MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 3 Oktober 2009

NGO DINENASI, PEKAN MENGANGGAP SIS, JAG DAN EMPOWER MENGHINA MAHKAMAH


Tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membantah hukuman sebat terhadap Kartika Dewi Sukarno dianggap sebagai menghina mahkamah dan perkara berkenaan perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa agama.

Berikutan bantahan yang dilakukan Sister in Islam (SiS), Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) yang akhabar tempatan 1 Oktober lalu, Pas Kawasan Pekan bersama Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Al-Insaniah Nenasi mengambil tindakan membuat laporan polis.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan, Abu Kasim Manaf berkata, bantahan yang dilakukan adalah secara jelas dan sengaja bertujuan mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang berhubung kes terbabit.

Menurutnya, perbuatan NGO yang terlibat mencabar kewibawaan institusi kehakiman Syariah telah ditegur berkali-kali, namun mereka masih berdegil dan mengeluarkan kenyataan yang menghina keputusan mahkamah.

“Keputusan yang telah dijatuhkan adalah adil dan tepat berdasarkan kepada undang-undang yang diluluskan badan perundangan serta tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan adalah tidak wajar untuk dipertikaikan.

“Kami ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak, sama ada individu, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan supaya tidak mencampuri urusan dan mempertikaikan keputusan yang dibuat Mahkamah Syariah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Pekan, di sini.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat NGO terlibat jelas melanggar keputusan Mesyuarat Amaran Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 di Subang Jaya, Selangor.

“Mereka (NGO) yang terlibat telah melakukan kesalahan penghinaan di luar mahkamah yang menyebut bahawa sesiapa yang mengeluarkan apa-apa kenyataan bantahan sama ada secara lisan atau bertulis oleh mana-mana orang atau badan atau pertubuhan atau organisasi merupakan satu perbuatan menghina mahkamah,” katanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Al-Insaniah Nenasi, Ramli Mohamed berkata, tindakan tegas seharusnya diambil terhadap mana-mana NGO yang membantah hukuman yang telah dijatuhkan.

“Kami ingin meminta semua pihak bertindak demi keadilan agama Islam dan tampil membuat laporan polis bagi tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menghina mahkamah.

“Tindakan memperlekeh institusi kehakiman Syariah ini harus dipandang serius dan pertikaian yang disuarakan adalah satu bentuk penghinaan kepada pihak berkuasa agama,” katanya.

Menurutnya, semua pihak seharusnya berhenti daripada membuat sebarang kenyataan dan menerima keputusan mahkamah yang bertepatan dengan undang-undang Syariah yang telah ditetapkan.

KOMEN

Nenasi adalah satu pekan kecil di dalam Parlimen Pekan. Jarak dari Rompin hanya 38km lebih kurang.

GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALUN DI BAGAN PINANG

KOMBOI PUTERA UMNO

HUJAN ( BN DAN PENYOKONG )


PENYOKONG BN


PENYOKONG BN


PENYOKONG PAS, KEADILAN DAN DAP


PENYOKONG PAS, KEADILAN DAN DAP

PENYOKONG PAS


RIBUAN PENYOKONG PAS, KEADILAN DAN DAP


CALUN BEBAS GAGAL MENDAFTAR NAMA



KEPUTUSAN AKHIR PAS MENENTANG UMNO/BN






Jumaat, 2 Oktober 2009

JENAZAH NOORDIN M.TOP SELAMAT DIKEBUMIKAN DI PONTIAN JOHOR


PONTIAN, 2 Okt (Bernama) -- Keluarga Allahyarham Noordin Mat Top yang terbunuh di Indonesia 17 Sept lepas kecewa dengan tempoh terlalu lama sebelum mereka dibenarkan menuntut dan membawa balik jenazah militan itu ke Malaysia untuk dikebumikan. Abang ipar kepada militan itu yang dikenali sebagai Supriyo berkata tempoh yang terlalu lama itu adalah bertentangan dengan kehendak agama Islam yang mahukan jenazah umatnya dikebumikan sejurus selepas kematiannya. "Kami sekeluarga amat terkilan kerana tempoh yang diambil untuk kami menuntut jenazah Noordin dan mengebumikannya adalah terlalu lama. Sebagai umat Islam, jenazah harus disemadikan secepat mungkin." "Mengapa mereka (pihak berkuasa di Indonesia) harus berbuat begitu (menahan jenazah Noordin). Kami sekeluarga tidak memahami tujuan tindakan mereka itu," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya pengebumian militan itu di tanah perkuburan Kampung Kayu Ara Pasong , Jumaat. Supriyo, seorang pesara dan berumur di dalam lingkungan 50-an, merupakan suami kepada kakak Noordin yang dikenali sebagai Halimah. Selepas diburu selama sembilan tahun, Noordin yang mengetuai kumpulan serpihan radikal Jemaah Islamiyah (JI) terbunuh dalam operasi pasukan anti keganasan republik itu di sebuah rumah di Kepuhsari, Solo Jawa Tengah kira-kira dua minggu lepas. Keluarga Noordin diwakili oleh abangnya, Yahya dan isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi yang hanya dibenarkan menuntut jenazahnya Khamis dan membawanya pulang ke Malaysia untuk dikebumikan Jumaat. Ditanya mengenai dakwaan tentang kegiatan keganasan yang dipelopori oleh Noordin, Supriyo berkata mereka sekeluarga tidak menyokong aktiviti keganasan yang dikatakan dilakukan oleh Noordin. "Walaupun kita tidak bersetuju dengan tindakan Noordin, tetapi kami sekeluarga tidak menghinanya. Biarlah sejarah yang menghakimi perbuatan Noordin," katanya. Adakah mereka sekeluarga percaya tentang dakwaan kegiatan keganasan oleh Noordin, katanya beliau secara peribadi agak ragu-ragu kerana adik ipar yang dikenalinya merupakan seorang yang memiliki perwatakan lemah-lembut, baik dan peramah. Menurutnya Noordin merupakan anggota yang paling disayangi oleh keluarga mereka. -- BERNAMA

1,200 PENGUNDI POS YANG SAH DIBAGAN PINANG






PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.

Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.

Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang.

"Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.

"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini.

"Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah.

Bersihkan senarai

"Tetapi nama dia masih lagi kekal dalam senarai. Sebahagian yang lain bukan duduk daripada kem Seri Rusa, DUN Bagan Pinang.

"Saya minta SPR, supaya pastikan apa yang boleh, bahawa orang yang tidak hadir, tidak layak mengundi.

"Waktu kertas undi diberikan, dia tidak hadir, seharusnya dia tidak boleh mengundi. Ini yang minta supaya ia dipastikan oleh SPR sendiri," katanya.

Menurut Mustafa, apa yang menjadi kebimbangan PAS ialah pengundi pos yang tidak berada dalam kem tersebut tetapi dibenarkan mengundi di situ.

"Saya boleh jangka bahawa SPR akan jawab siapa yang ada dalam senarai, maka dia sah sebagai pengundi.

"Tetapi sebagai satu persiapan dan peringatan kepada SPR supaya dia benar-benar nak pastikan daftar pemilih ini bersih, dia sendiri pastikan orang yang sebenarnya tidak ada, didaftarkan di mana dia berada," katanya

Ditanya sama ada pengundi yang bersara tinggal di kem tersebut, Mustafa berkata mereka memang tidak tinggal di kem tersebut.

Sudut undang-undang

"Mereka yang boleh tinggal di kem tersebut adalah pegawai dan kakitangan yang berkhidmat. Yang tidak berkhidmat, tidak boleh duduk situ," katanya.

Ditanya sama ada terdapat peruntukan undang-undang, sekiranya pengundi tidak meminta nama mereka dipindah, maka mereka tetap untuk mengundi di situ, Mustafa berkata:

"Dari sudut undang-undang, ya, yang itu saya tidak nafikan."

SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi buat masa sekarang mengikut undang-undang, sebaliknya memikirkan satu cara untuk membolehkan orang yang benar-benar layak mengundi adalah orang yang tinggal kem tersebut, tambah Mustafa.

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bekal berdepan dengan calon BN Tan Sri Isa Samad untuk merebut kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman Mohamad Noor dari BN yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman menewaskan Ramli Ismail yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Teluk Kemang yang mendapat 4,097 undi.

SPR juga menetapkan esok adalah hari penamaan calon, manakala 11 Oktober pula adalah hari pengundian.

Khamis, 1 Oktober 2009

SEKOR LAGI KATAK BERSEDIA UNTUK MELOMPAT


KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Nasib Badrul Hisham Abdullah daripada PKR sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang akan diketahui akhir bulan ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sungguhpun beliau belum lagi menemui Badrul Hisham secara peribadi, beliau juga telah membayangkan kepadanya untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.

"Saya ingin memutuskan (perkara ini) pada akhir bulan ini. Saya telah beri bayangan kepada beliau untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Lagi pun, beliau dipilih oleh penduduk Pelabuhan Klang, jadi beliau perlu teruskan perkhidmatan untuk orang ramai di Pelabuhan Klang," katanya kepada pemberita di sini , Khamis.

Badrul Hisham kini dilanda kontroversi dan aduan daripada kawasan pilihan rayanya bahawa beliau mengabaikan tugasnya sebagai ADUN.

Banyak spekulasi menyatakan beliau akan menyertai Umno.

-- BERNAMA

GAMBAR KEMUSNAHAN AKIBAT GEMPABUMI DI JAMBI INDONESIA






KOMEN

DARIPADA DIA DATANG KEPADA DIA KEMBALI, HANYA ALLAH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA.

SPEAKER DEWAN NEGERI KEDAH MOHON SEMAKAN KEHAKIMAN KEPUTUSAN SPR DI ADUN KOTA SIPUTEH

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh.

Permohonan itu yang disertakan bersama afidavit sokongan Abdul Isa difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan KuasaKuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini melalui firma guaman Tetuan Chooi & Company.

Beliau menamakan Abu Hasan dan SPR sebagai responden.

Abdul Isa mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengistiharkan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Berikutan itu, Abdul Isa, 61, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN bagi kawasan Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker itu juga mahu satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah untuk menghalang Abu Hasan atau ejenejennya daripada menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan itu.

Selain itu, Abdul Isa juga menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pilihan raya umum Mac 2008, PAS telah memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah, DAP satu kerusi, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) empat kerusi, BN sebanyak 14 kerusi dan calon bebas menang satu kerusi. Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa keputusan SPR untuk mengekalkan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh serta tindakan Abu Hasan yang tidak hadir pada sidang dewan akan mengganggu tugas dan kewajipan Abdul Isa sebagai Seaker DUN Kedah untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan lancar.

"Keputusan SPR dan tindakan Abu Hasan telah membawa kehinaan kepada DUN Kedah, dan mungkin akan mengakibatkan kekecohan kepada prosidingprosidingnya, apabila ADUN yang telahpun hilang kelayakan sebagai ADUN masih dapat kononnya menonjolkan diri mereka sebagai seorang ADUN," katanya. SPR pada 1 Sept lepas memutuskan bahawa tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya pada pilihan raya umum ke12 tahun lepas.

Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lepas daripada Abdul Isa berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.

SPR dalam membuat keuptusan itu mendapati Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat berturutturut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

Sementara surat cuti sakit Abu Hasan sebagai penjelasan kepada ketidak hadirannya pada sidang DUN negeri Kedah yang diadakan pada 9 Ogos lalu, dan mendapati kelewatannya untuk menghantar surat cuti sakit itu kepada Abd Isa selewat-lewatnya pada 9 Ogos lalu tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.BERNAMA