpang di rumah Bapak saudaranya yang belum beragama Islam " ( entahlah bagaimana kak dayang hidup, aku hanya dapat membantu dengan semangat sahaja, aku amat kerdil ketika itu)". Oleh kerana kesempitan hidup dan tiada tempat bergantung, Kak Dayang berusaha mendirikan pondok kecil untuk dirinya di tepi jalan dari Rompin ke Muadzam Shah tanpa perhatian dan tindakan mana-mana pihak, penderitaan Kak Dayang tidak sampai disitu, tanah yang didiami milik orang kak dayang berpindah lagi. Dalam keadaan berpindah randah aku kehilangan Kak Dayang seketika puas aku mencari, dia lari entah kemana. Dalam beberapa minggu ini aku terjumpa dengan Kak Dayang yang masih mesra seperti dahulu, tetapi telah berumah tangga dulu seorang sekarang berlima, Kak Dayang Sudah bersuami dan punyai anak tiri 4 orang. Alhamdulillah. Aku ingin bertanya dia berkahwin dimana dan bagaimana cara. tetapi dari ceritanya suaminya telah memelok agama islam termasuk 4 orang anak tirinya, dia kembali tinggal dirumah asal suaminya di perkampungan Orang Asli 100% masih cara lama kehidupan sebagai orang asli. Kak Dayang bercerita lagi , untuk mendalami ilmu Agama Islam dan belajar Quran beliau mengajak seorang PTI dari Indonesia tinggal berhampiran dengan rumahnya dan belajar dengan PTI selama lebih 2 tahun. Malang bagi Kak Dayang, JKKK di mana Kampung Kak Dayang duduk di kuasai oleh JKKK di pimpin oleh Orang Melayu telah menangkap Guru Agama tersebut. JKKK itu berjanji akan datang meneruskan apa yang di ajar oleh PTI dari Indonesia itu kepada keluarga Kak Dayang. Sudah 2 tahun perkara ini terjadi tetapi janji tinggal janji. Kak Dayang meneruskan hidup kosong tanpa ilmu, jika tidak diasuh Kak Dayang akan terus di buai Filem Lamanya - Bila Bulan bersinar, baru pertimbangan yang adil berlaku ?

ASAL USUL NAMA KEDAH

Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.


Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.


1. Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).


2. Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.



3. Asal Nama Kedah - Unsur China
Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau " Langa" (atau Langkasuka). Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 - 916) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola". Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga "Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang. Dari penulisan I-Ching (kurun ke-17) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha".



4. Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian
Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. "Serokam" dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Sara" yang bermaksud bangunan dan "Kami" yang bermaksud urusan. Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha" nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Majapahit. Sehingga akhir kurun ke~14, Kedah masyhur sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi selepas kejatuhan Palembang dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh ke bawah kuasa Siam. Barbosa, penulis portugis yang menulis dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah adalah pusat dagangan pelbagai jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang dari merata tempat untuk berdagang. Di Kedah terdapat banyak lada hitam yang dibawa keluar ke China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli kartografi Portugis yang menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600 memberi gambaran mengenai pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi dengan bangunan yang dibuat daripada nibong. Unsur tempatan yang terkenal mengenai sejarah Kedah ialah Hikayat Marong Mahawangsa yang mengisahkan sejarah awal Kedah. Ramai sejarawan menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan, walaupun unsur itu diakui banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang terkeluar daripada sejarah. Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang pegawai tinggi istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan sejarah negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun ke-13 hingga ke hari ini.



5. Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan
Rekod-rekod lama yang menyebut nama "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh dikesan semenjak tahun 846 Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan­ kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara. Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih. Menurut fbnu Muhafhal "Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.


Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah