MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 5 Mac 2009

CUTI SEKOLAH BERKUNJUNGLAH KE ROMPIN, PAHANG

Persimpangan Leban Condong
Gerai di Pantai Hiburan, Rompin

Gerai di Pantai Hiburan Rompin


Enak dan Lazat Makanan di Pantai Hiburan



Keindahan di Pulau Tioman
( Kampung Juara )
Datanglah ke Rompin di musim cuti sekolah yang akan bermula pada 14hb. Mac 2009.
Udang Galah segar, Percutian di Pantai Rompin, Chalet yang menunggu anda tidak melebihi RM80.00 sebuah. Bermalam di Taman Negeri Rompin/Endau. Menaiki Feri jam 9.00pagi di Tanjung Gemok setiap hari Tambang RM35.00 seorang, perjalanan ke Pulau Tioman lebih kurang 1 jam lebih. Memancing di Penginapan Kelong. Memancing Udang Galah di Rumah Rakit Kg. Sabak Feri. Bermalam di PN Chalet ( ditengah sawah di tepi pantai ).





Selasa, 3 Mac 2009


TAHNIAH... Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (duduk, dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah yang dilantik semula selepas majlis mengangkat sumpah dan pelantikan Exco berkenaan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit hari ini. Kesemua sembilan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada 11 Mac ini dilantik semula dengan beberapa rombakan dalam portfolio exco.

Isnin, 2 Mac 2009

Ahli Parlimen Rompin
salah seorang yang akan mempertahankan Jawatan
dalam Pemilihan MT UMNO.
( Lu fikirlah sendiri )

Ketika aku berada di Tingkatan Lima, seorang guru sains , bernama Ibrahim ketika memarahi pelajar, 100% Bangsa melayu, ketika itu menjadi ingauan aku hingga ke hari ini apabila aku melihat bangsaku ketika ini.
Disini aku ingin doakan semuga dia berada didalam keadaan sihat, sejahtera, dan diberi keimanan yang jitu bagi menghadapi hari tua. Jika dia telah meninggal dunia, aku mendoakan agar dia berada bersama-sama orang-orang yang beriman dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh AMin!!!.
Jika dia masih hidup dan sihat mungkin ketika ini dia berada di Batu 13, Jalan Changlon, Jitra Kedah ( Kampung Asalnya ).
Balik semula cerita kemarahan Guru yang bernama Ibarahim kepada anak muridnya termasuk aku. Ayat yang masih dalam ingatan aku sehingga ke hari ini “ Engkau orang kalau tak belajar betul-betul, engkau semua akan menggantikan kerja-kerja yang dibuat oleh bangsa lain ketika ini, seperti mencuci jalan, mengangkat Najis, membuat jalan dan hamba pada bangsa lain “. Ayat ini aku dengar lebih 30 tahun lalu.
Tamat pengajian aku ditawarkan Jawatan dalam Perkhidmatan Awam dan mula bertugas di Bandar Raya Pulau Pinang.Menyelia, merancang dan membangunkan kerja yang diamanahkan dikawasan Telok Bahang, Batu Peringgi, Tanjung Tokong dan Botanical Garden. Ketika itu aku masih belum terasa apa yang dikatakan oleh Chegu Ibrahim, kerana dalam pekerjaan yang dilakukan aku menghadapi dan melihat 76 orang pekerja berketurunan India , seorang berketurunan Tionghua dan 2 orang berketurunan Melayu.
Setahun ke setahun perubahan demi perubahan berlaku, manusia memang lupa dan alpa, dalam pekerjaan yang aku ceburi menampakan kejatuhan Bangsa Melayu yang mereka sendiri lakukan. Ketagihan Dadah Orang Melayu menjadi Juara, Pengidap HIV/AIDS orang melayu menjadi Juara, Mat rempit orang melayu menjadi Juara, Lepak melepak orang melayu menjuarainya. Menyapu Jalan di Bandar Orang Melayu telah mengambil alih, Membuat Jalan orang Melayu menjadi Pekerja Am, orang melayu menjaga bendera mengawal laluan kenderaan, Orang Melayu menjadi kuli di kedai-kedai Barang runcit, kain, dan sebagainya. Orang melayu merengek memohon pekerjaan kepada satu ketika dulu bangsa ini lah yang membuat kerja-kerja ini.

“ ADAKAH ORANG MELAYU TELAH BERJAYA “

Pada tahun 2009, kenyataan Guru yang bernama Ibrahim anak Kedah menjadi kenyataan. Terima kasih Guru kesayanganku yang bernama Ibarahim menyedarkan aku.

Disini aku ingin tahu adakah nasib orang melayu jadi bagini kerana “ Politik “ atau “Kemalasan mereka “. Dari setahu aku Orang Melayu berlaku bagini kerana sikap TAK APA, demi mempertabatkan dan mengekalkan Politik ditangan pihak tertentu orang melayu jangan diberi ekonomi diri yang berlebihan cukup untuk kais pagi makan tengah hari, kais tengah hari makan malam. Orang Melayu tidak akan melawan Taukeh. Kalau kita fikirkan Pemimpin Negara orang Apa? , Agensi Kerajaan Orang Apa ?, Penggubal Dasar Orang Apa ?, Sebagai contoh di Rompin perniagaan runcit hanya sebuah kedai yang agak maju tetapi tidak boleh menandingi kedai runcit bangsa lain, itu pun dibawah telunjuk orang lain. Bantuan, Pinjaman Bank ya Allah susah nak dapat.

Disini, cuba sama-sama kita berbincang, berkerja, membantu dan mengolah kembali kedudukan Bangsa yang diberi nama melayu untuk kearah CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Bila kita dicabar barulah kita melompat walau pun lompatan itu lompatan maut. Orang marah kita marah, Orang tengking kita mulalah ajak berbincang, nasihat kita jangan heboh dalam perbincangan nanti aku bagi orang tidak tahu. Marah kita marah berkepentingan, serang kita serang berkepentingan, bermusuh kita musuh berkepentingan.



HARAPAN

Hanya satu harapan yang ada untuk membela Banga Melayu kearah kemantapan ekonomi, Orang melayu ketika ini kena bermula dari A semula, jika tidak wawasan memertabatkan orang melayu kearah ekonomi cemerlang tidak mampu Berjaya. Kembalikan FELDA dan FELCRA ke dasar asal Penubuhan, FAMA dan lain-lain badan berkanun diperluaskan skopnya sebagai pengimpot, pembekal,pengedar dan lain-lain supaya kenaikan harga dapat dikawal.Anak melayu yang ingin menceburkan diri dalam berbagai bidang perniagaan tidak ditindas. Melayu bukan tak boleh maju, setiap kali nak bangun di luku jatuh semula.

Apa apa pun hanya satu yang kita harapkan sejarah PRU12 sentiasa dihati kita, barulah perubahan ketara dapat dilihat. Atau bendera PAS Berkibar Megah di TV1 atau TV3.
Insyaallah semuanya ditangan nya.

Untuk Renungan........................................

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik. copy dan paste dari Mantan Mufti Perlis

Khamis, 26 Februari 2009

Senarai nama calon pemilihan Umno berdasarkan cabutan nombor




Layarilah laman web dibawah kalau nak tahu pemimpin era perubahan, era DS Najib. Kata Nabil Juara Raja Lawak 2 " Lu Fikirlah Sendiri "


MARI KITA FIKIR DAN SAMA-SAMA MEMIKIR




Hari ini aku copy dan paste dari bloger yang aku rasa boleh diperbincangkan bersama.
Pagi tadi di radio IKIM FM, sewaktu menjawab soalan salah seorang pemanggil, Prof Aziz Bari menyatakan dengan jelas bahawa tiada "PERUNTUKAN UNDANG UNDANG" yang dapat menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak.Beliau turut menjelaskan bahawa tiada kuasa yang diberikan kepada sultan untuk memecat MB sekalipun sultan mempunyai kuasa untuk memecat Exco dengan NASIHAT MENTERI BESAR.Prof Aziz walaubagaimanapun menghuraikan bahawa kuasa melantik dan memecat Exco terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar tetapi sultan mempunyai kuasa memecat sekiranya dinasihati oleh Menteri Besar.
Dengan kata kata lain sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja.Ini juga bermakna sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang orang selain menteri besar dalam menjalankan kuasanya.
Persoalan ini membawa kepada satu kefahaman yang terang dan jelas kepada semua rakyat ia itu pemecatan MB Perak oleh sultan Perak tidak sah dan perlantikan MB baru beserta barisan Exconya menjadi haram dari sudut perundangan dan perlembagaan negara.Tidak ada keraguan mengenai perkara ini dan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berpaksikan perlembagaan, seharusnya semua pihak terutama kerajaan persekutuan yang menguruskan negara mematuhi keperluan perlembagaan ini dalam menentukan apa jua perkara yang berkaitan urustadbir negara atau negeri.Begitu juga sultan, seharusnya melihat kedudukan baginda dalam perlembagaan negeri dan negara sebelum mengeluarkan apa apa titah.Sultan seharusnya menerima hakikat bahawa kuasa mutlak sudah lama berlalu, sebaliknya harus memahami kedudukan baginda dalam sistem raja berpelembagaan.
Hal ini menjurus kepada kefahaman bahawa seseorang yang menolak titah sultan yang tidak mengikut lunas lunas undang undang dan perlembagaan tidak harus dianggap penderhaka seperti laksamana Hang Jebat atau Laksamana Bentan.Raja adalah kebal dari undang undang negara tetapi tidak kebal kepada perlembagaan negara selain tidak juga kebal dalam hal hal peribadi kerana boleh dibicarakan dalam mahkamah Khas.Bermakna seorang sultan yang bertindak melampaui batas batas perlembagaan tidak seharusnya ditaati lagi atau dengan kata kata lain, perlembagaan negara memberi laluan kepada setiap rakyat untuk mengengkari titah yang tidak menurut perlembagaan dan ianya tidak dianggap derhaka dari penafsiran perlembagaan.
Perkara inilah yang sedang dipertahankan oleh Ir.Nizar dan beliau mendapat sokongan dari seluruh kepimpinan PR serta sebahagian besar rakyat jelata.Kini Ir Nizar menuntut haknya yang telah dirampas dengan kejam oleh sultan dan barisan kepimpinan tertinggi negara.Perkara inilah yang seharusnya disedari terutama oleh pengamal undang undang yang diberi mandat dan kuasa seperti peguam negara dan menteri yang bertanggungjawab menjaga undang undang.
Agak pelik bilamana peguam negara membisu dan menteri terbabit menghilangkan diri dalam krisis Perak ini. Merekalah sepatutnya menjadi juara dalam mempertahankan kebenaran dan menegakkan keadilan di bumi Perak di mana mandat demokrasi rakyat telah dirampas secara haram oleh UMNO/BN.
Prof Aziz Bari turut menyarankan kematangan orang orang politik dalam menyelesaikan krisis yang tidak boleh ditangani oleh mana mana peruntukan undang undang ini.Tindakan mengunci,menghalau dan mengherdik menurut Prof Aziz tidak bijak dan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Dan kalau ditambah lagi segala kekasaran yang berlaku di kuala Kangsar tempoh hari boleh dielak seandainya rampasan kuasa ini dilakukan mengikut lunas lunas perlembagaan.
Sepatutnya mengikut Prof Aziz, kemelut yang berpunca dari lompat itu diselesaikan dengan cara menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan mandat baru.Pun begitu Prof Aziz ada menyebut bahawa tindakan mengambilalih secara haram sebegini tidak akan terlepas dari pengadilan rakyat.Mungkin kerajaan yang dibentuk secara haram boleh bertahan selama empat tahun dan selepas itu mereka terpaksa berdepan dengan rakyat.Oleh itu adalah bijak dan matang bagi semua pemimpin politik mengambil jalan mengutamakan rakyat dalam memastikan mandat memerintah.
Perkara ini sepatutnya diambil kira oleh pendokong kerajaan persekutan.PM,TPM dan seluruh jentera kerajaan persekutuan yang menjadi payung kepada seluruh negeri seharusnya menyedari dan mengutamakan mandat rakyat dalam apa jua penyelesaian kepada sebarang krisis.
Inilah sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang baik dan prihatin,Namun kerajaan yang baik itu tidak ada di negara kita.Sebaliknya kerajaan inilah yang memulakan semua krisis ini dan kerajaan inilah yang menggunakan sultan sebagai alat untuk mendapatkan kuasa secara haram dan tidak dibenarkan oleh perlembagaan.Kerajaan ini jugalah yang menggunakan istilah derhaka kepada orang orang yang menuntut hak yang diberi oleh perlembagaan, malah ada menteri kerajaan yang menggugut menggunakan ISA terhadap mereka yang memperjuangkan perlembagaan.Apa jenis kerajaan seperti ini?
Apa yang berlaku seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi oleh daun kelapa dan sesungguhnya cukup terang tanpa bersuluh lagi namum masih ada penggerak kerajaan yang mahu mempertahankan tidakan kejam dan haram ini dengan menggunakan alasan mematuhi titah sultan sedangkan mereka semua tahu titah sultan itu dimanupulasikan serta tidak mengikuti kehendak perlembagaan.
Krisis perlembagaan ini mungkin akan berlarutan sehingga satu saat di mana rakyat merasakan kehadiran sultan sudah tidak diperlukan lagi.Sehingga kini seperti kata Prof Aziz Bari,Sultan masih diberi hak dan kuasa penuh untuk menentukan pembubaran dewan atau Parlimen tetapi sedikitpun tidak ada kuasa untuk memecat Menteri Besar yang telah dilantik secara sah dari mandat majoriti rakyat.
Untuk itu, polis dan kerahan keselamatan di pejabat pejabat kerajaan dan diseluruh negeri perak adalah satu pengkianatan terhadap rakyat Perak oleh kerajaan persekutuan tetapi sehingga kini kerajaan persekutuan masih bersikap pekak badak terhadap semua komen komen dan analisa pakar mengenai krisis yang berlaku.Ini belum lagi termasuk isu kuasa speaker dewan yang ditolak oleh SPR yang langsung tidak diberi kuasa untuk memutuskan samada speaker membuat keputusan yang betul atau salah.Juga belum termasuk isu saman mahkamah terhadap ADUN yang melompat itu.
Kesimpulannya, undang undang perlantikan hakim yang baru diluluskan parlimen langsung tidak berfungsi seperti mana juga SPRM yang tidak langsung memberi kesan dan menteri yang membentangkan kedua dua rang undang undang ini nampaknya sudah menghilangkan diri.Di manakah telor menteri menteri dan para MP BN sekarang ini?"
Krisis perlembagaan di Perak : Kerajaan persekutuan buat pekak badak.






dipetik dari http://urusetialandas.blogspot.com/ dicatit pada 11 Februari 2009

Rabu, 25 Februari 2009

Balik Kampung

Perkelahanan di Air Terjun Sungai Pisang, Kulim


Rumah Adik di Changlon

Anak yang Bungsu



Cuti panjang sekolah yang lalu kebetulan anak-anak yang belajar pulang, aku mengambil kesempatan pulang ke kampung di Kedah. Kami sekeluarga mengambil keputusan kali ini tidak akan tidur di Hotel lagi. Hari pertama sampai kami terus ke Changlun, bermalam dirumah adik yang bungsu, Dia berkerja sebagai Jururawat di Hospital Jitra. Sekembalinya kami dia mengambil cuti rehat. Besoknya aku melawat ke Badar Padang Besar. Terperanjat Berok aku sepanjang aku membeli belah dan makan di Padang Besar sama ada Penjual, Pelayan Kedai, masakan dan taukeh kedai yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri perbualan mereka, cara hidup mereka dan gaya sosial mereka, seolah-olah aku berada di Petani atau Golok. aduh kemanakah pergi peniaga Anak Negeri Perlis. Aku tak berani cerita panjang lebar nanti derhaka.
.............................
Selepas ziarah Kakak Sulung di Kampung Baru, Mukim Malau, Jitra Kedah yang sebelum dibuat Lebuh Raya Utara Selatan tidak pernah banjir, ketika ini kakak aku cerita banjir setiap tahun terpaksa simpan beras, Jalan ke Kedai Batas ( Pekan Kecil di persimpangan kampung ) terputus kadang-kadang paras pinggang. kesian kakak tapi demi pembanguan rakyat terpaksa berkorban walaupun menderita.
................................................
Hari ke tiga aku kerumah kakak yang kedua, aku panggil dia kakcik. disini agak selesa. kakak aku ini ke tiga-tiga anaknya berjawatan besar kerajaan. duduk pun di Pekan Bidong. Orang Kuat UMNO. tapi dalam diam-diam aku bertanya juga tentang pemerintahan Azizan ( Menteri Besar Kedah ) soalan sikit aja, aku malas nak berbahas, nanti terasa hati kakak.
" Macam mana Kedah la ni PAS Perintah "
jawabnya ringkas dalam keadaan kecewa " sama saja Orang Melayu juga, tak macam negeri ...... tu, aku pasti dia mengatakan negeri mana.
...........................................
Hari ke empat aku ke rumah Zuraini salah seorang anak aku yang telah berkahwin, dia berkerja swasta dengan syarikat HP di Kulim dah hampir 10 tahun. suaminya bertugas di USM Pulau Pinang. Disini kami melawat sekitar Pulau Pinang. Dirumah ini aku tak berani cerita hal Politik kerana mereka ini fanatik anwar Ibrahim.
............................................................
Dalam Penceritaan tadi cubalah anda fikirkan dalam keluarga yang cuma ada 4 orang pandangan politik berkecamuk. Dalam keluarga aku saja jika direnung Adik aku yang berkerja kerajaan walaupun umurnya dianggap tua tetapi masih berpendirian atas pagar. Kakak yang sulung memendam rasa dan kecewa, kakak yang kedua sikap tak apa dan anak muda tetap menentang kepimpinan sekarang walaupun berpelajaran tinggi.

Selasa, 3 Februari 2009

SURAT YANG DIBUAT AWAL - BERARTI AKUAN JANJI


Disini saya ingin bertanya kepada Nobisha, Kedahonline, memo belakang, Mummy Rokiah, Pendekar Gunung Keriang dan cerdik pandai yang mengendalikan blog sama ada dia penoreh getah atau peguam sama ada di Pekerja Rendah Awam atau menteri
1. Jika surat itu dibuat awal sebelum perkara itu terjadi adakah dia disifatkan sebagai surat atau akuan janji ?
2. Apakah takrif surat yang dibuat terlebih awal sebelum perkara itu terjadi ?
3. Bagaimana atau macam mana kita nak takrifkan itu surat atau itu akuan janji.
Jika surat yang dibuat awal adalah sama dengan akuan janji. Jika diambil dari kejadian di Perak ini berarti Akuan Janji Kakitangan Awam boleh dicabar kesahehannya.
Disini saya ingin agar semua cerdik pandai yang ada blog sendiri dapat kita bincangkan demi kepentingan kakitangan Awam yang telah menandatangani akuan Janji yang telah disediakan oleh JPA.
......................................
Apa apa pun wakil Rakyat PAS insyaallah tak pernah buat akuan janji, berjanjilah kamu dengan dia yang esa berkerjalah dengan baik, " daripada dia datang dan kepada dia kembali " semuanya dari dia, yang berusaha adalah kita............................
Insyaallah semuga Allah memberkati yang menjalankan semua kerja kerana Allah....