MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 18 Mac 2009

ORANG MELAYU ROMPIN









Ahli Perlimen Rompin.










Timbalan Menteri Merangkap
ADUN Muadzam Shah





















ADUN TIOMAN





















Replika Ikan Layaran Di tengah Bandar Rompin














Jeti Bijih Timah Rompinco di Kampung Pantai Bernas.





Ketika aku datang ke Rompin sekitar tahun 1979, Bandar Rompin ketika itu di penuhi hutan kecil. Terdapat dua baris bangunan kedai, Lebih kurang 20 buah kedai. Satu Bangunan tiga tingkat Pentadbiran Daerah. Jalan ke Bukit Ibam masih lagi bertanah merah dan jalan ke Felda Selancar terpaksa melalui Mersing, Segamat dan masuk ke Selancar jika musim hujan. Jika musin kemarau terpaksa menyedut debu tanah merah lebih dari 120km untuk sampai ke Pekan Kecil ketika itu seperti Muadzam Shah, Bukit Ibam, Perantau Damai, Bandar Tun Razak, Bandar Melati, Bandar Chanis, Bandar Cenderawasih dan Perwira Jaya. Salah satu Bandar yang tidak muncul hingga sekarang ialah Bandar Pakoti Timur dan Bandar 2, ke dua-dua Bandar ini telah dipenuhi Kelapa Sawit dan terdapat jalan berturap didalam kelapa sawit dimana jalan-jalan tersebut telah dibangunkan oleh DARA satu ketika dulu.

Berbalik kita ke Bandar Rompin, Ketika itu terdapat hampir separuh dari kedai-kedai tersebut milik orang melayu. Bandar Lama Kuala Rompin yang mempunyai lebih daripada 50 buah kedai papan yang beroperasi berhampiran Kuala Sungai Rompin masih aktif malah terkenal seluruh dunia dengan Hotel kedai papan yang murah. Ramai Pelancung luar Negara menginap di Kuala Rompin sebelum ke Mersing untuk melancung ke Pulau Tioman.

Syarikat Inggeris yang bernama Rompinco yang mengambil bijih dan segala khazanah hutan di Bukit Ibam membuat Jalan Keretapi dari Ibam ke Kampung Lanjut untuk dibawa balik ke Negara mereka melalui sungai Rompin telah memajukan Bandar Lama Rompin seketika. Apabila muncul Bandar Baru Rompin dan penutupan Rompinco Bandar Lama Rompin mulai using. Bagi anda yang pernah datang ke Rompin dan pernah makan roti canai di Bandar Lama Rompin, kedai ini masih beroperasi dengan megah walaupun bangunannya tunggu masa untuk rebah ke bumi. Nama kedai tersebut “ Kedai Usop Bandar Lama “.

Kini Bandar Rompin pesat membangun, ketika aku membeli rumah pada tahun 1989, Taman yang pertama dalam Bandar Rompin dan ketika itu dipinggir Bandar, kini telah berubah, rumah yang dibeli pada tahun 1989,masa kini berada ditengah Bandar dan menempuh kesebukan Bandar kecil ini.

Taman Perumahan di Bandar ini sehingga kini terdapat 18 buah Taman Perumahan. Ada 15 hingga 20 buah Taman dalam Proses kelulusan dari Majlis Kerajaan Tempatan. Taman Peumahan bertaraf Banglow saja akan muncul dalam 3 buah Taman lagi dan telah diduduki 1 Taman.

Penghijrahan Masyarakat dari Kedah, Kelantan dan laim-lain telah merancakkan lagi kepadatan dan kemajuan Bandar Rompin. Orang melayu Kedah di samping datang sebagai Peneroka atau Pekerja di Ladang Sawit FELDA, mereka juga datang membuka tanah paya untuk dijadikan sawah. Orang Kelatan dan Terangganu datang sebagai Nelayan dan berniaga. Orang Cina terutama dari Pulau Ketam, datang sebagai taukeh Laut Dalam dan Berniaga.

Dalam pembangunan pesat Rompin, Pahang. Kecacatan terus belaku dikalangan Orang Melayu Rompin . Tanah Rompin terutama dari Sungai Rompin ke Simpang ke Rancangan Felda Selendang, melambung harga, disini penjualan tanah berlaku bagitu ketara sekali, pergaduhan sesama melayu berlaku dimana-mana kedai kopi. Broker yang menjual tanah tersebut orang melayu. Beberapa sebab yang berlaku seperti.

1. Broker ramai yang hendak menjual tanah. Kadang-kadang 10 orang yang nak dijual Cuma 2 ekar.

2. Broker lebih mahal dari tuan tanah perolehi.

3. Broker berebut-rebut untuk menjual tanah kadang-kadang Tuan tanah menjadi mangsa ugutan broker.

Terdetik juga hati ini ketika mula datang dulu di Rompin kecoh dengan broker Balak kini sebok dengan broker tanah yang kaya dan yang menguasai ekonomi di Rompin orang lain. Dimana orang Kaya Melayu. Dimana Kontraktor Melayu. Adakah mereka merasa lebih mudah berpusu-pusu mengejar tender kerajaan saja. Dimana kedai barang melayu yang maju di Rompin, Sehingga 2009 orang melayu masih aktif dengan menenggek di tepi kedai sebagai peniaga warong. Cuma tinggal 11 tahun lagi wawasan 2020 akan tiba. Orang Melayu di takok lama.

Dimana Pejuang, pembela dan pemimpin melayu Rompin, sampai bila kesedaran orang melayu nak diubah. Kalau tak jadi Broker di kedai kopi, orang melayu akan berbahas politik tanpa pengadil di kedai kopi. Apa nak jadi

“ AKU PUN ORANG MELAYU “



3 ulasan:

  1. salam ukhuwah. semoga Allah memberkati anda...

    BalasPadam
  2. emm, saya orang rompin yg berada di KL

    BalasPadam
  3. emm, saya orang rompin yg berada di KL. Semoga Rompin dan seluruh penghuninya di rahmati Allah swt. http://melatiwangi.blogspot.com

    BalasPadam