Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz dato` Tuan Ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Ustaz Dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah ba
Baginda Nabi Muhammad s.a.w.?
Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslimkepadanya.
Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Masya Allah, selepas Ustaz Dato` Tuan Ibrahim memberithahu didalam ceramahnya saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.
Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.
Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.
Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.
Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Menurut Soi Lek, MCA bersikap terbuka terhadap usaha pemimpin Melayu atau Cina yang duduk berbincang mencari jalan menstabilkan perpaduan rakyat dan ekonomi negara. Oleh itu dalam masa yang sama kita (MCA) pun boleh jumpa Pas, jumpa DAP.
Bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang sedang dicanang antara Pas dan Umno, Soi Lek beranggapan perbincangan tersebut tidak seharusnya terhad kepada kepentingan Melayu semata-mata, ia wajar untuk kepentingan bukan Melayu juga sesuai dengan konsep 1Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berkata MCA tetap yakin dengan keupayaan PM, Najib yang mahu melihat konsep 1Malaysia dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat, pelbagai kaum.
Oleh itu, MCA percaya UMNO tidak mungkin membentuk satu kerajaan bersama Pas dan membiarkan parti kaum Cina menjadi pembangkang.
Sumber dari kedahLanie
Dan UMNO dah Rebah layari http://nasilemakbungkus.blogspot.com/
DAH AGAK DAH, ITULAH POLITIK UMNO/BN BILA ADA PELUANG, MEREKA AKAN GUNAKAN. ISU KERAJAAN PERPADUAN ADALAH ISU BESAR MEREKA UNTUK MEMANCING UNDI. PAS HARUS BERTINDAK. MEREKA CAKAP LAIN BUAT LAIN. TIMBALAN PERDANA MENTERI DAH MULA MEMBAWA ISU KERAJAAN PERPADUAN DI MANEK URAI. SIAPA SALAH " ITULAH CAKAP ORANG TUA TAK NAK DENGAR ".
Kenyataan yang akan menggigit jari.
Difahamkan bahawa 1 delegasi Pusat yang diketuai oleh Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjumpa TGNA pada pagi tadi hari ini. Alhamdulillah, nampaknya TGNA nampak 'sejuk' setelah selesainya pertemuan itu di Kota Bharu.
Dan dijangkakan beberapa perjumpaan juga akan dibuat oleh pimpinan yg akan didahului oleh Dato' Harun Din dan TGNA pada malam ini. Manakala esok TGNA akan mengadakan perjumpaan dengan Ayah Chik serta Ustaz Nasha.
Albanjari Online mengharapkan sesi-sesi perjumpaan yg dibuat pada hari ini dan juga esok diharap dapat membuka ruang penyelsaian dan isu UG dapat ditutup dari terus membarah khususnya di kalangan jamaah dan bukan jamaah yg telah keliru bagaimana isu besar ini dimainkan oleh pemedia-pemedia dan berniat jahat, dengan tujuan untuk memecah belahkan PAS./ Albanjari
DIMANA NASARUDDIN BIN MD ISA MENGHILANGKAN DIRI, SEBAGAI ORANG MUDA PERGILAH BERJUMPA TUAN GURU NIK AZIZ, BERJUMPA DAN MEMOHON MAAF, JIKA TUAN GURU YANG SALAH MAAFKAN. JANGAN SAMPAI ORANG BACHOK MARAH. BUANG YANG KEROH AMBIL YANG JERNIH.
“Malaysiakini jarang bohong!” demikian komen seorang bloger melalui SMS kepada saya apabila saya melepas senak kepala dan sesak nafas apabila membaca berita dalam Malaysiakini 17 Jun 2009, jam 11.14 pagi tentang press conference Dato’ Mustafa Ali kata tentang Kerajaan Perpaduan mesti libatkan DAP dan PKR.
Saya telah SMS kepada semua pemimpin Pas, AJK, Menteri Besar dan ahli semampu yang saya dapat nombor telefon. Saya tulis begini:
“Jika betul berita Malaysiakini, Mustafa Ali kata libatkan sama PKR,DAP dalam Kerajaan Perpaduan , ertinya Pas nak juga berpadu dengan Umno? Cis! Tahi kucing lebih wangi” -Azizi Hj Abdullah.
Saya dapat jawapan. Di bawah saya perturunkan komen mereka:
1. ‘Ustaz Hadi lantik Cikgu Pa bukan nak menangi hati rakyat, tapi nak jadi ayam tambatan hadapi Nik Aziz. Apa punya visi pemimpin Pas sorang ni? Ahli jadi pening. Terasa sangat kehilangan Ustaz Fadzil Nor.”’1:26 ptg.
2. “Ana rasa maklumat Malaysiakini pun jangan dipercayai penuh. Fitnah ke atas PAS n PR yang akan datang lebih dahsyat. Umno-BN berhempas pulas nak wujudkan supaya PR hancur. Baru depa puas.”-1:29 ptg.
4. Jarum Halus Umno sudah jalan- jaga-jaga.’-2:02 ptg.
5.Betul Dato’ Pa buat PC tanpa consult naib-baib presiden.’ 2:39 ptg.
6. ‘Aku tak faham sesetengah sikap pemimpin. Lagi pun kita tidak dapat maklumat tepat. Surat khabar semua pro Umno. Nanti laporan Harakah dan Keadilan.’-1:13 ptg.
7. ‘Nanti nak baca dulu, tak buka internet lagi kalau betul memang karut betul.’ 2:28
8. ‘Silat pulut saja.’-1:15 ptg.
9.’ Pas akan hancur selagi ada Hadi, Nasha dan Pa Ali. Puak-puak ni jugalah yang hancurkan kerajaan Pas Terengganu…mangkok hayun semua tu. Pakat-pakat gila kuasa.’ 1:16 ptg
10. ‘Cakap kat Mustapa Ali, hebah kepada seluruh negara saya teringin nak jadi menteri. Habis cerita. Kita boleh buka buku baru tentang puak-puak yang kelihatan begitu laparkan pangkat ni. Dan jangan teruskan semua lagak dan perangai Mustapa Ali dan kroni ni. Sekarang pun dah timbul rasa was-was dan pelbagai fitnah. Boleh kalah Manik Urai.”
Catatan: Semalam jumpa Khalil Idham Lim, solat maghrib di surau saya. Katanya, ada perentah tertinggi, orang lain dari Kelantan tak boleh kempen di Manik Urai. Takut cakap lain dari loghat Kelantan, orang Manik Urai tak faham.
11. ‘Bagus cakap macam tu. Puak-puak ni lapar nak jadi menteri.’ 1:15 ptg.
12. ‘Ingat kot orang Kelantan saja yang meluat, rupa-rupanya orang Kedah juga serupa,’ 1:26
Fasa II:
Kerana saya bukan Subky Latif, saya tak mampu ingat tarikhnya. Tapi saya masih ingat peristiwa. Satu hari saya membawa Almarhum Tn.Hj Yusuf Rawa, Presiden Pas ketika itu hendak solat Jumaat di Masjid USM. Saya tak buka pintu kereta ketika beliau hendak turun. Dengan berseloroh beliau buat-buat marah kepada saya:
‘Bukalah pintu . Perdana Menteri ni nak turun!’ katanya dengan ketawa.
Saya berkata; ‘ Maaf ustaz, saya tak suka Pas menang. Biar macam ini pun cukup.’
Hj.Yusuf Rawa marah. Katanya: ‘Awat, hang pikiak Islam ni hak Pas sajakah?’ (Ketika itu pun ada ura-ura tentang perpaduan macam inilah)
Saya jelaskan, saya mahu jihad orang Pas berterusan dan berkobar-kobar. Kalau menang, kita tak mahu berjihad lagi, asyik rebut kuasa nak jadi pemimpin.
Fasa III:
Memang media menjadi kesangsian kita hendak percaya jika ada laporan dari Pas. Tapi jika di antara kita yang meneliti laporan media, seperti kata pengulas salah seorang bloger kepada saya, Malaysiakini agak boleh diterima.
Soalnya seperti yang saya pernah tulis dulu. Pemimpin Pas, lambat sua mikrofon, ada-ada saja nak buat kenyataan. Adakah kenyataan Mustafa Ali tentang Kerajaan Perpaduan ini dikilas atau tak betul. Kalau tak betul bacam mana berita ini boleh keluar dan dari kenyataannya juga?
Mustafa Ali pernah beri amaran, soal Kerajaan Perpaduan jangan ditimbul lagi sebelum Manik Urai selesai. Tiba-tiba beliau yang gatal mulut.
Kita bukan menentang perpaduan. Tidak. Tapi sejarah dan pengalaman sudah mengajar kita. Apapun buatlah keputusan secara berjemaah, bukan seorang, bukan dua orang. Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama.
Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai.
Dengar khabar, kerana angkara ini Pas mungkin mengadakan Muktamar Khas. Bayangkan kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru.
Perpaduan memang bagus tetapi apa yang digila-gilakan oleh kumpulan ‘G7’ ini tidak mengikuti dasar. Lakukanlah kalau dasar begitu dan lakukanlah jika keputusan berdasarkan dasar Pas.
Memang tidak ada apa-apa kenyataan akhbar itu. Tapi bacaan politik lain. Disebalik itu ada sesuatu dan yang jelas Mustafa telah termakan puji bajak wangkang Perdana Menteri yang mengatakan niat Pas ikhlas.
Kita sebenarnya masih bangang dalam helah politik. Kononnya kerana Islam itu baik, telus, tidak dendam, baik sangka, pemaaf, berpadu, maka kita boleh buat apa saja kerana kita ini Islam.
Betulkah? Yang betul ialah bagi mereka yang tidak mahu Islam, melakukan sesuatu yang tidak Islamik dan yang tak betul ialah kita yang mahukan Islam, tetapi tidak Islamik.
Kita selalu membuat ukuran dalam politik mestilah ulama maka atas nama ini ditekanlah pula mesti kena walak. Walhal berapa ramai pemimpin yang tidak ulama, tidak Islam yang melakukan kerja politiknya lebih dari ulama.
Yang penting dalam politik ialah cerdik, bervisi, berwawasan manakala agamanya yang penting ialah mengawal visi, wawasan dan cerdiknya, diperkuat dengan kealimannya dan kewarakannya. Bukan kealiman dan keulamakan tetapi tidak punya wawasan, cerdik dan pintar.
Sekarang berlaku satu fenomena tradisi, iaitu apabila soal-soal kepincangan dalam Pas selalunya pemimpin menyalahkan media. Di pujuk ahli-ahli bawahan, jangan percaya media. Media musuh kita. Tetapi dalam masa yang sama beberapa hal yang berlaku, yang boleh melemahkan perjuangan dan semangat ahli dilakukan oleh mereka yang berpesan kena berhati-hati dengan media jugalah..
Jangan percaya kepada mediakah, kalau pihak atasan panggil media buat kenyataan. Jangan percaya kepada mediakah, kalau ada pemimpin yang sengaja tarik tangan repoter, minta siarkan kenyataan mereka? Tak percaya kepada media lagikah, kalau ada pemimpin yang syok nak jengol muka dalam TV walaupun ruangan itu perangkap atau menjeratkan mereka?
Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan kepusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.
Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin ( bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?
Ditakdirkan jika diseret sama PKR dan DAP, redakah Pas dengan hati telus mulus, mardhotillah melihat Dato’ Sri Anuar Ibrahim jadi TPM, Karpal Sing jadi Ketua Hakim Negara, Lim Kit Siang jadi Menteri Undang-undang. Ketika itu Pas akan berontak lagi. Ketika itu tentu ayat Qur`an tentang amanah, zalim dan munafik terus di baca.
Mahukah dan relakah pula dengan hati yang bersih, atas nama berjuang kerana Allah, Setiausaha Agung Pas akan jadi Setiausaha Agung Kerajaan Perpaduan manakala yang lain menjadi timbalan menteri? Atau bermimpikah Presiden Pas akan menjadi Perdana Menteri?
Hua...hua...hua....demikian ketawa Etong dalam Wayang Kulit Asun.
Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.
Perkembangan terakhir yang kita dapat tahu, alangkah kecewannya sebanyak 8 cawangan di Perak yang hendak menyerah borang keahlian Pas, ditangguh kerana ‘Chaos’ kerana pengamal ‘Chaosophy’ kerana ‘Criminalis Perfectus’ yang membawa kepada ‘Ekstasi’ dan akhirnya menuju kepada konsep ‘Libodo politik’.
Tuhanku, maafkan hambaMu jika pemikiran ini salah.
Kali ini saya malas nak bercerita dan mengetuk panjang hanya copy dan paste dari block saudara Azizi bin Abdullah untuk renungan semua.
Kini aku malas nak cerita copy dan paste aja "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," begitulah kata-kata Nik Aziz dipetik.
Kali ini aku kembali blog ini ke Daerah aku menetap sekarang, Kepimpinan, Ketenangan dan kedamaian sekitar 60an hingga 80an akhir. Izinkan menulis dalam bahasa Orang Asli khas untuk Bah diibam. Bah " gambar yang kam letak ni kam ambil dari fail ayahanda mertua kam, hempak dikira Bah suka atau tidak kam sertakan untuk ajis kembalikan hati ajis kek jaman duluk"
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCABUT ILMU DENGAN MENCABUTNYA SERTA MERTA DARI HAMBANYA TETAPI DIA MENCABUTNYA DENGAN MEMATIKAN ULAMA SEHINGGA TIADA LAGI ULAMA, MANUSIA MENGAMBIL ORANG BODOH(JAHIL AGAMA) MENJADI PEMIMPIN , LALU DITANYA KEPADA MEREKA , MEREKA MEMBERI FATWA TANPA ILMU , LALU MEREKA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN.(BUKHARI)