Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.
Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.
Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.
Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.
Nampaknya parah beberapa orang terpelajar yang bijak dalam Pas ini nak kena buat kerja tabligh kepada ramai pengikut2 Pas yang sudah mengambil fahaman yang boleh membawa kepada khufur itu. Nampaknya itu je dah kerja mereka kena buat untuk jangka masa 2 ke 3 tahun ini. Sebab pengikut pengikut pas yang sudah jelas salah faham itu tegil2 serta keras kepala belaka. Selamat menjalankan t/jawab membetulkan awak awak hampa sendiri.
BalasPadamSalam bro, betui sangatlah tu...... nampaknya Khalid Samad dan Anwar kena berastrafal banyak-banyaklah ye.......... kalau tak pun kena mengucap 2 kalimah syahadat semua....
BalasPadamUdah kufur pulak dah!!! boleh tak harun din beri mana2 riwayat/hadis/al-quran yg menyatakan rasullilah melarang orang bukan islam dari menggunakan perkataan allah????
BalasPadamjangan nanti kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh allah, itu lagilah kufur
ALLAH in Islam & Other Religious Scriptures
BalasPadamby Dr Zakir Naik
http://www.islam101.com/tauheed/Aior.htm
Question:
"Allah" is the most appropriate name for God in the Qur’an. Is this name "Allah" mentioned in other religious scriptures besides the Qur’an?
Answer:
Almost all the major religious scriptures of the world contain the word "Allah" as one of the names of God.
Elohim El, Elah, Alah
In the Bible, God is very often referred to as ‘Elohim’ in the Hebrew language. The ‘im’ in the ending is a plural of honour and God is referred to as ‘El’ or ‘Elah’ in the English Bible with commentary, edited by reverend C. I. Scofield. ‘Elah’ is alternatively spelled as ‘Alah’. The difference in spelling is only of a single ‘L’. Muslims spell Allah as ‘Allah’ while the Reverend has spelled it as Alah and they pronounce it as ‘Elah’. Muslims pronounce it as Allah. Hebrew and Arabic are sister languages therefore we say it should be pronounced as ‘Allah’ and not as ‘Elah’.
When I was in school, I was taught ‘D, O’ is do, ‘T, O’ is to. What is ‘G, O’ It is ‘go’ and not ‘gu’. ‘N, U, T’ is nut, ‘C, U, T’ cut; ‘B, U, T’ is but, what is ‘P, U, T’? Not ‘pat’ but it is ‘put’. If you ask "Why?" The answer is "It is their language". If I have to pass I have to say ‘P, U, T’ is ‘put’ and not ‘pat’. Similarly the right pronunciation for A, L, L, A, H, is Allah.
Jesus (pbuh) cried out Allah Allah when he was put on the cross
It is mentioned in the New Testament in the Gospel of Mathew, chapter 27 verse 46 as well as Gospel of Mark, chapter 15 verse 34 when Jesus (pbuh) was put on the cross.
Jesus cried with a loud voice saying "E’-Li, E’-Li la’-ma sa-bach’-tha-ni?" that is to say, ‘My God, My God why hast Thou Forsaken Me?’ Does this sound like Jehovah! Jehovah! why has thou forsaken me? Does it sound like Abba Abba? The answer is ‘No’. Hebrew and Arabic are sister languages and if you translate "E’-Li, E’-Li la’-ma sa-bach’-tha-ni" into Arabic it is ‘Allah Allah lama tarak tani’ does it sound similar?
This statement of Jesus (pbuh), "E’-Li, E’-Li la’-ma sa-bach’-tha-ni" is preserved in its original Hebrew in each and every of its translation which is available in more than 2000 different languages of the world and in each and every of them, "Allah" is present.
"Allah" in Sikhism
One of the names by which Gurunanak Sahib referred to God is "Allah".
"Allah" in Hinduism
"Allah" in Rigveda Book 2 Hymn I verse II
Even in the Rigveda which is the most sacred scripture of the Hindus, one of the attributes given to God Almighty in Book no 2 Hymn no I verse II, is ‘Ila’ which if pronounced properly is the same as Allah.
Allo Upanishad:
Amongst the various Upanishads one of the Upanishad is named as ‘Allo’ Upanishad in which God is referred to as "Allah" several times.