MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 20 November 2009

DENGAR CERITA TAN SRI MUHAMMAD MUHD. TAIB KELUAR UMNO ?


Berita ini tercetus rentetan dari kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di konvesyen PKR Selangor Ahad lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang baik yang telah dilakukan di negeri itu oleh pemimpin Pakatan, ketika mereka bertemu minggu lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.".

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengamanahkan tugasnya sebagai ketua Umno bahagian Kelana Jaya kepada timbalannya, Datuk Yahya Bujang sejak bulan Mei tahun lalu (2008)

"Saya kenal sangat Tan Sri Muhammad. Dia tu bekas bos saya, saya tak fikirlah dia akan keluar umno. Sangat susah untuk percaya dia akan buat begitu." katanya lagi.

Menurut Datuk Seri Khir Toyo selaku bekas MB Selangor pula berkata, "Dia sedang berehat tapi masih lagi ketua bahagian,"

Shukor Idris selaku ketua penerangan UMNO negeri pula berkata beliau masih gagal menghubungi Muhammad."Dia sedang bercuti. Mungkin sekarang tengah sibuk dengan aktiviti keluarga. Setakat yang saya tahu, dia juga sudah lama tidak aktif dengan aktiviti dan di bahagiannya di Kelana jaya."



1 ulasan:

  1. Mungkin perkara yang mengecilkan hatinya. Tetapi TS Muhammad adalah seorang pejuang tulin. Hamba kenal benar beliau berserta kebijaksanaan siasahnya. Tulin UMNO hati dan emosinya. Kalau pun benar ada perakuan Khalid bahawa TS Muhammad sanggup bekerjasama "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar" kita kena faham maksud tersirat ayat politik beliau. Jangan kita mudah tertipu dengan terjah politik Khalid. Dia tu murid Anuar tu.

    BalasPadam