MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 2 Mac 2009

Ahli Parlimen Rompin
salah seorang yang akan mempertahankan Jawatan
dalam Pemilihan MT UMNO.
( Lu fikirlah sendiri )

Ketika aku berada di Tingkatan Lima, seorang guru sains , bernama Ibrahim ketika memarahi pelajar, 100% Bangsa melayu, ketika itu menjadi ingauan aku hingga ke hari ini apabila aku melihat bangsaku ketika ini.
Disini aku ingin doakan semuga dia berada didalam keadaan sihat, sejahtera, dan diberi keimanan yang jitu bagi menghadapi hari tua. Jika dia telah meninggal dunia, aku mendoakan agar dia berada bersama-sama orang-orang yang beriman dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh AMin!!!.
Jika dia masih hidup dan sihat mungkin ketika ini dia berada di Batu 13, Jalan Changlon, Jitra Kedah ( Kampung Asalnya ).
Balik semula cerita kemarahan Guru yang bernama Ibarahim kepada anak muridnya termasuk aku. Ayat yang masih dalam ingatan aku sehingga ke hari ini “ Engkau orang kalau tak belajar betul-betul, engkau semua akan menggantikan kerja-kerja yang dibuat oleh bangsa lain ketika ini, seperti mencuci jalan, mengangkat Najis, membuat jalan dan hamba pada bangsa lain “. Ayat ini aku dengar lebih 30 tahun lalu.
Tamat pengajian aku ditawarkan Jawatan dalam Perkhidmatan Awam dan mula bertugas di Bandar Raya Pulau Pinang.Menyelia, merancang dan membangunkan kerja yang diamanahkan dikawasan Telok Bahang, Batu Peringgi, Tanjung Tokong dan Botanical Garden. Ketika itu aku masih belum terasa apa yang dikatakan oleh Chegu Ibrahim, kerana dalam pekerjaan yang dilakukan aku menghadapi dan melihat 76 orang pekerja berketurunan India , seorang berketurunan Tionghua dan 2 orang berketurunan Melayu.
Setahun ke setahun perubahan demi perubahan berlaku, manusia memang lupa dan alpa, dalam pekerjaan yang aku ceburi menampakan kejatuhan Bangsa Melayu yang mereka sendiri lakukan. Ketagihan Dadah Orang Melayu menjadi Juara, Pengidap HIV/AIDS orang melayu menjadi Juara, Mat rempit orang melayu menjadi Juara, Lepak melepak orang melayu menjuarainya. Menyapu Jalan di Bandar Orang Melayu telah mengambil alih, Membuat Jalan orang Melayu menjadi Pekerja Am, orang melayu menjaga bendera mengawal laluan kenderaan, Orang Melayu menjadi kuli di kedai-kedai Barang runcit, kain, dan sebagainya. Orang melayu merengek memohon pekerjaan kepada satu ketika dulu bangsa ini lah yang membuat kerja-kerja ini.

“ ADAKAH ORANG MELAYU TELAH BERJAYA “

Pada tahun 2009, kenyataan Guru yang bernama Ibrahim anak Kedah menjadi kenyataan. Terima kasih Guru kesayanganku yang bernama Ibarahim menyedarkan aku.

Disini aku ingin tahu adakah nasib orang melayu jadi bagini kerana “ Politik “ atau “Kemalasan mereka “. Dari setahu aku Orang Melayu berlaku bagini kerana sikap TAK APA, demi mempertabatkan dan mengekalkan Politik ditangan pihak tertentu orang melayu jangan diberi ekonomi diri yang berlebihan cukup untuk kais pagi makan tengah hari, kais tengah hari makan malam. Orang Melayu tidak akan melawan Taukeh. Kalau kita fikirkan Pemimpin Negara orang Apa? , Agensi Kerajaan Orang Apa ?, Penggubal Dasar Orang Apa ?, Sebagai contoh di Rompin perniagaan runcit hanya sebuah kedai yang agak maju tetapi tidak boleh menandingi kedai runcit bangsa lain, itu pun dibawah telunjuk orang lain. Bantuan, Pinjaman Bank ya Allah susah nak dapat.

Disini, cuba sama-sama kita berbincang, berkerja, membantu dan mengolah kembali kedudukan Bangsa yang diberi nama melayu untuk kearah CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Bila kita dicabar barulah kita melompat walau pun lompatan itu lompatan maut. Orang marah kita marah, Orang tengking kita mulalah ajak berbincang, nasihat kita jangan heboh dalam perbincangan nanti aku bagi orang tidak tahu. Marah kita marah berkepentingan, serang kita serang berkepentingan, bermusuh kita musuh berkepentingan.



HARAPAN

Hanya satu harapan yang ada untuk membela Banga Melayu kearah kemantapan ekonomi, Orang melayu ketika ini kena bermula dari A semula, jika tidak wawasan memertabatkan orang melayu kearah ekonomi cemerlang tidak mampu Berjaya. Kembalikan FELDA dan FELCRA ke dasar asal Penubuhan, FAMA dan lain-lain badan berkanun diperluaskan skopnya sebagai pengimpot, pembekal,pengedar dan lain-lain supaya kenaikan harga dapat dikawal.Anak melayu yang ingin menceburkan diri dalam berbagai bidang perniagaan tidak ditindas. Melayu bukan tak boleh maju, setiap kali nak bangun di luku jatuh semula.

Apa apa pun hanya satu yang kita harapkan sejarah PRU12 sentiasa dihati kita, barulah perubahan ketara dapat dilihat. Atau bendera PAS Berkibar Megah di TV1 atau TV3.
Insyaallah semuanya ditangan nya.

Untuk Renungan........................................

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik. copy dan paste dari Mantan Mufti Perlis

1 ulasan:

  1. Kupasan menarik.

    Saya linkkan blog tuan ke http://saudarabaharu.blogspot.com/

    BalasPadam