MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 16 Januari 2010

SELATAN THAILAND BERGOLAK LAGI


Di Pattani, beberapa penyerang tidak dikenali menembak mati dan membakar mayat pasangan beragama Buddha yang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan motosikal.

Penyerang membawa mangsa ke tengah jalan raya, mencurah minyah tanah dan membakar lelaki berusia 51 tahun itu dan isterinya yang berusia 42 tahun.

Dalam satu lagi serangan di wilayah sama, satu keluarga beragama Buddha seramai tiga orang termasuk budak perempuan 12 tahun cedera ditembak penyerang bermotosikal.

Kelmarin, sekumpulan juruelektrik kerajaan diserbu ketika mereka sedang memasang wayar elektrik di sepanjang jalan juga di Pattani. Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera.

Sebutir bom kemudian diletupkan di luar sebuah kedai minuman di wilayah sama, mencederakan empat orang awam manakala di wilayah berdekatan, sebutir lagi bom meletup di luar sebuah pasar yang mencederakan tiga anggota tentera dan tiga orang awam.

Lebih 3,900 orang terdiri daripada penduduk Buddha dan Islam, terbunuh dalam tempoh enam tahun kekacauan di rantau kaya tanaman getah itu.

Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian wilayah kesultanan bebas dikenali sebagai Pattani sebelum diambil alih Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha, pada 1909.

Kira-kira 80 peratus daripada penduduk rantau itu beragama Islam yang bercakap dialek Melayu sebagai bahasa pertama dan sekian lama mengadu mengalami diskriminasi, terutama dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan.

Penyerang, dipercayai pemisah sering menyasarkan penduduk Buddha dan Islam dikaitkan dengan kerajaan Thailand seperti pegawai polis, tentera, pegawai kerajaan dan guru.

Satu usaha menentang pemberontakan besar-besaran tidak banyak membantu menamatkan keganasan membabitkan pelan rangsangan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.34 bilion) untuk mengurangkan jurang ekonomi dan meminimumkan pengaruh pemberontakan. - Reuters

1 ulasan:

  1. Benar atau tidak apa yang hamba faham begini ?
    Selepas penguasaan Thailand terhadap 4 wilayah selatan itu penduduk Budha telah bertambah dengan banyaknya untuk mengatasi penduduk Islam. Namun pembangunan ekonomi teramat kurang.

    Tetapi zaman Chavalit Thailang membuat dasar untuk menjana pembangunan Ekonomi di 4 Wilayah Selatan itu.

    Walau bagaimana pun apabila Taksin Sinawatra yang disokong kuat oleh barat menjadi Perdana Menteri dasar itu ditarik balik untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kepada Timor Laut (North Eastern Region) iaitu kawasan Taksin sendiri.

    Taksin juga mengambil dasar yang keras dan menekan terhadap 4 wilayah selatan itu. Inilah punca segala galanya dan direalisasikan dengan pembunuhan beramai2 di Takbai seperti yang heboh dan kita semua tahu banyak cerita mengenainya.

    Maka masaalah itu pada hamba tidak akan selesai selagi program untuk memberi hak autonomi kepada 4 wilayah itu tidak dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas.

    Wallahuaallam.

    BalasPadam