MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 8 Oktober 2009

PERTUGAS PAS DITETAK





Port Dickson 8okt (3.30ptg ) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) memberi jaminan tidak berlaku pertindihan nama dalam daftar pemilih pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bagan Pinang. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, berkata jika berlaku ia adalah kesilapan kecil dan bukan sesuatu yang disengajakan. Beliau berkata, SPR akan terus membersihkan nama pengundi di Negara ini yang mencecah lebih 11 juta iaitu 100,000 daripadanya adalah dikalangan anggota tentera. "Kami memberi jaminan dalam pilihan raya kecil ini tidak berlaku pertindihan nama di mana anggota tentera turut memiliki kad pengenalan awam. Kami menerima senarai nama anggota tentera daripada Mindef dan merujuk kepada senarai itu," katanya pada sidang media selepas melawat pengundian pos di Dewan Jeneral Tan Sri Sany di kem Pusasda di sini, hari ini. Sementara itu, dalam sidang media berlainan di Markas Induk PAS DUN Bagan Pinang, Pengarah Induk Pas Pilihan Raya Kecil itu, Salahuddin Ayub, sekali lagi mendakwa parti itu memiliki senarai 253 nama pengundi bertindih dalam DUN itu. Beliau berkata, susulan pertemuan dengan SPR itu, PAS sudah membuat kata putus untuk merujuk kepada panel peguam mereka bagi mengambil tindakan susulan dalam menyelesaikan masalah ini. PAS turut mengedarkan senarai nama bertindih yang didakwa membabitkan anggota tentera yang memiliki kad pengenalan awam dan pesara tentera yang nama mereka masih dalam


BAGAN PINANG, 8 Okt [11.30 am] - Petugas-petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi. Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. "Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP. Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini. "Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi. Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Petikan dari Pahang Daily

Rabu, 7 Oktober 2009

INJUNKSI UNTUK TANGGUH PILIHANRAYA BAGAN PINANG?


PAS berkemungkinan akan mendapatkan injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyelesaikan isu pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilihan yang dikeluarkan suruhanjaya berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS kini sedang menimbang untuk menggunakan peruntukan undang-undang jika SPR masih berdiam diri mengenai isu tersebut.

"Ya, bagi tindakan jangka pendek ialah kita akan mendapatkan injunksi untuk menangguhkan pilihan raya sehingga isu ini diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar di sini pagi Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaannya sebelum ini bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR.

Kata beliau, pertindihan yang dimaksudkan ialah nama bagi seseorang pengundi itu telah didaftarkan di dua kawasan iaitu satu daripadanya menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

"Satu nama boleh mengundi di kem tentera di sini dan satu nama lagi berdaftar dan boleh mengundi di Kelantan," katanya.

Menurut Salahuddin lagi lebih daripada 500 pengundi yang nama mereka telah didaftarkan di dua kawasan.

"Angka rasmi akan kita dedahkan esok selepas kita berjumpa dengan SPR... tapi buat masa sekarang bolehlah saya katakan ia melebihi 500 pengundi," katanya.

Pertemuan antara PAS dan SPR akan diadakan di Putrajaya pada pukul 3 petang Rabu.

Bagi pertemuan tersebut wakil PAS akan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu berkata perkara tersebut bergantung kepada tindakan susulan SPR terhadap pendedahan ini.

"Walau apa pun, terpulang kepada SPR sebelum kita ambil apa-apa tindakan," katanya.

PARTI PAKATAN RAKYAT PAS DALAM KAJIAN




KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sedia mengkaji cadangan supaya parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat didaftar sebagai satu gabungan yang sah seperti Barisan Nasional.

"Itu masalah teknikal dan boleh dilakukan jika keadaan dan undang-undang memerlukan kita berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini ketika diminta mengulas cadangan berkenaan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membolehkan parti-parti pembangkang berkempen sebagai satu pakatan.

Nik Aziz berkata Pas berpengalaman dalam gabungan parti-parti pembangkang lain sebelum ini dan soal ada antara gabungan Pakatan Rakyat dikatakan tidak sefahaman boleh dibincangkan semula.

"Jadi, tidak timbul soal Pas tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana mempunyai dasar parti yang berlainan. Sekarang pun dah berkempen bersama, kita boleh buat itu, terserah pada kepimpinan pusat," katanya. BERNAMA


KOMEN

Kalau tanya saya, satu aja jawapannya " Biarlah keadaan macam sekarang lebih selesa untuk berjuang

PERANG POSTAR MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA, ADA YANG TELAH DIARAHKAN BUANG.






pROJEK TERBENGKALAI/TERTANGGUH


pENUNTUN DAN PENDENGAR CERAMAH PAS






SETELAH MELIHAT BERFIKIRLAH DENGAN TENANG. MUHASABAH DIRI DAN BUATLAH PENDIRIAN.

Selasa, 6 Oktober 2009

UNDI POS, TERDAPAT SEORANG TENTERA ADA DUA PENDAFTARAN TEMPAT MENGUNDI KETELUSAN SPR AKAN DIKETAHUI DUNIA



PAS mendakwa mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. "Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian dua kali. "Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera (sebagai pemilih pos) dan ada kad pengenalan awam (sebagai pemilih biasa)," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan. Ditanya bagaimana PAS dapat mengesan perkara itu, Suhaizan hanya berkata: “Kita ada sistem untuk mengesannya”.

Sehubungan itu, tambahnya, rombongan PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok. Difahamkan, maklumat terperinci mengenai dakwaan mereka akan didedahkan kepada media kira-kira 3 petang selepas pertemuan tersebut.

Suhaizan juga mempersoalkan tindakan SPR yang hanya membenarkan seorang ejen calon bagi memantau perjalanan pengundian pos kira-kira 4,500 tentera sedangkan ia melibatkan lapan saluran di satu tempat pembuangan undi. “Kalau hanya satu orang ejen sahaja dibenarkan, dengan kapasiti lebih 4,000 pemilih, ini bukan ejen, Lebih baik dipanggil 'patung' pilihan raya,” katanya. Beliau mencadangkan 16 ejen dibenarkan bagi mewakil setiap calon pada hari mengundi pilihan raya kecil tersebut, 11 Oktober ini.

Pada Khamis dan Jumaat ini, anggota-anggota tentera di lapan kem akan memilih sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad atau calon PAS Zulkefly Mohamad Omar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson. Sementara itu, dalam sidang media harian PAS di Bagan Pinang pagi tadi, Salahuddin mempersoalkan pemendekan tempoh bagi membuang undi pos daripada lima hari – seperti diamalkan sebelum ini – kepada dua hari. Ahli parlimen itu berkata, pengurangan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat umum. “Kita bukan hendak menuduh sesuatu, tetapi kita mempunyai hak untuk merasa ragu-ragu,” tambahnya. Dalam setiap pilihan raya, undi pos sentiasa menjadi isu pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang memihak kepada calon BN.
Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

Petikan dari Malaysia Kini




Isnin, 5 Oktober 2009

WANG RAKYAT SABAH DISEDUT KE KOCEK MUSA AMAN DAN KRONI ?


Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman , bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.

“Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai “vacum cleaner” ujarnya.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram.

Chia ketika disoalsiasat berkata wang tersebut adalah milik Ketua Menteri Musa Aman dan perlu diseludup ke Malaysia untuk memperkasa kempen UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh.

Jeffrey berpendapat penyeludupan wang haram dari akaun-akaun selamat di Hong Kong ke negara ini mungkin bukan kali permata berlaku. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya konco Musa Aman ditangkap.

“Ini mungkin kes pertama yang dapat kita kesan tetapi kita tidak tahu sama ada ini sebenarnya telah berlaku sebelumnya tetapi kita tidak mengetahuinya. Kami juga percaya kes penukaran penggunaan kes hutan simpan juga satu isu pengubahan wang haram tetapi ia dalam bentuk penukaran penggunaan tanah. Dalam erti kata lain, kawasan tanah kayu balak ditukar kepada kawasan pertanian dan dibalak, maka ia sama juga dengan pengubahan wang haram. Apa yang kita panggil pengubahan wang haram secara tidak langsung” katanya.

Jeffrey telah memfailkan pelbagai laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas kes penyelewengan sumber rakyat Sabah. Terbaru, satu laporan polis terhadap Musa Aman difailkan di Balai Polis Penampang berhubung kes pemalsuan geran dan pemberian konsesi secara tidak sah membabitkan Chia.

“Kami di Sabah juga telah membuat laporan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu-isu yang lain berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa di Sabah yang ada hubung kait dengan orang yang sama juga iaitu Michael Chia”.

“Sebab itu kami telah membuat beberapa laporan polis mengenai isu pembalakan dan persekitaran, berkenaan alam sekitar di konsesi Yayasan Sabah di mana konsesi Sabah yang diberikan kepada Penta Wawasan yang sepatutnya ditanam semula kayu tetapi ditukar penggunaannya kepada kelapa sawit”.

Beliau berkata rakyat Sabah tidak terlalu mengharap kepantasan dan kecekapan pihak berkuasa, kerana sehingga ke hari ini, pelbagai kes membabitkan pemerintah tidak disiasat, termasuk kes penyeludupan RM16 ini.

“Memang terkejutlah dan mereka mengharapkan memang ada penyiasatan dan ada penyelesaian tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada apa-apa dan rakyat Sabah memang mengharapkan dengan laporan yang dibuat ICAC di Hong Kong ini, tindakan yang diharapkan itu dapat diambil”. Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi melaporkan perkara terbabit. -TVA

Ahad, 4 Oktober 2009

ORANG KEADILAN DISABAH NAK LOMPAT PULA, KALAU TIDAK ADA ANGIN POKOK TAKKAN BERGOYANG


Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan menafikan bahawa beliau akan mempelawa adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan, naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), supaya kembali semula ke PBS.

"Dia kini bersama parti politik lain dan bukan dengan Barisan Nasional (BN). Adalah jelas di mana dia mahu berada.

"Oleh itu, saya fikir tidak ada sesiapa boleh memujuk sesiapa pun untuk menyertai mana-mana parti yang mereka tidak mahu sertai," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PBS di sini pada Ahad.

"Jadi, bagi kami, ini tidak lagi menjadi isu spekulasi kerana kami semua tahu di mana dia (Jeffrey) berada sekarang dan di mana dia mahu berada," katanya ketika ditanya pendirian PBS dalam hal tersebut.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata jika Jeffrey ingin kembali semula ke PBS, dia perlu mengemukakan permohonan dan perlu melalui saringan sama seperti semua pemohon baru.

-- BERNAMA

KOMEN

Jeffrey harus mengatakan dengan benar nak lompat ke tak nak. Kalau rindukan yang lama ayuh cepat bertindak rakyat tidak tertunggu tunggu, bagitu juga di Selangor jangan biarkan hasrat hati menanah nanti kecewa. Luahkan dengan benar, kalau nak lompat biar awal-awal, rakyat tidak tertanya-tanya.