MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 2 September 2009

LAPORAN LENGKAP SIDANG DUN PERAK DAN SIDANG MELULUSKAN 3 USUL


IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan pembangkang hari ini mengadakan satu mesyuarat menyerupai persidangan dewan itu di Hotel Heritage di sini dan "meluluskan tiga usul."

Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap; dan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada pakatan pembangkang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.

Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.

Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri 'Speaker' manakala Adun DAP, Pas dan PKR duduk di "pihak kerajaan yang memerintah" di kanan 'Speaker'.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Adun Tronoh, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.

Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang dilantik oleh pakatan pembangkang itu yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.

Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama. Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Pada 27 Julai 2009, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya Speaker DUN, Datuk R.Ganesan dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lepas.

Usul yang dibawa oleh Mohammad Nizar diluluskan tanpa dibahas manakala usul tergempar oleh Nga dibahas oleh empat orang Adun sebelum diluluskan.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 26 Adun pembangkang daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi Rabu.

Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun pembangkang akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh Speaker Datuk R.Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.

"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

BERIKUT adalah perkembangan situasi di "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak yang didakwa oleh Pakatan Rakyat negeri itu akan diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh hari ini.

1.37 petang: Sidang DUN itu ditangguhkan oleh Sivakumar selepas menerima cadangan daripada Mohammad Nizar.

11.45 pagi: 'Sidang Dewan' bermula dengan kemasukan Sivakumar ke dalam 'dewan' yang sebenarnya merupakan sebuah bilik majlis di hotel. Sivakumar kini sedang mempengerusikan 'sidang' Dewan. Semua ADUN Pakatan menghadiri 'sidang' tersebut kecuali ADUN Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah yang sedang mengerjakan umrah. Terdapat tiga usul yang dibahaskan pada 'sidang' itu.

Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kirakira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintahperintah Tetap; dan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada pakatan pembangkang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.

11 pagi: Mohammad Nizar, Sivakumar dan beberapa wakil rakyat cuba memasuki ibu pejabat FRU di Sungai Senam untuk bertemu dengan wakil rakyat yang ditahan.

10.30 pagi: Bekas Speaker DUN, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi. Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.

10.20 pagi: Selain Ngeh, Keshvinder dan jurugambar Tan, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan dua penyokong turut ditahan. Semua wakil rakyat Pakatan pulang ke ibu pejabat DAP dan mengadakan sidang akhbar. Mohammad Nizar terus mengulangi bahawa arahan yang dikeluarkan mahkamah hanya untuk penyokong dan wakil rakyat tidak boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Katanya, beliau bukan memanggil untuk berkumpul tetapi untuk mengadakan sidang DUN.

10.13 pagi: ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh ditahan. Mohammad Nizar meminta wakil-wakil rakyat Pakatan supaya bersurai.

10.07 pagi: Ngeh ditahan pihak polis.

10 pagi: Polis dan wakil rakyat Pakatan berhadapan bertemu dalam jarak 100 meter di luar bangunan SUK. Berlaku jeritan dan tolak menolak. Seorang jurugambar Nanyang Siang Pau ditahan.

Perbalahan berlaku. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berarak sambil menjerit ke arak pihak polis. Ngeh mendakwa arahan mahkamah hanyalah untuk para penyokong kerana katanya Seksyen 24, Kanun Keseksaan menyatakan tidak ada wakil rakyat yang boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Ngeh juga berkata, arahan yang diterima di bawah Seksyen 98, Kanun Acara Jenayah perlu diwartakan terlebih dahulu di bawah Seksyen 90. Polis mengakui arahan itu tidak diwartakan namun terus menolak mereka supaya berundur.

9.45 pagi: Wakil rakyat Pakatan mula berarak dari ibu pejabat DAP Perak ke arah bangunan SUK.

8 pagi: Peguam Pakatan, Chan Kok Keong berada di Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapatkan perintah.

IPOH: Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Pakatan telah memohon perintah mahkamah untuk mengenepikan perintah Mahkamah Majistret di sini yang membenarkan pihak polis menghalang sebarang perhimpunan dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, yang melibatkan Jalan Istana hingga ke sekolah Poi Lam, bermula dari pukul 1 pagi tadi hingga 11 pagi esok.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di beberapa lokasi strategik yang menghala ke arah bangunan berkenaan.

Polis meletakkan pita kuning dalam lingkungan kawasan yang dilarang bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan bangunan SUK.

Hanya kakitangan kerajaan bangunan tersebut dibenarkan masuk.

Wakil rakyat Pakatan mula berkumpul di ibu pejabat DAP yang terletak bertentangan dengan bangunan SUK pada pukul 9 pagi sebelum berarak ke bangunan itu.


Petikan dari mystar

GAMBAR SEKITAR PERSIDANGAN DUN PERAK PADA HARI INI

Pemerhati dan penyokong PR
PR



Pro Kerajaan Perak

Pro Kerajaan Perak

Pro Kerajaan Perak


PR seorang ADUN Di tangkap

PR Sekatan Polis

Baju Kuning

Sekatan Polis

Persidangan DUN terpaksa dibuat di sabuah Hotel di Ipoh Perak


Itulah perjalanan Persidangan DUN Negeri Perak pada 2.9.2009.

Selasa, 1 September 2009

LAGU NEGARAKU DICIPLAK DARI LAGU TERANG BULAN KATA WARGA INDONESIA


Rakyat Indonesia pertikai lagu Negaraku ( Malaysia ) yang diciplak dari lagu Terang Bulan ( Indonesia ).

Yang mana katanya lagu Terang Bulan sudah popular pada tahun 1940 dan menjelmanya lagu Negaraku sekitar tahun 1952 . Untuk keterangan lanjut klik Blog Luar Negara dalam blog ini tajuknya Ronaldo Rozalino. Teluk Kuantan, Kuantan Singingi ( Kuansing).Riau Indonesia.




LAGI KES NEGERI SELANGOR DI SIASAT SPRM



Seorang kontraktor pembinaan dipanggil untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung peruntukan bagi kawasan DUN Seri Kembangan yang diwakili exco negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Kontraktor Lee Wye Wing, yang mengusahakan sebuah firma kecil pembinaan, WSK Services, dilihat masuk ke ibupejabat MACC di Putrajaya pada jam 12.40 tengahari.

Yong memberitahu pemberita bahawa Lee telah dipanggil untuk membantu siasatan SPRM minggu lalu, kerana Lee keberatan untuk memberi kenyataan.

Lee mengendalikan beberapa projek kecil pembinaan kemasyarakatan dalam kawasan pilihan raya Yong di Seri Kembangan.

Ini adalah kali kedua Lee dipanggal untuk memberi kenyataan.

Kali pertama ialah pada 15 Julai di mana beliau dan beberapa lagi kontraktor, bersama dengan setiausaha politik Yong - Teoh Beng Hock - diminta pergi pejabat SPRM.

Teoh ditemui mati keesokannya di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.

"Pada kali pertama Lee dipanggil, dia tidak menerima sebarang notis tetapi nampaknya kali ini, SPRM telah belajar untuk mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang," kata Yong yang menemani Lee.

Turut hadir ialah peguam Lee - Loi Kwong Fon dan Tiew Way Key.

Merampas sama seperti mencuri

Yong juga berkata pihak berkuasa telah merampas komputer Lee pada 16 Julai tanpa memberi sebarang notis.

"Ini melanggar Seksyen 33 (3) Akta SPRM, yang menetapkan senarai barangan yang dirampas mesti disediakan kepada pemiliknya," kata Yong, yang tidak senang dengan tindakan pegawai penguatkuasa SPRM.

"Adakah ini bermakna SPRM dengan mudah boleh masuk ke rumah saya dan rampas barang-barang saya tanpa memberi sebarang resit bagi barangan yang mereka ambil? Apakah bezanya antara mencuri dan merampasnya?" soal Yong.

Menurutnya, rampasan komputernya menyebabkan kerja-kerja Lee terhenti kerana dia tidak dibenarkan membuat salinan bagi fail dalam komputernya.

"Nampaknya SPRM lebih berminat dan lebih agresif dalam menyiasat kes-kes yang bernilai RM2,400 untuk membeli 1,500 bendera Malaysia dan RM112 yang digunakan untuk membeli satu sepanduk.

"Manakala (mereka) mengabaikan tuduhan yang lebih serius seperti istana (Datuk Seri Mohd) Khir (Toyo) yang bernilai RM24 juta dan PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) yang bernilai RM125 juta," kata Yong.




LEPAS PERAK SELANGOR PULA AKAN MENERIMA NASIB


Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.


Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan seorang dari DAP - Bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya," kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.


Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk 'merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu.

Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.

Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.


Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya 'hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Dengan mengambilkira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.

PEMUDA UMNO DESAK ZAID LETAK JAWATAN ?


Tindakan Ketua Umno Bahagian Paya Besar,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman Yang menggesa pengerusi Umno PP merangkap Ketua Bahagian Umno Bagan Datoh,Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan segera ekoran kekalahan BN di Pematang Pasir,adalah tidak wajar dan keterlaluan kata Naib pemuda Umno Simpang 4, Mohd Najib Mohd Mokhtar yang menyatakan adalah tidak adil meletakkan punca kekalahan semata-mata kepada Zahid.

” Banyak PRK yang BN telah tewas ditangan pembangkang,mengapa pengerusi perhubungan Umno dikawasan itu tidak dipersalahkan dan tidak pula meletakkan jawatan?” Tegasnya dengan nada marah.

Menurut Mihd Najib lagi ” Bukanlah faktor calon atau indek prestasi (KPI) yang menjadi punca kekalahan Calon BN tetapi Keyakinan rakyat kepada Umno yang hampir luntur dan tidak ketentuan.Sepatutnya ahli-ahli tertinggi Umnolah yang terus berjuang untuk menutup kembali segala lubang-lubang kerosakan agar keyakinan rakyat kembali kepada Umno dan BN”.katanya.

Mengapa perlu kita menuding jari kepada orang lain,semestinya setiap ahli Umno perlulah mengubah sikap egoistik dan tidak asyik bertelagah sesama mereka untuk Umno kembali ke landasan asal perjuang dan Umno kembali bertaut dihati rakyat,Sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian,maka PRU ke-13 nanti pasti Umno dan BN akan menghadapi kesukaran yang amat sangat.

Petikan dari Sabahdaily

KOTA SEPUTEH KEPUTUSAN SPR DAH LETIH, ERA ADUN PERAK DAH MULA DIKEDAH,


ALOR SETAR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu Selasa.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Datuk Abu Hassan Sarif.

Azizan berkata kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

"Kita mahu kepastian sama ada SPR (keputusan) betul tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker," kata beliau.

Baru-baru ini, Speaker DUN Dr Abdul Isa Ismail mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong ekoran ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab.

Katanya arahan untuk mengosongkan DUN itu adalah berlandaskan perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan beliau menghantar notis mengenai kekosongan itu kepada SPR minggu lepas.

Abu Hassan bagaimanapun mendakwa beliau tidak dapat hadir ke persidangan DUN kerana masalah kesihatan dan lewat menyerahkan sijil cuti sakit kepada Speaker DUN atas masalah teknikal.

-- BERNAMA