MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 24 Jun 2009

SEMBAH DURHAKA DARI BN SELATAN SEMENANJUNG










NUSAJAYA: Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dengan Timur Johor kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari negeri ini ke negara jiran hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan.

Datuk Abdul Halim Suleiman (BNPuteri Wangsa) berkata sebuah negara tidak sepatutnya mempunyai terlalu banyak pintu keluar masuk ke negara jiran kerana menyukarkan kawalan keselamatan hingga boleh menjejaskan ketenteraman rakyat.

"Saya menyokong pembinaan jambatan ini kerana banyak manfaatnya daripada segi ekonomi. Tetapi, kerajaan perlu berfikir panjang dengan mengadakan rundingan pelbagai pihak terutama sekali Sultan Johor sebelum meneruskan pembinaannya," katanya dalam perbahasan usul menjunjung titah ucapan Sultan Johor pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ketika menyampaikan titah perasmian Sultan Johor, Sultan Iskandar menyatakan bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor seperti diumumkan kerajaan bulan lalu.

Beliau berkata perkara yang turut perlu difikirkan kerajaan untuk membina jambatan tersebut adalah bagaimana kapal dagang hendak berlabuh di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

"Ini semua muslihat yang perlu difikirkan demi kepentingan generasi masa depan. Saya tidak mahu generasi masa depan menyalahkan kita atas apa yang berlaku," tegasnya. BERNAMA

3 ulasan:

  1. sembah derhaka patik nak buat juga jambatan ketiga huhuhuhu....adakalah Najib nak bt lagu ni???

    BalasPadam
  2. tak berani rasanya. TQ ziarah

    BalasPadam
  3. betui ckp awak, Bah rasa Najib patut buat semula jambatan bengkuk, robohkan tambak Johor, itulah yang betul.....

    Awak tenguk dak, komen tok perai dalam blog Bah, beria benar dia punya cerita, cuba awak tolong, sambung komen dalam blog Bah, bukannya Bah tak reti nak cerita, Bah malas nak lawan yang bukan-bukan...

    BalasPadam