MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 29 September 2009

PEMUDA UMNO TERLIBAT DENGAN DADAH



KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

“Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah berkenaan jam 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

“Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. - Bernama

ISA SAMAD CALUN UMNO/BN DI BAGAN PINANG



Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.

Bercakap secara ringkas di hadapan tetamu yang hadir, Isa berkata, beliau berjanji akan bekerja keras untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang akan terus kekal menjadi milik BN.

"Nampaknya ISA masih diperlukan, jangan hapuskan ISA.

"Saya percaya kita akan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dengan sokongan padu semua pihak.

"Kita akan terus pertahankan kerusi ini malah akan berusaha untuk tambah majoriti," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong-penyokong BN yang hadir. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 11 Oktober manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

Kita akan dapat ketahui calun PAS malam ini.



Isnin, 28 September 2009

CADANGAN DAN PANDANGAN YANG BAIK DARI MAFREL UNTUK MENJUJURKAN SPR


Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula status pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis supaya lebih relevan dengan perkembangan semasa.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata sudah tiba masanya SPR meneliti pemberian status undi pos terutamanya dikalangan anggota keselamatan berkenaan kerana keperluannya sudah berbeza sejak ia diperkenalkan.

"Kami akan mencadangkan kepada SPR supaya undi pos dikaji semula terutamanya pemberian status kepada anggota tentera dan juga polis.

"Kalau dulu memang benar anggota tentera bekerja di sempadan, sukar untuk mereka membuang undi seperti pengundi biasa.

"Tapi kini situasinya sudah agak berubah kerana kebanyakkan mereka hanya berada di kem masing-masing dan mereka mempunyai kesempatan untuk keluar mengundi pada hari pengundian," katanya kepada mStar Online.

Tambah beliau, SPR perlu menimbangkan mengenai perkara tersebut bagi memastikan ketelusan undi pos.

"Undi pos agak kritikal terutamanya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti.

"Jadi langkah mengkaji pemberian status kepada anggota keselamatan yang benar-benar sedang berkhidmat di luar kawasan perlu dipertimbangkan... manakala bagi anggota (keselamatan) lain yang tidak menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi seperti biasa, kelayakan (status undi pos) mereka perlu ditarik," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula 3 sehingga 11 Oktober ini menyaksikan jumlah pengundi undi pos sebanyak 4,604 orang dari 13,664 pemilih berdaftar.

Sehubungan dengan itu Syed Ibrahim berkata, Mafrel berhasrat untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak SPR bagi membincangkan mengenai cadangan tersebut dalam masa terdekat.

"Kita bercadang untuk bersemuka dengan SPR bagi membincangkan mengenai banyak perkara yang berkaitan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar.

"Malah kita juga ingin mengemukakan permohonan kepada SPR supaya Mafrel diberikan kebenaran untuk memantau proses perjalanan undi pos... pemantauan itu bukan sahaja semasa pembuangan undi tapi perlu kepada keseluruhan prosesnya," katanya.


KOMEN

Kalau permohonan ini berjaya kita akan dapat melihat kejujuran SPR. tidak mempunyai udang di sebalik mee. Insyaaalah semuanya pekerjaannya sama-sama kita doakan.


Ahad, 27 September 2009

KERAJAAN NEGERI SELANGOR JANGAN AIBKAN KAKITANGAN KERAJAAN


Terkini, Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor(Selcat).

1) Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Nasrudin.

Nasrudin memberitahu, sekiranya pegawai-pegawai kerajaan negeri merasakan mereka diaibkan dengan sesi soal siasat secara terbuka dan tidak mengikut kesusilaan, ia boleh menyebabkan perasaan membenci terhadap kerajaan negeri.

2) "Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya,"Bla-bla-bla...kata beliau.

Sebelum 1 Syawal lalu, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin, menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.
Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu. Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

komen

Kakitangan Awam adalah mata dan telinga sesebuah pentadbiran, rahsia sesebuah kerajaan ada pada kakitangan Awam tersebut. Kerajaan yang memerintah harus menghormati kakitangan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kakitangan Awam juga adalah penyumbang yang tidak boleh dipandang remeh jatuh bangunnya sesuatu pemerintah. Awas jangan bagi kakitangan Awam marah.

Sabtu, 26 September 2009

PAS SELANGOR KELUAR PR ?

25hb. September 2009, terdengar berita di radio, PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Nampaknya PAS Selangor kini sudah jadi macam DAP di Kedah mengugut mahu keluar PR bila berhadapan dengan isu Selcat.

Isu Selcat menjadi panas ekoran kritikan terbuka Hasan Ali yang mendakwa bahawa “sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.” [Lihat kenyataan resmi Hasan Ali di sini]

Walau bagaimana apa pun alasannya , kalau benar bahawa pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan oleh Hasan itu bertujuan demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri , kenapa ianya perlu dibuat secara terbuka hingga timbul persepsi tidak baik dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap Hasan sendiri sehinggakan ada yang mencadangkan agar beliau keluar sahaja dari PAS.

Tetapi Hasan tidak akan meninggalkan PAS dan masuk semula ke dakapan Umno. Mahathir sendiri lebih suka jika Hasan terus berada dalam PAS dan menjadi duri dalam daging. Berjayakah Hasan membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor? Khir Toyo tentu mengharap sangat!

Petikan dari http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/09/hasan-ali-mahu-bawa-pas-selangor-keluar.html




Rabu, 23 September 2009

DUN JOHOL NEGERI SEMBILAN AKAN DI ADAKAH PRK SELEPAS BAGAN PINANG


Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar
http://greenboc.blogspot.com/2009/09/era-najib-altantuya-prk-johol-selepas.htm

HARIMAU PILIHANRAYA MULA MENGAUM



Undi pos akan tetap dilaksanakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan terserah kepada mana-mana pihak jika mahu mengambil tindakan mahkamah mempertikaikan kaedah itu, tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"SPR akan tetap melaksanakan pengundian pos. Anggota tentera dan pasangan mereka berhak untuk mengundi secara pos.

"Di bawah undang-undang, pengundi-pengundi ini dikategorikan sebagai pengundi yang tidak dapat hadir pada hari pengundian seperti biasa.

"Hak ini diberikan di bawah undang-undang... SPR hanya melaksanakan undang-undang ini," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut mengesahkan pihaknya akan memperjelaskan perkara ini kepada wakil-wakil PAS mengenai sistem pengundian pos, Isnin ini.

Wan Ahmad yang dihubungi mStar Online mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Yusmadi Yusof bahawa beliau akan membawa isu itu ke mahkamah jika pengundi pos, khususnya dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang memberitahu, dengan mengenakan undi pos ke atas warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah Perlembagaan Persekutuan, tindakan itu akan menyebabkan diskriminasi terhadap mereka.

Dalam hal ini, kata Yusmadi, beliau yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

"Apatah lagi sekiranya ia dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut," kata beliau sambil menambah, bagi mengelakkan diskriminasi, SPR wajar membolehkan warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos, dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan sama ada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dijadualkan 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Dalam temu bual dengan mStar Online 18 September lalu, Wan Ahmad sambil merujuk kepada situasi semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Telok Kemang pada tahun 2000, menasihatkan Pakatan Rakyat khususnya PAS jangan mempertikaikan amalan undi pos di Bagan Pinang.

Semalam, kenyataan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa agar SPR memperbaiki sistem dan kaedah pengundian pos bagi menjamin kerahsiaan.

"Kita ulangi tuntutan supaya pengundian bebas, telus dan adil. Hak rakyat termasuk pasukan keselamatan wajar dihormati," katanya.

SPR HAIRAN

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak melihat apa-apa sebab pihak berkenaan harus mempersoalkan proses pengundian secara pos.

"Itu hak mereka (pengundi pos) dan hak mereka diberikan dalam undang-undang. SPR tidak nampak apa-apa sebab mengapa ia harus dicabar.

"Ini undang-undang... apa yang hendak dicabar? Atas alasan apa hendak dicabar di mahkamah, tapi itu adalah undang-undang," katanya lagi.

Justeru, kata beliau, sistem undi pos akan diteruskan selagi adanya peruntukan undang-undang sedemikian.

"Jika mereka tidak bersetuju, bangkitkan di Parlimen, bolehkan undang-undang undi pos dipinda... tapi buat masa sekarang SPR akan melaksanakan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Petikan dari MyStar

KOMEN

Kita bukan mempertikaikan system undi pos, tetapi perjalanan undi pos tersebut. Sebagai contoh Pegawai Atasan Polis dan tentera tidak boleh berada didalam bilik mengundi dan kekalkan system mengundi seperti undi biasa itu saja.