MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 25 Februari 2009

Balik Kampung

Perkelahanan di Air Terjun Sungai Pisang, Kulim


Rumah Adik di Changlon

Anak yang Bungsu



Cuti panjang sekolah yang lalu kebetulan anak-anak yang belajar pulang, aku mengambil kesempatan pulang ke kampung di Kedah. Kami sekeluarga mengambil keputusan kali ini tidak akan tidur di Hotel lagi. Hari pertama sampai kami terus ke Changlun, bermalam dirumah adik yang bungsu, Dia berkerja sebagai Jururawat di Hospital Jitra. Sekembalinya kami dia mengambil cuti rehat. Besoknya aku melawat ke Badar Padang Besar. Terperanjat Berok aku sepanjang aku membeli belah dan makan di Padang Besar sama ada Penjual, Pelayan Kedai, masakan dan taukeh kedai yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri perbualan mereka, cara hidup mereka dan gaya sosial mereka, seolah-olah aku berada di Petani atau Golok. aduh kemanakah pergi peniaga Anak Negeri Perlis. Aku tak berani cerita panjang lebar nanti derhaka.
.............................
Selepas ziarah Kakak Sulung di Kampung Baru, Mukim Malau, Jitra Kedah yang sebelum dibuat Lebuh Raya Utara Selatan tidak pernah banjir, ketika ini kakak aku cerita banjir setiap tahun terpaksa simpan beras, Jalan ke Kedai Batas ( Pekan Kecil di persimpangan kampung ) terputus kadang-kadang paras pinggang. kesian kakak tapi demi pembanguan rakyat terpaksa berkorban walaupun menderita.
................................................
Hari ke tiga aku kerumah kakak yang kedua, aku panggil dia kakcik. disini agak selesa. kakak aku ini ke tiga-tiga anaknya berjawatan besar kerajaan. duduk pun di Pekan Bidong. Orang Kuat UMNO. tapi dalam diam-diam aku bertanya juga tentang pemerintahan Azizan ( Menteri Besar Kedah ) soalan sikit aja, aku malas nak berbahas, nanti terasa hati kakak.
" Macam mana Kedah la ni PAS Perintah "
jawabnya ringkas dalam keadaan kecewa " sama saja Orang Melayu juga, tak macam negeri ...... tu, aku pasti dia mengatakan negeri mana.
...........................................
Hari ke empat aku ke rumah Zuraini salah seorang anak aku yang telah berkahwin, dia berkerja swasta dengan syarikat HP di Kulim dah hampir 10 tahun. suaminya bertugas di USM Pulau Pinang. Disini kami melawat sekitar Pulau Pinang. Dirumah ini aku tak berani cerita hal Politik kerana mereka ini fanatik anwar Ibrahim.
............................................................
Dalam Penceritaan tadi cubalah anda fikirkan dalam keluarga yang cuma ada 4 orang pandangan politik berkecamuk. Dalam keluarga aku saja jika direnung Adik aku yang berkerja kerajaan walaupun umurnya dianggap tua tetapi masih berpendirian atas pagar. Kakak yang sulung memendam rasa dan kecewa, kakak yang kedua sikap tak apa dan anak muda tetap menentang kepimpinan sekarang walaupun berpelajaran tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan