MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 5 Ogos 2009

ADAKAH MEREKA INI DISENARAIKAN ?


PRK Permatang Pasir mungkin diadakah dalam bulan Puasa ? , itu hanya terletak kepada SPR menentukan segala-galanya, Hari pengundi berkerja dah dilakukan, Hari cuti pun dah dilakukan cuma satu sahaja yang belum dicuba " sehari dalam bulan puasa ". Mungkin inilah peluang SPR untuk mencuba bagi menentukan kroninya menang. itu hanya ramalan mereka mungkin, tetapi kuasa menentukannya hanya ALLAH. Manusia hanya berusaha, berkempen dan memujuk pengundi. Kemenangan telah ditetapkan oleh ALLAH.

Tulisan saya yang lepas saya telah membuat ramalan yang Abang Mat Sabu akan ditentang oleh Chegu Mohd Zaidi dari UMNO/BN. tetapi berita terbaru dari Bernama berbunyi :

Pas Pulau Pinang akan mengemukakan senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir kepada Pas pusat esok.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, berkata mesyuarat Pas negeri semalam telah menyenaraikan beberapa nama calon yang layak untuk bertanding pada pilihan raya itu.
"Kita telah sepakat, sebulat suara di peringkat negeri, dan keputusan akhir akan ditentukan pada mesyuarat peringkat pusat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.
Salleh berkata Pas akan meletakkan calon yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri itu.

Katanya mesyuarat semalam turut membincangkan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya itu.
Kerusi itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara pada Jumaat lepas.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan yang menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

BERNAMA

Soalan dari saya

( ADAKAH MEREKA BERDUA DALAM GAMBAR DIATAS DISENARAIKAN )


Apa apa pun hanya Allah menentukan segala-galanya............AMIN

Korban pertama di Pahang (SWINE INFLUENZA )



Pahang Catat Korban Pertama H1N1

KUANTAN, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menjadi korban pertama jangkitan influenza A (H1N1) di Pahang, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kepada 13 setakat ini.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, tengah hari tadi.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai "Tia" berkata anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Bukit Setongkol, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lepas setelah mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Katanya anak tunggalnya itu yang dikuarantin di HTAA sejak 1 Ogos disahkan meninggal dunia 12.40 tengah hari tadi selepas mengalami radang paru-paru.

"Sepanjang tempoh kuarantin itu, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak saya sehinggalah dimaklumkan dia sudah meninggal tengah hari tadi," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini.

Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi pada 5.30 petang tadi, bersebelahan pusara ayahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

-- BERNAMA

Pakatan pembangkang umum calon Permatang Pasir minggu depan

Pakatan pembangkang umum calon Permatang Pasir minggu depan

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang dijangka mengumumkan calon mereka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Khamis depan, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali pada hari Sabtu.

Katanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berkenaan.

"Kami akan mengumumkannya secepat mungkin, berkemungkinan pada 13 Ogos selepas mesyuarat pemimpin pakatan pembangkang, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan raya Isnin ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat sakit jantung minggu lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan yang menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. BERNAMA

Selasa, 4 Ogos 2009

Rendra minta kukunya dipotong, dimandikan sebelum 'pergi'

SEOLAH sudah tahu, dia akan pergi untuk selamanya, W.S Rendra meminta agar kukunya dipotong dan dibersihkan.

"Dua minggu yang lalu kita ngobrol dan dia merasa dipenjara, tetapi ya..sudah waktunya," cerita Poppy, sahabat karib Rendra ketika diwawancara di rumah Rendra di Depok, Jawa Barat, Jumaat lalu.

Poppy yang aktif bersama Rendra di perguruan Bangau Putih seperti merasakan keganjilan akan ditinggalkan "Si Burung Merak".

"Kita sama dari Bangau Putih, kita memiliki rasa kekeluargaan," akui Poppy.

"Sepertinya beliau memang sudah siap-siap dan meminta dipotongkan kuku sambil bergurau," sambungnya.

Bagi Poppy, Rendra seorang yang memiliki ilmu yang tinggi dan ilmu kebudayaan seolah sudah mengetahui ajalnya akan tiba.

"Di Bangau Putih, kita menganggap mati itu adalah sesuatu yang sudah dipersiapkan," tutur Poppy.

Permintaan Rendra ingin sekali pulang ke rumahnya sewaktu dirawat terakhir kali di RS Mitra Keluarga Kelapa Gading beberapa hari lalu. Keinginan itu menjadi lebih tebal apabila doktor membolehkan dia pulang.

Ketika diiizinkan pulang, Rendra dirawat di kediaman putrinya, Clara Sinta, atau yang akrab dipanggil Auk, di Kompleks Pesona Depok Blok AV/5, Depok.

Di rumah inilah, ajal menjemput Rendra.

"Meninggalnya ditunggui putrinya ketika minta minum dan makan, tiba-tiba menghilang saja. Tidak ada raungan, kesakitan. Meninggal dengan tenang dan dengan baik. Ini jalan terbaik baginya," tutur rekan seperjuangan Rendra, Eros Djarot.

RENDRA MINTA DIMANDIKAN DAN MAKAN SEBELUM AJAL

Sebelum ajal menjemput penyair terkenal WS Rendra, arwah sempat bergurau dengan putra sulungnya, Theodorus Setya Nugraha.

"Dia nampak gembira. Selepas cuci darah, bapak nampak sihat meskipun sempat muntah-muntah, bapak tidak suruh berhenti," ujar Thedorus di kediamannya Pesona Khayangan Depok II, Depok, Jawa Barat, Jumaat lalu.

Menurut Theodorus, sepulangnya dari cuci darah di RS Mitra Keluarga Kelapa Gading, arwah sempat bersenda.

"Bapak bilang mau makan makanan Jepang, malah minta pakai sake," cerita Theodorus.

"Gimana toh makanan Jepang kok enggak pakai sake," tambahnya sambil mencontohkan ucapan Rendra.

Namun, siapa sangka jika permintaan itu adalah kali terakhir Rendra meminta makanan kesukaannya.

Menjelang maghrib, Rendra sekali lagi meminta sesuatu kepada Theodorus. Dia meminta untuk dimandikan.

Lantas, Theodorus memasak air untuk keperluan mandi Rendra.

"Bapak minta mandi selepas Maghrib, sudah itu terus minta makan dan saya bikinkan bubur dari beras merah," tutur Theodorus, 50 tahun.

"Bapak minta disuap. Ternyata dia terus muntah dan disitulah akhir sakaratul mautnya," tambahnya dengan nada berat.

AMANAT TERAKHIR RENDRA

Sebelum meninggal, WS Rendra sempat keluh kesah tentang apa yang sedang menganggu ketenangan fikirannya ketika itu.

Menurut Theodoros, ayahnya menaliponnya ketika dia di Bali.

"Bapak telepon saya dan mengeluh. Dia memberikan kritik tentang pola kehidupan saya," tutur Theodorus yang akrab disapa Tedi.

Kata Tedi lagi, ayahnya sempat meninggalkan sebuah wasiat tak hanya secara lisan, tetapi juga tulisan.

"Wasiat itu bentuknya lisan tapi saya belum bisa ungkapkan apa itu, karena saya harus bicarakan dulu dengan keluarga. Tapi secara tulisan dia membuat puisi ketika dalam keadaan sakit untuk membuktikan kalau orang sakit itu masih bisa berpikir dengan jernih," ungkap Tedi.

Selain wasiat dalam bentuk tulisan, Rendra mempunyai keinginan yang belum dicapai olehnya.

"Terakhir dia lebih tertarik dengan alam, beliau ingin membuat hutan yang bernama 'Hutan Rendra'. Kalau ini bentuk wasiat, saya akan menjaganya dengan baik," kenang Tedi.

WS Rendra menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10.10 malam di RS Mitra Keluarga Depok, Jawa Barat, Khamis, 7 Ogos.

PUISI TERAKHIR RENDRA

Meski badannya lemah dan kaku di pembaringan kerana uzur, WS Rendra ternyata masih sempat menciptakan puisi, yang menjadi puisi terakhirnya.

Menurut sumber di keluarganya, pada saat "Si Burung Merak" ini dirawat di RS Mitra Keluarga pada 31 Julai 2009 lalu, ia menciptakan puisi terakhirnya yang bercerita tentang Ketuhanan.

Pada baris akhir puisi yang belum sempat diberi judul itu, Rendra mencantumkan "Tuhan aku cinta pada-Mu."

Pada saat itu Rendra hanya menyebutkan lirik-liriknya, sementara adiknya, Adi Kurdi, menuliskan kata-kata yang disebutkan Rendra itu.

Inilah lirik puisi itu:

Aku lemas

Tapi berdaya

Aku tidak sambat rasa sakit

atau gatal

Aku pengin makan tajin

Aku tidak pernah sesak nafas

Tapi tubuhku tidak memuaskan

untuk punya posisi yang ideal dan wajar

Aku pengin membersihkan tubuhku

dari racun kimiawi

Aku ingin kembali pada jalan alam

Aku ingin meningkatkan pengabdian

kepada Allah

Tuhan, aku cinta padamu

............Dari mstar









PRK N11: Nasihat Ketua Pemuda PAS P. Pinang

Pemergian Allahyarham YB Hamdan meniggalkan 1001 peristiwa kepada kita khususnya para pengundi dan penduduk di Permatang Pasir, walaubagaimanapun, perjuangan untuk mempertahankan kemenangan di DUN Permatang Pasir menjadi keutamaan kepada kita.

Jika di Manek Urai, UMNO/BN bazirkan sekitar RM25 juta untuk meraih undi, di Permatang Pasir barangkali jauh lebih besar jumlahnya. Andai UMNO/BN bagi duit, ambillah, kerana itu adalah hak rakyat yang mereka kebas. Tapi ingat, pastikan undi untuk PAS.

Tidak ada tempat untuk samseng-samseng UMNO/BN bermaharajalela untuk menakutkan para pengundi. PEMUDA AKAN TERUS BERSEDIA dengan JENTERA & PETUGAS yang YAKIN dengan JANJI-JANJI ALLAH, sesungguhnya pertolongan dari ALLAH itu pasti, dengan syarat ALLAH itulah matlamat kita. Kita tidak ada duit untuk disogokkan, kita tidak ada harta untuk ditabur, kita hanya ada ALLAH tempat bergantung. Senantiasalah bekalkan diri kalian dengan zikrullah serta munajat, perkuatkan benteng perjuangan dan usaha yang istiqamah, nescaya kemenangan menjadi milik kita. PASTIKAN kerusi N11 DUN Permatang Pasir tidak akan DICEROBOH oleh UMNO/BN.

Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang




Isnin, 3 Ogos 2009

ABANG MAT SABU LAWAN CHEGU MOHD ZAIDI ?


Dari Jauh aku merasa, dari jauh aku memberi pandangan, Abang Mat Sabu Tetap dihati. Dibawah disertakan petikan dari beberapa blog untuk dijadikan renungan.

HIDUP BANG MAT SABU…………..

Petikan dari Blog Pemuda UMNO Permatang Pauh

Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, seorang guru, adalah antara calon pilihan untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, kata exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.“Saya mencadangkan kepada Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) supaya menyerahkan nama Cikgu Zaidi kepada (Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Petikan dari Kedahlanie

PERMATANG PAUH - Secara peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu calon Pas diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak lama lagi. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata langkah itu wajar kerana prestasi wakilnya, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman cukup baik dan menggalakkan.“Kawasan itu adalah kubu kuat Pas dan saya menghormati kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahlinya di Permatang Pasir selama ini.

Petikan dari Harakah Daily.Net

PERMATANG PAUH, 3 Ogos (Hrkh) - Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.





Katanya, jentera PASterutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti. Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan," ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ. Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Petikan dari Malaysiakini

Selepas dua kali pilihanraya kecil melibatkan PAS di Semenanjung, nama Mohamad Sabu sekali lagi disebut-sebut untuk mewakili parti pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Selain penceramah politik popular itu, yang juga timbalan pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, nama pesuruhjaya PAS Salleh Man juga muncul.

Pilihanraya kecil DUN itu akan diputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman akibat sakit jantung, Jumaat lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, suara akar umbi PAS umumnya mahu Salleh atau Mohamad bertanding sebagai calon PAS.

Tambahnya, selain dua tokoh pemimpin tersebut, PAS kawasan juga mempunyai beberapa lagi calon berpotensi untuk mewakili parti itu.

"Calon yang mesra rakyat, yang turun dalam program bersama rakyat," katanya, menjelaskan ciri-ciri calon yang akan dipertaruhkan oleh parti itu.

Permatang Pasir antara tiga DU dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, nama Mohamad turut disebut-sebut menjelang berlangsungnya dua pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu dan Bukit Gantang, April lepas.


APA APA PUN ALLAH MENENTU SEGALA-GALANYA................................AMIN

ANAK ROMPIN CIPTA SEJARAH LAGI



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Jaguh angkat berat negara, Amirul Amizan Ibrahim memperbaharui rekod kebangsaan bagi kategori 56kg lelaki apabila berjaya membuat angkatan beban 146kg dalam acara Clean & Jerk pada kejohanan Mini Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil Isnin.


Dalam acara tersebut, Amirul Amizan memperoleh dua pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 115kg bagi acara Snatch dan 146kg bagi acara Clean & Jerk. Beliau yang sebelum ini mencipta rekod kebangsaan bagi kategori yang sama ketika beraksi dalam temasya Sukan Komanwel, Manchester pada 2002 dengan angkatan 145kg. Amirul berkata beliau rasa gembira kerana hasratnya untuk memperbaharuhi rekod tercapai hari ini.

"Sejak daripada awal lagi saya telah dapat menjangka dapat perbaharuhi rekod hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Amirul berkata walaupun mengalami kecederaan di siku kiri, beliau masih gigih membuat persiapan bagi menghadapi Sukan SEA di Laos pada awal Disember ini.

"Persaingan di Laos nanti amat mencabar kerana ramai atlet angkat berat Asia akan turun padang namun demikian saya akan cuba untuk melakukan angkatan yang terbaik di sana nanti," katanya.
Sementara itu, dua pingat emas bagi kedua-dua acara dalam kategori 52kg lelaki menjadi milik Mantin Guntali setelah beliau berjaya mengangkat beban seberat 97kg bagi acara Snatch dan 130kg bagi acara Clean & Jerk.

Bagi kategori lelaki 62kg, atlet kebangsaan Arico Jumith berjaya memungut dua pingat emas bagi kedua-dua acara. Arico berjaya mengangkat beban 121kg bagi acara Snatch dan 145kg bagi acara Clean & Jerk.
Bagi kategori 69kg lelaki pula, atlet kebangsaan Mohd Hafifi Mansor memperoleh pingat emas dalam kategori Snatch apabila berjaya mengangkat beban 132kg.

Pingat emas bagi acara Clean & Jerk kategori tersebut menjadi milik Mohd Faerul Taib dengan angkatan 165kg. Bagi acara wanita, kategori 48kg dikuasai oleh atlet kebangsaan Zaira Zakaria yang memperoleh pingat emas bagi kedua-dua acara setelah berjaya membuat angkatan 67kg bagi acara Snatch dan 86kg bagi acara Clean & Jerk.

Seorang lagi atlet kebangsaan Raihan Yusof pula menyapu bersih dua pingat emas bagi kedua-dua acara untuk kategori 53kg wanita apabila berjaya membuat angkatan 75kg bagi acara Snatch dan 90kg bagi acara Clean & Jerk.

-- BERNAMA


CATATAN

Amirol di Lahirkan di Kampung Sepakat, Rompin, Pahang. Anak Jati Rompin.

Sabtu, 1 Ogos 2009

ABANG MAT SABU CALUN PERMATANG PASIR ?

GAMBAR DIBAWAH RAKYAT BERDEMO AGAR UNIVERSITY YANG ABANG MAT SABU BELAJAR DI MANSUHKAN DAN DITUTUP






Dari segi kepimpinan ketokohan dan kesungguhan dalam perjuangan parti, ADUN Permatang pasir memang sesuai diletakan calun dari parti PAS dengan kedudukan politik Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Beliau adalah pilihan saya ABANG MAT SABU. Kesesuaian Abang Mat Sabu dengan DSAI sungguh antik dalam permainan . kedua-dua mereka adalah seiring dengan istilah hang,aku, depa dan lain-lain.

Bagitu juga kedudukan ABANG MAT SABU kawan rapatnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Mereka sama-sama sekuliah ketika di university dulu , pelajaran mereka sama cara pengajaran saja berlainan mungkin, Univesity yang diperjuangkan pada 1.8.2009 supaya ditutup “University of Kemunting “.

Dari ilmu yang Abang Mat Sabu dapat di University yang sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan dari kepetahanan perbualan dan perjuangan yang ada pada Abang Mat Sabu tidak ada calun lain lagi bagi membantu DSAI dan Guan Eng.

Walau apa-apa cadangan dan sokongan keputusan terletak pada Keputusan tertinggi PAS Malaysia.