MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 19 Mac 2009

ORANG ASLI DIDAERAH ROMPIN

Gambar dibawah menunjukan Kilang memproses Kayu Gaharu di RPS Kedaik, Rompin, Pahang.







Penjual Kayu Gaharu sedang berbincang harga dan gred kayu yang dijual.









Kilang memproses Kayu Gaharu di RPS Kedaik ( OA )









Pandangan dalam kilang dimana proses pemerahan minyak sedang dijalankan









Saudara Mat sedang meneliti minyak yang sedang keluar.









Kaum Orang Asli di Rompin kedua paling ramai di Daerah Rompin, dijangkakan menjelang tahun 2015 mereka akan menjadi penduduk ke tiga paling ramai di Rompin kerana penghijrahan Kaum Cina dari Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah Ke Daerah Rompin bagitu ketara sekali.
Kaum Asli ini bagi diri aku lebih manis di Panggil Kaum Orang Melayu Asli ( Jangan marah, sila rujuk sejarah Orang Asli ). Masyarakat Orang Melayu Asli ini terdiri dari 2 katogeri pembangunan diri mereka.
1. Mereka ingin perubahan, dengan memasuki RPS.
2. Mereka ingin mempertahankan adat resam cara lama dan enggan berpindah.
Kali ini aku ingin menceritakan kehidupan kawan aku dikalangan Orang Melayu Asli yang lama tidak bertemu lebih dari setahun . Cerita aku ini tidak menyokong mana-mana parti dan tidak menentang mana-mana parti ini kenyataan yang harus diceritakan demi kemajuan masyarakat Bumiputera atau melayu.
Hari Rabu yang lalu aku menziarahi sahabat lama di Rancangan Penempatan Semula Orang Melayu Asli di Kedaik, Rompin. Betapa kagumnya aku dengan asset yang mereka ada dibank dan dapat membina kilang Kayu Gaharu. Kata Kawan aku jasa harus dikenang oleh mereka sekampung kepada Ahli Parlimen Rompin hingga keakhir hayat kerana dapat membawa dan mendirikan sebuah kilang memproses minyak kayu gaharu di perkampungan Orang Melayu Asli. Itu cerita mereka, tetapi kekaguman terhadap Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Pihak Pengurusan Kilang memproses minyak kayu gaharu seratus peratus Orang Asli. ( Aset dalam Bank dia tidak benarkan masuk dalam blog ini maaflah ). Kalau di bandingkan dengan koperasi yang ada dalam daerah Rompin, rasanya dialah yang paling teratas.
Dari ceritanya, dalam sebulan kilang Minyak Kayu Gaharu paling kurang dapat memproses
2,000 tan kayu gaharu. Cuba bayangkan.
Kayu-kayu ini dibeli diseluruh Malaysia, terutama di Perak, Kelantan, Terangganu dan Pahang sendiri. Agen-agen telah dilantik. Tetapi masalah yang dihadapi samalah dengan masyarakat Melayu sendiri seperti Peneroka FELDA yang menjual kepada orang tengah tanpa memikirkan kerugian dari segi timbang dan nilai, asalkan duit segera dan didepan rumah jual beli, tanpa menggredkan benda yang dijual. Kayu gaharu yang bernilai tinggi dengan gred A, harganya tidak kurang dari RM10,000.00 sekilo.
Kilang ini tidak pernah bertemu dengan jenis ini kerana pencari Kayu gaharu akan terpedaya dengan orang tengah yang datang di depan tangga.

Berbalik kepada sahabat saya di RPS Kedaik, Rompin. Jika difikirkan wawasan mereka dan tahun 2020 mereka lebih maju didepan untuk menghadapi zaman itu. Bukan sekadar mengandalikan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dengan baik dan tersusun, mereka juga mampu mengendalikan pengangkutan anak ke Sekolah dengan Bas berhawa dingin, Mereka juga dapat menyusun sistem gaji bulanan kepada penduduk RPS dengan hasil sawit 6 ekar seorang yang disediakan oleh FELCRA


“ APA APA PUN AKU TETAP BERBANGGA , KEJAYAAN MEREKA ADALAH KEJAYAAN BANGSA MELAYU, WAJAH MEREKA, CARA HIDUP MEREKA, ADAT RESAM MEREKA MASIH LAGI BERCIRIKAN ORANG MELAYU ASLI WALAUPUN SEBAHAGIAN KECIL DIPENGARUHI BUDAYA BANGSA LAIN DALAM MALAYSIA “.

3 ulasan:

  1. salam,
    Tok nih orang asli, kerana tok bukanya orang plastik.

    maaf bergurau jer.

    BalasPadam
  2. Tahniah orang Melayu Asli Rompin.

    BalasPadam