MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 5 April 2009

KURSUS HAJI BERSIRI 2009 DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN






























Hari ini 7hb. April 2009 sekali lagi aku menghadiri kursus haji bersiri di Kolej Komuniti Rompin. dah 4 minggu kursus. Kehadiran membanggakan hampir 300 orang dirasakan, dalam ramai-ramai yang menghadiri kursus 60 orang telah mendapat surat mengatakan yang mereka akan menunaikan haji pada tahun ini. Cerita kata yang membuat rayuan masih belum mendapat surat rayuan, termasuk aku dan isteri tersayang, entahlah semuanya terserah kepada Tuhan, kalau tak dapat tahun ini tahun depan ada lagi kalau dipanjangkan umur.

Ada seorang sahabat menyuruh guna orang tertentu untuk pergi tahun ini. Rasanya tak perlu kerana banyak masalah nanti.

Kursus hari ini berkenaan Wajib Haji dan haji yang perlu dibuat seperti Cara mengerjakan Haji Tamattu dan cara mengerjakan Haji Ifrat. Lebih kurang pukul 10.00pagi masalah penduduk Rompin Pantai berlaku, masalah ini sampai bila entahlah, Lampu letrik tiba-tiba padam. Itulah masalah penduduk Kuala Rompin. Kalau ditanya kepada Orang Berkenaan mereka akan kata masalah dekat Song Cheng, Kilang atau Ladang Membela Belut terbesar di Malaysia.

Walau apa pun jutaan terima kasih kepada pihak Kolej kerana sudi memberi bantuan segera dengan mengidupkan injin kuasa yang agak daif bunyinya bagi membantu para Bakal Haji yang belajar. Disini sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Kolej, Pensyarah dan Kakitangan Kolej . Minggu depan Kolej juga akan membesarkan Dewan Ceramah Haji kerana kepadatan orang yang menghadiri kursus . Bantuan Kolej Komuniti Rompin bagi keselesaan kami hanya Allah yang membalasnya……………. Amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan