Tajuk Utama Sinar Harian 18 april 2009 berbunyi“ Fairus Ancam Bongkar rahsia “ . sekiranya PKR tidak berusaha membersihkan namanya dalam masa dua minggu fairus akan mendedahkan rahsia PKR. Dua minggu lagi aka nada seorang lagi akan berkempen untuk UMNO. Aduh sakit kepala rakyat.
1.Pilihanrayajika diadakan selalu akan membazirkan wang rakyat ? ( kata DS Najib )
Kalau macam ini sebelum hari rabu nanti atau sebelum SPR mengistiharkan kekosongan DUN Penanti dicadangkan agar “ Tawaran Tender kepada parti lain diadakan ( Kecuali PKR ) bagi membeli DUN Penanti tender ini semestinya tender tertutup siapa yang tender tertinggi boleh ambil ADUN Penanti.
Kerenah Pemimpin melayu dari PKR dan UMNO rakyat dah penat. Kecoh derhaka di Perak belum selesai. Derhaka di Terangganu mula kembali. Siapa derhaka hanya mereka yang tahu.
Pemimpin melayu ambillah sedikit atau guna pakailah quran dan hadith dalam memperjuangkan rakyat dan Negara. Sebagai panduan sebuah hadith Nabi yang boleh direnungkan ialah
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”
Dicadangkan kepada Anwar cubalah berpandu kepada teguran Tok Guru Nik Aziz kepada YB. Ibrahim Ali kalau Fairus Nak masuk UMNO istihar ajalah. Kalau nak bersama PKR akurlah kepada perjuangan parti tak payah ungut-ugutan. Buatlah keputusan sebelum SPR buat keputusan.
“APA APA PUN PERMOHONAN KOSONGKAN N14 PENANTI rasanya tak diterima SPR” ramalan
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penanti telah meletakkan Jawatan. Pilihanraya akan diadakah. Dimanakah DUN Penanti kalau tak tahu DUN Penanti terletak didalam P44 Permatang Pauh. Disitu juga terdapat 2 lagi dun iaitu N10 dan N11.
Hanya sedikit sahaja kali ini, nak ucapkan Taniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti kerana berani meletakan jawatan Demi kepentingan semua. Semuga berjaya dalam pelajaran dan selamat bersama keluarga
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan
Apa-apa pun taniah diucapkan kepada DS Najib dengan perlantikan menteri dan Timbalan Menteri. Dari segi ketokohan mereka sebahagianya masih belum diuji. Walaupun kepimpinan yang dilantik ini ada sadikit parut yang perlu disembuhkan semula dan segera, tetapi parutnya tidak bagitu ketara. Dalam usaha memertabatkan kembali UMNO dan perjuangan untuk rakyat. DS Najib harus melihat dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah.
1.Cuba lihat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri berperanan untuk Rakyat dan melawat atau tidak dikawasan. Kita perlu mencari sifu di setiap kampong bukannya ketua Cawangan atau Ketua Kampung. Dengan cara ini kemajuan setiap keperluan rakyat dapat penghargaan. Sifu disini ada pejuang yang tidak ada nama, taat, dan disegani masyarakat tidak suka kepada pertandingan dan jawatan. Lebih-lebih lagi dia akan menjauhkan diri jika perjuangan tersebut di taja untuk menaikan seseorang sebagai ketua Bahagian atau berkepentingan seperti ketua kampong yang sebahagian besarnya mempunyai Lesen Kelas F sekurang-kurangnya.
Dirasakan DS Najib memang berpengelaman dalam soal mengembalikan kepercayaan Rakyat kepada kerajaan, kerana di Parlimen Pekan sejarah telah membuktikan yang DS Najib pernah menang tidak lebih dari 100 undi. Ini boleh dijadikan contoh.
Apa-apa pun hanya masa menentukan sama ada UMNO masih dihati rakyat atau tidak. Terpulang kepada kepimpinan baru. Bukti untuk mempercayainya telah terhapus akibat kecuaian Pemerintahan Kerajaan Malaysia selama ini. Hanya satu yang perlu diamalkan kembali ke Zaman Tun Razak tetapi perlu di gubah mengikut keadaan semasa. FELDA contohnya perlu kembali ke asas penubuhan FELDA. Masih ramai masyarakat Melayu yang memerlukan pembilaan. BERNAS, FELCRA, FAMA, MARDI dan lain-lain perlu diperluaskan peranannya bukan sekadar membuka Pasar Malam atau menjadi Agen kepada kerajaan. Agensi-agensi ini boleh menjadi pembekal kepada peniaga-peniaga di Malaysia. NAK BUAT SERIBA DAYA TAK NAK BUAT SERIBU DALIH
Apa-apa pun terima kasih kepada DS Najib kerana member kepercayaan lagi kepada YB. Maznah binti Mazlan menjadi Tim. Menteri. Kalau ikut Adat dan Politik Parlimen Rompin. YB. Mazah dah hilang nama dalam senarai Menteri.
Kepada YB. Maznah, Kepercayaan yang diberikan gunalah dengan sebaik mungkin.
ALLAH SELAMATKAN KAMI RAKYAT ROMPIN DARI BALA MU AMIN…….
KEPADA HAMID YANG SELALU MEMBACA BLOG INI SAMPAIKAN SALAM KEPADA PAKSU SEKELUARGA DISUNGAI LALANG, PAKTEH SEKELUARGA DI BUKIT SELAMBAU, PAKLONG SEKELUARGA DI TAMAN BERHAMPIRAN PEJABAT KASTAM SUNGAI PETANI JANGAN LUPA TERUSKAN PERJUANGAN TABAHKAN HATI, ESOK MENGUNDI AZAMLAH KAMI DISINI BERDOA AGAR DIJAUHI BALA KEATAS KELUARGA KITA DISANA AMINNNNNNNNNNN.................................. SELAMAT MENGUNDI. ANDA SEMUA TETAP DIHATI. SAYA DISINI MENUNGGU KEPUTUSAN PILIHANRAYA BUKIT SELAMBAU PENUH DEBARAN........ RASANYA M
Hari ini 7hb. April 2009 sekali lagi aku menghadiri kursus haji bersiri di Kolej Komuniti Rompin. dah 4 minggu kursus. Kehadiran membanggakan hampir 300 orang dirasakan, dalam ramai-ramai yang menghadiri kursus 60 orang telah mendapat surat mengatakan yang mereka akan menunaikan haji pada tahun ini. Cerita kata yang membuat rayuan masih belum mendapat surat rayuan, termasuk aku dan isteri tersayang, entahlah semuanya terserah kepada Tuhan, kalau tak dapat tahun ini tahun depan ada lagi kalau dipanjangkan umur.
Ada seorang sahabat menyuruh guna orang tertentu untuk pergi tahun ini. Rasanya tak perlu kerana banyak masalah nanti.
Kursus hari ini berkenaan Wajib Haji dan haji yang perlu dibuat seperti Cara mengerjakan Haji Tamattu dan cara mengerjakan Haji Ifrat. Lebih kurang pukul 10.00pagi masalah penduduk Rompin Pantai berlaku, masalah ini sampai bila entahlah, Lampu letrik tiba-tiba padam. Itulah masalah penduduk Kuala Rompin. Kalau ditanya kepada Orang Berkenaan mereka akan kata masalah dekat Song Cheng, Kilang atau Ladang Membela Belut terbesar di Malaysia.
Walau apa pun jutaan terima kasih kepada pihak Kolej kerana sudi memberi bantuan segera dengan mengidupkan injin kuasa yang agak daif bunyinya bagi membantu para Bakal Haji yang belajar. Disini sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Kolej, Pensyarah dan Kakitangan Kolej . Minggu depan Kolej juga akan membesarkan Dewan Ceramah Haji kerana kepadatan orang yang menghadiri kursus . Bantuan Kolej Komuniti Rompin bagi keselesaan kami hanya Allah yang membalasnya……………. Amin.
Dengan perlantikan YAB DS Najib sebagai perdana menteri pada hari ini Politik di Parlimen Rompin akan turut berubah. ( ini adalah ramalan )
Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Maznah binti Mazlan menjadi Timblan Menteri, Ustaz Mohd. Safri ADUN Ibam menjadi EXCO kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Rompin adalah Mantan Menteri dan Ustaz Johari bin Hussain ADUN baru yang masih mencari arah perjuangan.
Apabila Hari ini DS Najib di Lantik sebagai Perdana Menteri ura-ura dan cakap-cakap orang-orang Ahli Parlimen Rompin YB. Dato’ Maznah Mazlan akan tersingkir dari jawatan Timbalan Menteri, YB Safriyang memegang EXCO Kerajaan Negeri Pahang seperti Telur di Hujung Tanduk.
Jika difikirkan, jika DS Najib ingin membuat perubahan dalam UMNO, beliau harus berfikir 100 kali diatas pengguguran Menteri dan perlantikan Menteri baru, beliau harus mencari dan berusaha untuk mendapat orang yang layak menjadi menteri. Jangan fikir lawan atau kawan. Dalam Politik UMNO kawan tak semensti kawan dan musuh tak semestinya dimusuhi. Penentu kecermerlangan UMNO sama-sama kita lihat siapa bakal dilantik sebagai Menteri oleh DS Najib.
Bagitu juga kedudukan Maznah binti Mazlan jika difikirkan dia juga berkedudukan dalam EXCO wanita Malaysia. Apakah perlu dia disingkirkan dari Timbalan Menteri. Jika difikirkan kedudukan menteri dari Pahang dirasakan sudah mencukupi. Apakah kedudukan Menteri Belia dan Sukan juga tergugat. Kita sama-sama lihat.
YB Ustaz Safri, adakah beliau juga tergugat. Dengan kedudukan dia sebagai EXCO kerajaan Negeri kenapa beliau tidak boleh dilantik sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia bagi membantu perjalanan Pemuda Negeri Pahang. Itu terletak kepada YB. KJ . Kalau difikirkan kedudukan Pemuda Pahang ketika ini dan perjuangan UMNO Ustaz Safri di rasakan KJ harus melantik dia salah seorang EXCO Pemuda Malaysia.
Rumusan Politik Parlimen Rompin, Maznah Mazlan dan Ustaz Safri di lampu Kuning sama ada lepas kuning ke merah atau hijau. Kalau hijau mereka harus bersyukur, kepercayaan DS Najib masih ada pada mereka, kalau merah, carilah kotak di kedai untuk mengisi kain baju untuk pulang kerumah sendiri.Nasib menentukan segala-galanya.
Apa-apa pun aku berharap agar muslimin dan muslimat Rompin
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCABUT ILMU DENGAN MENCABUTNYA SERTA MERTA DARI HAMBANYA TETAPI DIA MENCABUTNYA DENGAN MEMATIKAN ULAMA SEHINGGA TIADA LAGI ULAMA, MANUSIA MENGAMBIL ORANG BODOH(JAHIL AGAMA) MENJADI PEMIMPIN , LALU DITANYA KEPADA MEREKA , MEREKA MEMBERI FATWA TANPA ILMU , LALU MEREKA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN.(BUKHARI)