MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 11 Mei 2009

NIZAR KEMBALI KE KERUSI MB PERAK






Mahkamah telah memutuskan YB. Nizar adalah Menteri Besar yang sah bagi mengetuai kerajaan Negeri Perak. Kemenagan ini satu petanda sama ada Perak akan berkocak terus atau kembali tenang. Jika berlaku atau kehendak tuhan Perak akan berkocak, Peperangan akan terus berlaku.

1. 3 orang ADUN yang lompat parti telah diistiharkan kosong dengan ini mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan Negeri.

2. YB. Zamri dan beberapa orang lagi ADUN UMNO/Barisan Nasional telah digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.

Apakah mereka ini akan mematuhi apa yang telah ditetapkan. Kekacauan akan terus berlaku. Kepada yang Berjaya diharap agar muhasabah diri, rendah diri dan bersandarlah kepada ketentuan Ilahi.

Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".

Rabaii Muawiz telah menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda Sesiapa pemerintah yang memerintah rakyat muslimin lalu mati dalam keadaan menipu mereka itu balasannya tidak lain melainkan Allah mengharamkan bau Syurga .

Berfikirlah dengan waras kembalikanlah kuasa kepada rakyat, kerana kuasa terakhir adalah rakyat bagi sistem yang adalah dalam Malaysia masa kini.

Dalam keadaan bagini pentadbiran bersama atau meneruskan pemerintahan yang sedia ada tidak lagi sesuai. Kerana rakyat inginkan kuasa mereka. Setelah kuasa Rakyat menentukan nya kelak, jika ada lagi yang buat keranah itu baru kita panggil mereka Sistem Rimba.


Sebagai Sebuah kerajaan yang membentuk " RAKYAT YANG DIUTAMAKAN " kenapa perlu membuat rayuan diatas keputusan mahkamah. Ini akan membuat Rakyat tertanya-tanya dimana rakyat diutamakan. Lebih sesuai kembalikan kuasa pada rakyat.




Jumaat, 8 Mei 2009

DUN PERAK PATUT DIBUBARKAN




Sedih rasanya jika kita melihat sejarah politik di Malaysia, akibat politik yang tidak bertamadun cubalah fikirkan untuk rakyat jangan fikirkan tentang kuasa atau kepentingan lain. Setelah direnung dan difikirkan kejadian bermula dari 3 ADUN yang ingin berhijrah ke parti lain. Punca hijrah mereka bertiga kita jangan bincangkan, kalau kita bincangkan punahlah harpan rakyat. Mereka bertiga bukan masuk UMNO atau MCA, mereka adalah calun bebas. Apa kata kalau mereka kekurangan sesuatu mereka ini akan berhijrah lagi. kerena mereka bertiga ini tidak boleh dipercayai. Hanya satu harapan rakyat. Cadanga MB. Nizar memang tepat bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya kecil. Rakyat boleh menentukan kehendak mereka seperti harapan Perdana Menteri kita Rakyat di utamakan. inilah masanya.
Kembalikan kuasa rakyat menentukan siapa yang akan memerintah Perak, jangan buat tak tentu hala. malu kepada dunia

Rabu, 6 Mei 2009


TANIAH YB JJ DILANTIK SEBAGAI DUTA KE AMERIKA

YANG NAK TANYA DAN TANIAH SIKIT SAJA

TANIAH DULU LAH

TANIAH KEPADA SEMUA AJK BAHAGIAN ROMPIN, YANG MENANG PAKAI KAPAL.

TANIAH KEPADA KONTREKTOR YANG MENGhARAPKAN …………………………

TANIAH KEPADA YANG MENGGELABAH

TANIAH KEPADA YANG MENANGIS TAK BERLAGU

TANIAH KEPADA YANG KUAT MENGAMPU,MENIPU

NAK TANYA SIKIT

PRK ROMPIN BILA NAK DIADAKAN

RAKYAT DIUTAMAKAN, PERLU PRK

TAPI SEDIH JUGA JIKA PRK DI ROMPIN

SIKAP DAN PERANGAI DI TAKOK LAMA

TAK NAK PERUBAHAN BERSAMA MU

KEDAH, P.PINANG, SELANGOR DAN KELANTAN

BUANG YANG LAMA AMBIL YANG BARU

CUMA PERAK YANG MASIH BECELARU

BEBULU AKU




Khamis, 30 April 2009

APAKAH PERUBAHAN MUKRIZ DI PENANTI



Percaya atau tidak YB. Mukriz Ketua Pemuda UMNO yang kalah akan membuat perubahan besar dalam cara berkempen UMNO di DUN Penanti adakah perubahan itu mengikut cita rasa UMNO atau sebaliknya. Jika mengikut cara PAS berkempen, sampaikan salam kepada UMNO, bersihkan tahi yang lalu sebelum memulakan emas yang hendak ditaburkan. Mampukah UMNO mengubah tradisi pekerja UMNO dalam beberapa isu pekerja pilihanraya.

1. Membayar gaji pekerja pilihanraya dengan tersusun tanpa melalui orang tengah yang pelehap.

2. Mampukah Mukriz menghapuskan sikap Jawatankuasa Peti Undi yang tidak amanah.

3. Mampukah Mukriz melaburkan wang kepada pekerja tanpa memikirkan pengundi dan kesalahan dalam akta pilihanraya.

4. Mampukah Mukriz menghapuskan sifat berkerja untuk bodek Bos dalam Kempen Pilihanraya.

5. Mampukah Mukriz menghapuskan pekerja pilihanraya berkepentingan.

6. Mampukah Mukriz membuang karpet merah

7. Mampukah Mukriz menghapuskan projek mee segera.

Banyak lagi perkara yang perlu dicatit tetapi dirasakan tidak perlu dicatit memandangkan perubahan ini ibarat cakap tak serupa bikin, hanya satu kemungkinan berlaku rasuah kepada pengundi akan terus berlaku. Kepada pengundi ini pesanan “Orang bagi kita ambil, tetapi pengundi harus berfikir dengan matang”.

Pemikiran rakyat sekarang bukanlah seperti dahulu, Ayat yang pernah didengar dahlu “ kalau tak undi BN susah kita hidup nanti”. Dengan kemewahan pemimpin masuk kampong, dengan cerita pemimpin berbagai kerenah, dengan ego pemimpin, dengan sekatan-sekatan rakyat untuk berjumpa pemimpin, semasa berkempen pintu pejabat sentiasa terbuka, bila dah memimpin kena buat temujanji, apa masalah nak jumpa dia, kenapa nak jumpa dia.

Perkara-perkara ini adakah boleh diubah dalam masa sebulan? .entahlah.

“ PENGUNDI PENANTI SATU HARAPAN YANG DIPINTA TEPUK DADA TANYA SELERA”













Isnin, 27 April 2009

MUNGKIN PKR BERPUTIH MATA DI PENANTI





DUN Penanti adalah pilihanraya yang menggamit DSA berfikir 100 kali untuk meletakan Calun PKR, dengan perletakan calun PKR kemungkinan besar BN akan merampas Penanti. Dengan sikap dan cara kerja PKR adalah sama cara kerja UMNO. Diakui jika PKR Calunkan ahlinya, pekerja-pekrja PAS terpaksa berkerja keras untuk memujuk ahlinya keluar mengundi, apa akan berlaku kepada pengundi yang mengundi PAS tetapi bukan ahli PAS, siapa akan pergi merayu. Penanti adalah satu DUN yang akan menunjukan jumlah pengundi yang keluar mengundi terendah dalam pilihanraya kecil ( ramalan ). Sokongan kepada PKR tidak sehebat dahulu. Kekecewaan Rakyat kepada UMNO/BN mula menyerap kedalam PKR. Rakyat mulai sedar, rakyat mulai faham arah tuju PKR dan UMNO/BN hampir sama.

Peluang UMNO amat cerah di Penanti . Ahli PAS yang kecewa dengan kerja-kerja pilihanraya bersama Pakatan Rakyat mulai terasa. Rungutan bukan saja di Bukit Selambau, tetapi menjelajah ketidak kepuasan hati hingga ke Pahang. Ahli PAS berkerja disana disini, panjat tiang, panjat pokok yang lain Cuma duduk di markas atau bilik peti undi berbual dan makan.

DSA harus fikirkan kemenangan Pakatan Rakyat bukan kemenangan Parti DSA, jika rakyat tidak mahu DSA harus terima demi permintaan Rakyat. Mulai tarikh pembubaran DUN penanti PKR harus membuat satu perubahan besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Biarlah Penanti diserahkan kepada saudara sekapal dari berpindah ke kapal lain.

Buatlah perubahan dalam PKR jika nak membela rakyat. Sebelum rakyat membuat perubahan. Satu ketika dulu saya pernah menulis jika PAS tidak memujuk ahlinya keluar mengundi di Bukit Selambau, kemungkinan besar BN akan menang. Berapa undi melayu Pakatan Rakyat perolehi di Bukit Selambu. Di Penanti lain, Calunnya bukan DSA sendiri, kalau DSA sendiri mungkin menang, takkan DSA nak jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tak tau lah kalau dah teringin sangat. Kalau Calun PKR lain harus BN akan merampas DUN Penanti.

DSA harus berfikir lebih tenang, kejayaan Pakatan Rakyat akan kekal jika Calun tersebut dari Parti Islam SeMalaysia.

Jika masih berdegil kejayaan UNMO/BN di ambang pintu. Tetapi jumlah keluar mengundi akan berkurangan, ahli-ahli PAS yang sudah serik dan letih akan mendiamkan diri di hari mengundi. Perayu undi pun jauh lebih kecil dari Bukit Selambau.

Kejayaan untuk BN/UMNO di Penanti kini mulai mengintai dijendela. Jika Calun dari Pakatan Rakyat kempennya tidaklah teruk sangat. Jika calunnya PAS, UMNO/BN harus berkerja keras lipat gandakan usaha.

“ KEJAYAAN UMNO/BN DIAMBANG JENDELA, JIKA SALAH PERHITUNGAN PAKATAN RAKYAT ANDA BOLEH BERPUTIH MATA,”