Kerajaan Perpaduan ( PAS / UMNO ). Izinkan aku memberi pandangan tentang Kerajaan Perpaduan ini. Sebelum huraian ringkas soalan yang perlu difikirkan apakah Kerajaan Perpaduan ibarat satu adat perasmian sesuatu acara seperti memotong kek atau memukul gong selepas pilihan raya mana yang beruntung akan bermegah dan tidak beruntung akan kehilangan pengaruh.
Kalau di pihak UMNO , Kerajaan Perpaduan ini telah di canangkan oleh Pemimpin tertentu selepas Selesai PRU 12, sama ada pihak PAS tahu atau sedar itu tidak kita pasti. Dalam UMNO telah ada Pemimpin yang mengaku akan dan telah berhubung dengan pemimpin PAS. Apakah tujuan Kerajaan Pakatan ini untuk membela Bangsa Melayu Khasnya dan Lain-lain Bangsa Amnya ?.
Dari pandangan yang jumut ini jika berlakunya Kerajaan Perpaduan, satu parti lagi akan muncul menggantikan PAS. Apakah Pemimpin PAS tidak serik dengan tekanan yang dibuat oleh UMNO sebelum ini. Apakah Pemimpin PAS tidak sedar rakyat kiri telah beralih arah dan menyimpan penuh harapan kepada mereka untuk membuat perubahan kepada Negara bersama Pakatan Rakyat. Harapan rakyat yang tinggi kepada mereka diabaikan dan cuba berjinak-jinak dengan parti semakin pudar kepercayaan rakyat. Pemimpin PAS Harus muhasabah diri. Inilah detik percubaan Allah kepada mereka. Kita lihat pilihanraya di Manek Urai UMNO/BN akan mencanangkan kerajaan Perpaduan sebagai senjata mereka. Harapan saya agar pemimpin PAS berfikirlah seratus kali tentang Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan Perpaduan adalah harapan UMNO bukan sahaja di peringkat tertinggi, malah ketua cawangan pun dah tahu, mereka mengharapkan perkara ini terjadi.
Salam Ziarah.......
BalasPadamTidak setuju dengan pandangan dari saudara kerana kerajaan perpaduan adalah langkah terbaik untuk menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira kaum.Selain itu jika ianya terjadi setidak-tidaknya kaum melayu akan lebih kuat dan tidak sewenang-wenangnya di pijak oleh pihak lain.Ingat islam itu bersaudara dan menuntut umatnya untuk bersatu padu hormat menghormati antara satu sama lain.Kita lupakanlah sebentar ego masing-masing mencari kesalahan antara satu sama lain .Marilah kita semua bersatu ke jalan yang benar .Jadi renung-renungkanlah ...........
pedapat saudara memang tepat, ketakutan berbuku dihati akibat kerenah pemimpin UMNO yang mengunakan sikap kroni hingga kecawangan UMNO.
BalasPadam