MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 12 Julai 2009

RAYUAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI MANEK URAI.

TUNAIKAN TANGGUNG JAWAB
BALIKLAH MENGUNDI


















































































































































Sabtu, 11 Julai 2009

TEGUR AYAH KERANA SAYANG, MARAH AYAH KERANA NAK AJAR



























Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersolat sunat Dhuha bersama-sama dengan Mursyidul Am di Sungai Peria, Manek Urai, membuktikan tidak ada masalah antara ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS tersebut.


Ketidakhadiran beliau di dalam penamaan calon pada 6 Julai lalu dan beberapa siri ceramah bersama Tuan Guru Nik Abd Aziz, cuba digambar oleh beberapa media bahawa kononnya beliau masih tidak sefahaman dengan Mursyidul Am selepas isu Kerajaan Perpaduan.

Isu tersebut juga dimainkan oleh pihak BN di atas ketidakhadiran beliau sebelum ini. Antaranya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu turun berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai dua hari telah memfitnah bahawasanya Tuan Guru Nik Aziz terpaksa membawa dan menarik balik larangan Ustaz Nasharuddin ke Manek Urai kerana terdapatnya sebilangan besar penyokong Pas di Manek Urai marah atas tindakan tersebut.

Ketidakhadiran Ustaz Nasharudin ke Manek Urai sebenarnya adalah disebabkan beliau masih dalam proses rawatan kesihatan beliau dan bukannya disebabkan isu tidak sefahaman dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

kelmarin, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang, Selangor.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bachok memberitahu akan memulakan kempen membantu calon, Abe Uji hari ini ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan kemungkinan tidak dapat menyertai berceramah hari ini kerana masih dalam keuzuran.



Jumaat, 10 Julai 2009

UNDI JANGAN TAK UNDI, RAMAI-RAMAI KITA LAWATI BLOG CHE DET UNTUK MENGUNDI SETUJU ATAU TIDAK PPSMI DIMANSUHKAN









KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Sebuah tinjauan, undian dalam blog Che Det milik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibuka sekarang dengan tujuan mengumpulkan pandangan orang ramai berhubung langkah kerajaan memansuhkan PPSMI baru-baru ini.

"Saya (anjur) blog poll ini supaya kita dapat tahu apa pendapat orang ramai dan tentu bila dapat result kalau tak dapat kemuka cara lain, sekurang-kurangnya dalam blog akan sampai, itupun kalau ada orang kerajaan baca blog saya," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di acara Wacana Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia.

Ditanya sama ada keputusan pemansuhan PPSMI itu adalah salah, Dr Mahathir menegaskan bahawa tujuan PPSMI diperkenalkan adalah supaya para pelajar dapat menguasai ilmu yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

"Ia bukan mengenai cuba belajar bahasa Inggeris atau Melayu...ia semata-mata untuk pengetahuan kerana pengetahuan pada hari ini datang kepada kita dalam bahasa Inggeris.

"Hari ini pengetahuan berada dalam kalangan orang yang menulis dalam bahasa Inggeris dan atas sebab itu kami mahu belajar bahasa Inggeris untuk mendapatkan pengetahuan, bukan untuk belajar bahasa Inggeris tetapi Sains mempunyai istilah khas dalam bahasa Inggeris.

"Sebab itu kenapa penting untuk kita menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik," katanya.

Rakyat Malaysia seluruhnya yang berada di dalam dan di luar negara kini boleh mengundi di blog itu di laman sesawang blog Che Det (http://chedet.co.cc/chedetblog/).

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bertindak memansuhkan dasar PPSMI sepenuhnya berkuatkuasa pada 2012.

Sementara itu A. Samad Said yang juga Penasihat Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai PPSMI sebagai bukan pemansuhan PPSMI, tetapi menangguhkan pemansuhan.

"Cuma yang saya tidak setuju, ia (pemansuhan PPSMI) bukan sekarang, bukan tahun depan tetapi ia 2012," katanya.

Bagaimanapun, katanya beliau memahami bahawa pemansuhan itu tidak dapat dilakukan serta merta dan kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat itu sudah cukup baik.

Petikan dari Harakah

Aneh jumlah vote cuba lihat betul-betul




















MANEK URAI – Tanda-tanda kekalahan UMNO/ BN semakin jelas apabila akhbar utama yang menjadi suara rasmi kerajaan Barisan Nasional tidak laku walaupun diberi secara percuma.

Sekurang-kurangnya 200 naskah akhbar harian tersebut yang diletakkan di dua buah kedai yang dikunjungi Buletin Online sekitar kampong Laloh disini, tidak diendahkan langsung oleh orang ramai.

Salah sebuah kedai tersebut terletak bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong dimana Program Sihat dan Comel diadakan semalam.

Beratus-ratus pengunjung program yang diadakan sepanjang hari itu, hanya lalu dihadapan kedai dan tidak mengendahkan ‘kehadiran’ akhbar itu.

Manakala pemilik kedai yang terletak disimpang menuju Padang berkenaan berkata beliau tidak tahu mengapa para pelanggannya tidak mahu mengambil edisi percuma sempena pilihanraya kecil DUN Manek Urai itu.

”Tak tahulah gok (kenapa) mereka tak mahu ambil,”katanya yang tidak mahu dikenali.

Seorang petugas bantuan jentera pilihanraya Manek Urai, Mohd Noor Awang, 52, turut hairan mengapa akhbar yang begitu popular itu, tidak lagi menjadi pilihan.

Beliau yang berasal dari Kemaman mahu dikenali sebagai 'Abe Noor' datang bersama kontinjen Terengganu.

Beliau berkata senario itu mungkin adalah tanda-tanda yang sangat hampir kepada kekalahan UMNO/BN.

”Saya hairan mengapa (orang ramai) tak mahu ambil dan baca Utusan, dari tadi saya perhatikan tak ada orang ambil dan baca,

”mungkin orang sudah hilang kepercayaan terhadap akhbar (itu), itu tanda-tanda yang baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat,”katanya.

Petikan dari biaqpila




Rabu, 8 Julai 2009

Sains dan Matematik dalam BM dan bahasa ibunda 2012:























Sains dan Matematik dalam BM dan bahasa ibunda 2012: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

“Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003,” katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,” katanya.


Suntingan Sabahdaily


Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

Khamis, 2 Julai 2009

10 juta nak bagi kat Osman dan Jamaluddin biar betul !























Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka.

Hj Nizar sebagai sifatnya seorang pemimpin ingin mengetahui kedudukan yang sebenar di mana mereka ketika itu, hidup atau mati, bukan tawaran untuk kembali kepada PR. Hj Nizar ada peluang menawarkan mereka kembali kepangkuan PR sewaktu terserempak dengan Osman suatu ketika dulu, tetapi Hj Nizar tidak berbuat demikian.

Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas. Orang macam ini tidak sepatutnya mendapat tempat dalam parti di atas pengkhianatan yang mereka lakukan. Seeloknya kalau mereka benar insaf di atas kesilapan mereka, minta maaf pada rakyat Perak dan letak jawatan sebagai ADUN.

Ada maklumat dari Tg. Malim yang Jamaluddin kononnya menjaja ditawarkan oleh PR 10 juta kalau mereka menyertai semula PR. Sebenarnya PR sudah tidak teringin untuk mempelawa mereka, sekalipun mereka pula yang menawarkan 10 juta kepada PR kalau PR menerima semula dua orang ini, saya percaya PR sebagai parti yang bermaruah tidak akan menerima tawaran yang jijik itu, sebaliknya mereka letak jawatan, jadi orang biasa sahaja, jutaan duit yang mereka dapat dulu gunakanlah dengan baik, pergi umrah banyak kali dan bantu orang miskin sebagai pernyataan insaf dan taubat, semuga rezeki yang mereka dapat boleh menjadi halal dengan cara yang sedemikian. Kedahlanie

BABI PULA JADI ISU POLITIK


















Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

Berita tertinggal Sang kancil berkata

Sedikit Catatan untuk renungan.

DAP Keluar Parti " kebanyakan surat kabar yang pernah cerita tentang PAS , DAP, Parti Keadilan bukan satu gabungan yang boleh dipanggil Parti Pakatan Rakyat. hari hebuh menceritakan DAP Keluar parti. aku jadi bosan dengan telatah surat kabar ini. berita mereka tak serupa bikin, seolah-olah rakyat malaysia ini bodoh. aduh......... kah kah kah. Nak caya macam mana.